Sanggahan oleh HC

Siapa yang nak percaya yang kamu semua ni masuk UMNO tanpa mendapat atau dijanjikan apa-apa habuan? Masalah kamu akan dapat atau tidak habuan itu, kamu punya pasal. Pokoknya kamu yakin pasti mendapat habuan. Tak perlu saudara Zoolhilmi membuat sebarang pengakuan bersumpah untuk meyakinkan kami semua sebenarnya.

Apa yang ambo nampak sekarang ialah satu usaha di pihak UMNO untuk menggambarkan seolah-olah pejuang lain seperti Ezam, Azmin etc juga sekepala dengan geng malaun 12 itu. Bahawa mereka ini semua pernah terlibat dalam usaha untuk masuk UMNO semula, bahawa semuanya cuba mendapatkan habuan daripada UMNO. Tiada bezanya mereka ini dengan geng malaun 12.

Bagi ambo, siapa yang sudah confirmed masuk UMNO tu, ambo kira confirmed malaun, dan harus diberikan layanan selayaknya sebagai MA LA UN. Dan siapa yang tidak atau belum masuk lagi, ambo kira sebaliknya, sehingga terbukti mereka masuk UMNO nanti. Bila dah confirmed masuk, baru kira lain. Namun untuk menyimpan rasa was-was tentang niat mereka yang belum masuk ini, jauh sekali.

Tetapi apa yang cuba dilakukan oleh para penulis UMNO ini ialah untuk menanam rasa was-was dan syak di dalam hati para reformis semua tentang golongan yang didakwa akan masuk UMNO. Bila kita rasa was-was, sukar untuk kita memberikan sepenuh komitmen kepada perjuangan khususnya menjelang pemilu tidak lama lagi.

Bagi ambo lagi, saudara Inderaloka, whoever you are, masih boleh dipercayai selagi dia tidak masuk UMNO atau menulis sesuatu yang boleh menimbulkan was-was kepada perjuangan dan pejuang reformasi. Bravo untuk anda kerana mendedahkan segala kemelut di sekitar isu pembeleton ini.

Prinsip 'Az-Zhannu Ithmun' atau rasa zan/was-was/syak itu adalah suatu dosa. Maka untuk mengambil sesuatu tindakan atau prinsip berdasarkan semata-mata atas rasa syak dan zan tanpa YAKIN adalah suatu tindakan yang berdosa. Islam telah menetapkan bahawa sesuatu tindakan yang akan kita ambil harus dibuat atas rasa yakin. Selagi tiada yakin, atau selagi tiada confirmation, kita berpeganglah kepada yang zahirnya sahaja. Dan yang zahirnya, geng 12 telah masuk UMNO dan yang lain tidak.

Penulis UMNO boleh tulis apa sahaja untuk menimbulkan syak kepada para pejuang yang ikhlas, tetapi tulisan mereka tidak akan sampai ke tahap YAKIN. Dan oleh itu, kita boleh baca sahaja tetapi tidak perlu percaya. Kalau tidak baca terus pun lagi baik. Berjela-jela panjang macam nak buat novel tapi habuk pun tarak, penuh dengan maklumat heresay sahaja.

Betul kata sahabat di atas, kalau nak masuk UMNO tu masuk sajalah Labu, tak payah nak tulis panjang-panjang untuk menjustifikasikan perbuatan terkutuk kamu itu. Kalau nak defend Lokman atau Roslan dengan mengungkitkan jasa-jasa mereka ketika di dalam Keadilan dulu, si madey tu lagi banyak jasanya kepada negara, tetapi kenapa di saat akhir hidupnya rakyat mengutuk dia?

HC (Dipetik drp Forum Gerak Reformasi)