Sorotan Kembali 13 MEI 1969
Bermula dengan sepucuk surat...
Kiriman Barisan Generasi Muda Malaysia
Mengambil sempena bulan Mei 2002, kita mahu siarkan tulisan perdana menteri pertama Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Kita mulakan dengan bab XV daripada bukunya '13 Mei, Sebelum dan Selepas' terbitan Penerbitan Utusan Melayu. Kita harapkan setiap warga Malaysia terutamanya orang Melayu dan genersi muda Malaysia pasca 13 Mei, 1969; harus membeli buku ini sebagai warisan bangsa turun temurun, sebelum ada pihak tertentu yang mahu menanam buku ini kerana banyak kisah rahsia yang terpendam dalamnya. Kita perbetulkan ejaan sedutan buku itu mengikut ejaan masakini.

- BGMM



SEPUCUK SURAT

“Sampai di sini perlulah saya berbalik ke belakang sedikit untuk menghuraikan niat yang terpendam di dalam sesetengah kalangan dari semenjak beberapa lama, dan niat itu mereka kemukakan ke hadapan selepas dari rusuhan pada 13 Mei.

“Saya telah menyebut di atas tadi bahawa selepas saya keluar dari hospital pada 16 Jun, satu peristiwa yang telah berlaku pada ketika itu amatlah menyedihkan saya. Sedang dua hari sahaja daripada itu saya telah menerima sepucuk surat yang kasar daripada Dr. Mahathir Mohamad, seorang calon Parlimen UMNO yang telah kalah dalam Pilihanraya di kawasan Kota Star Selatan di negeri Kedah. Beliau juga adalah salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Surat seperti itu tidaklah pernah saya lihat terdahulu daripadanya sepanjang saya menceburkan diri dalam politik. Saya tidak pernah sekali-kali menjangka bahawa surat seperti itu Saya tidak sekali-kali menjangka bahawa surat yang seperti itu boleh ditulis oleh seorang yang menggembar-gemburkan dirinya, sekurang-kurangnya pada pandangan orang sebagai seorang penyokong parti yang kuat, sekalipun dia tidak bersetuju dengan beberapa polisi yang dijalankan oleh parti.

“Surat itu ditulis di atas empat helai kertas yang bertaip dalam Bahasa Melayu bertarikh 17 Jun dan telah dihantar dari alamat rumahnya sendiri di Alor Star di mana ianya menjadi seorang doktor yang mempunyai kliniknya sendiri. Bagi seseorang penyokong parti, lebih-lebih lagi sebagai seorang ahli Parlimen selama lima tahun, dan Anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO selama dua belas bulan, perbuatan menulis surat seperti itu kepada Perdana Menterinya sendiri adalah merupakan satu perbuatan yang tidak patut. Sungguhpun begitu beliau belum puas hati dan tidak membataskan perbuatan itu setakat itu sahaja.

“Beliau telah menghantarkan salinan-salinan surat itu kepada kawan-kawannya. Surat itu kemudiannya telah dibuat beribu-ribu naskhah (saiklostail) dan telah disebarkan dengan luasnya di kalangan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam (Civil Service), penuntut-penuntut Melayu yang ada di IPT dan kepada orang-orang Melayu di kampung-kampung.

“Sekalipun jika Dr. Mahathir tidak bertanggungjawab melakukan sendiri penyebaran surat itu, tetapi tidak pula ia menahan kejadian itu daripada berlaku.

“Tun Dr. Ismail juga telah menerima satu salinan surat itu daripada Dr.Mahathir. Saya telah menyuruh satu salinan dihantar kepada Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Pengerusi UMNO. Tun Abdul Razak kemudiannya memanggil satu Persidangan Majlis Kerja Tertinggi Parti untuk membincangkan perkara surat itu. Persidangan itu telah diadakan di rumahnya, Seri Taman di Kuala Lumpur pada 12 Julai. Saya tidak hadir di persidangan itu tetapi Dr. Mahathir telah menghadirinya.

“Persidangan itu telah diadakan dengan secara tertutup dan cuma anggota-anggota MKT itu sahaja yang dibenarkan hadir. Sungguhpun begitu wartawan-wartawan telah menunggu di luar pintu masuk ke Seri Taman kerana mereka dapat mengagak sesuatu yang penting mungkin berlaku. Satu kawalan keselamatan yang ketat telah diatur di sekeliling kawasan itu dan pintu-pintu masuk dan keluar dijaga oleh polis bersenjata.

Persidangan MKT UMNO berjalan selama tiga jam. Pada pukul 4.05 petang Menteri Penerangan dan Penyiaran, Encik Hamzah bin Dato Abu Samah telah mengeluarkan  satu kenyataan tujuh belas baris kepada wartawan-wartawan, kenyataan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung En. Senu Abdul Rahman. Kenyataan itu berbunyi:

Satu Persidangan Khas Majis Tertinggi UMNO, telah diadakan pagi ini untuk menimbangkan tindakan yang patut diambil mengenai dengan penyebaran yang luas salinan-salinan surat di antara Dr. Mahathir, seorang anggota MKT Umno dengan Tunku Abdul Rahman, Yang di Pertua UMNO.

Surat–surat itu mengandungi perkara-perkara dan keterangan-keterangan parti yang amat penting yang sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO memandangkan kepada suasana yang terdapat dalam negeri pada masa sekarang.

Persidangan itu mengambil keputusan bahawa perbuatan Dr. Mahathir itu adalah merupakan satu kesalahan melanggar disiplin dan peraturan-peraturan parti. Jika perbuatan itu tidak dicegah maka ianya akan merosakkan perpaduan di dalam parti dan juga Kerajaan yang didokong oleh parti.

Majlis Kerja Tertinggi yang dihadiri oleh semua menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri besar yang menjadi anggota majlis itu, telah mengambil keputusan bahawa Dr. Mahathir tidak lagi menjadi Anggota Majlis itu mulai dari hari ini. Tunku tidak hadir dalam persidangan itu.””

“Saya tidak dapat menyiarkan kandungan sepenuhnya surat-surat Dr. Mahathir itu pada masa ini, tetapi saya perlu merujuk kepada surat itu di dalam buku ini. Sekiranya satu tidak berbuat demikian maka tentulah saya dapat dituduh tidak memberi berita yang sepenuhnya”


Kita cabar Mahathir, Dollah Komunis dan Zam Mamak Maidin, menyiarkan surat empat muka surat Mahathir kepada Tunku seperti yang disebut di atas tadi. Kita rakyat pasca 13 Mei, 1969, berhak mahu tahu apakah kandungan surat itu yang pernah ditulis oleh Mahathir kepada Tunku.

Kita mahu tahu intipati dan maksud surat itu dan meminta Zam dan Dollah Komunis mendapatkan ulasan Mahathir semasa dia masih bernyawa.

Kita mahu tahu di manakah di Muzium Tunku terletaknya surat asal Dr. Mahathir kepada Tunku ini.

Pada waktu yang sama, kita Generasi Muda Malaysia daripada berbilang kaum dan agama, merayu kepada veteran UMNO yang masih menyimpan salinan surat saiklostail daripada Mahathir kepada Tunku untuk mengirimkan kepada kami di laman web reformasi, untuk membolehkan generasi muda pasca 13 Mei, 1969 memahami siapakah Dr. Mahathir sebenarnya sehingga berani mengutuk Tunku pada waktu itu. Sedangkan pada waktu ini sesiapa yang menulis untuk membetulkan kepincangan pemerintahan Mahathir disambutnya dengan Akta ISA.
 

Barisan Generasi Muda Malaysia
3 Mei, 2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!