PELURU HABIS PALEMBANG TAK KUNJUNG ALAH,
APA MODAL UMNO LAGI?
(Bahagian Pertama)

Oleh Amin Sapiro (UMNO memang Musang berbulu Ayam)
ADAT orang berperang, kalah menang peperangan bergantung kepada strategi dan logistik yamg jadi sandaran kekuatan. Ia perlu dijaga rapi supaya tidak diketahui musuh yang diserang. Jika kesemua strategi didedahkan, akhirnya Panglima sendiri akan terbunuh – jika tidakpun membunuh diri.

Begitulah hakikatnya UMNO sekarang. Habis modal – habis gigi tinggal gusi…! Namun begitu, pemimpinnya masih ‘kelentong dan temberang’ juga lagi. Makin nampak bangang ..!

Menyelami Sejarah UMNO

Pada awal penubuhannya dulu, UMNO adalah sebuah parti Melayu berdaya maju – mampu membuktikan kemampuan hingga berupaya menjana keyakinan orang Melayu. Hasilnya, atas sokongan padu orang  Melayu, inilah parti yang berjaya menyatu-padukan bangsa hingga negara yang di bawah penjajahan akhirnya mencapai kemerdekaan. Itulah kebijaksanaan pemimpin UMNO dulu kala yang kini sudah pergi. Puncanya adalah disebabkan kualiti pemimpin terdahulu beretika, beradab dan bertimbang-rasa kepada rakyat jelata. Sekarang UMNO apa ada?

Hari ini pula, cuba tanya semua orang Melayu: Apakah nawaitu pemimpin UMNO yang mewarisi bumi bertuah ini yang kita semua nampak? Adakah mereka bersifat begitu lagi – lebih-lebih lagi sejak Mahathir menerajui parti? Siapakah sebenarnya yang Haprak? Orang Melayu atau pemimpin UMNO? (tak payah jawap di sini… semua orang tau, kan?).

Kini makin nampak, status orang Melayu sudah diubah daripada menjadi mangsa harimau lapar kepada mangsa rahang para buaya-buaya dalam kepimpinan UMNO pula. Kononnya, agama Islam yang mereka anuti telah diusahakan supaya diterapkan ke dalam sanubari ummah. Malangnya, khutbah di masjid-masjid ditulis begitu rupa dan dibaca mengikut selera Mahathir. Islam disekularkan oleh ‘nabi’ UMNO bernama Mahathir Kutty Mohamad al-Khinzir.

Sewajarnya, penyokong dan pemimpin UMNO yang berjawatan patut ambil tahu dan muhasabah diri sendiri, di samping meneliti dengan tujuan memberi nilai bagi mengisi perjuangan UMNO sebagai sebuah parti Melayu. Tidak seharusnya mereka berlumba-lumba berjuang dan bermain kuntau, berhempas-pulas mengisi tembolok sendiri dan keluarga saja. Ternyata, apa sewajarnya yang hak untuk diagih kepada rakyat, tidak seharusnya dibolot semahu-mahunya oleh ‘orang-orang mereka’ yang diberi kuasa tanpa hemah dan budi-bicara.

Perangai ‘buaya lapar’ yang selama ini diamalkan oleh pemimpin UMNO akhirnya telah menyebabkan parti itu hancur berkecai. Tengoklah sekarang apa sudah jadi.

Air Longkang Busuk Bertempek Di Muka UMNO

Terbukti hari ini, perpechan UMNO di alaf Mahathir ini adalah berpunca dari sikap dan tabiat kesemua pemimpin UMNO yang tidak lagi amanah dan jujur kepada orang Melayu dan para penyokongnya. Sebaliknya, terang-terang mereka memutarbelitkan lidah seperti biawak, tidak pernah terniat membela nasib orang Melayu – sebaliknya memecah- belahkan bangsa dan meruntuhkan agama anutan orang Melayu iaitu Islam.

Orang Melayu jadi rimas. Mereka memutuskan untuk berbondong-bondong keluar meninggalkan UMNO dan tidak lagi menyokong BN. PAS/BA yang dulunya setakat Pembangkang, kini sudah berjaya mengedalikan dua buah negeri di Semenanjung. PAS/BA Kedah sudah mencecah garis penamat bagi UMNO/BN. Nampaknya, dalam agenda…!

Kita sudah lihat buktinya di TV, bagaimana nasib rakyat Kelantan sesudah sekian lama diurus-tadbir dan dijajah UMNO tak kurang daripada 40 tahun, apa sudah jadi? Zainuddin Maidin sendiri menunjukkan pelbagai bukti terang dan nyata bahawa mereka masih hidup dalam GERHANA…! Di Kedah, dan Terengganu pun begitu juga. Malah di sekitar Petaling Jaya yang dibangga-megahkan oleh UMNO/BN sebagai kawasan paling canggih dan dan pesat membangun itu; kita dengar cerita perihal ratusan ribu rakyat setinggan Kampung Medan bergaduh dan berperang besar-besaran. Peristiwa itu amat memalukan BN. Tapi UMNO sengaja ‘simpan-simpan’ seperti pekasam.

Kenapa UMNO malu mendedahkan hasil siasatan kejadian ini? Adakah pemimpin UMNO rasa malu untuk menunjukkan muka mereka yang dilemparkan oleh rakyat disana dengan air busuk dari longkang tersumbat? Isk… isk… memang keparat pemimpin macam ini…!

Kebangkitan Rakyat Tertindas

Khabar puncanya: Umat manusia di sana dibiarkan oleh UMNO mendiami pondok buruk dalam kawasan bernyamuk aedes dan air minum berkuman. Persekitaran di kawasan tersebut dipenuhi air perlimbahan yang bertakung, sana-sini berbau busuk tanpa saliran yang sempurna. Penduduk di sana berkongsi 50 orang bagi sebatang paip air untuk makan-minum dan mandi. Sebetulnya, UMNO malu mendedahkan cerita begini bahawa semua kaum di sana hidup dalam serba kemiskinan dan kedhaifan yang tak terhingga. Mereka semata-mata menunggu janji Wakil Rakyat UMNO yang tak pernah tujuk muka. Mereka  lebih GERHANA jika dibandingkan dengan ‘Pok Awe’ di Kelantan yang dipaparkan di RTM.

Sebaliknya, apa yang amat mengecewakan rakyat ialah Mahathir (PM Malaysia) berenak-enak mendiami Mahligai yang layak didiami oleh ‘dewa-dewa’ dan ‘pari-pari’. Pemimpin UMNO yang lain pula mencari kawasan lerengan bukit-bukit yang permai berhawa nyaman untuk dibina banglo mewah 18 bilik lengkap dengan segala kecanggihan hiasan dalamannya. Hingga kepala paip dalam bilik tandas merekapun disaluti emas yang dibawa masuk daripada Italy. Berbeza betul…….!! Macm lagit dengan bumi..!

‘Pembangunan’ Dan Slogan ‘Masyarakat Penyayang’, Konon.

Terpegun juga kita bila mendegar temberang Mahathir bila bercakap. Seolah-olah orang Melayu akan diberi ‘syurga’ seperti yang tercatat dalam manifesto UMNO/BN yang diedarkan sebelum Pilihanraya. Beratus billion duit rakyat akan dibelanjakan untuk ‘pembangunan’, konon. Setelah dihalusi dan diteliti, baru kita tau duit sebanyak itu akhirnya masuk poket Kroni dan suku-sakat pemimpin UMNO – difaraidkan sesama sendiri. Rakyat yang miskin di kampung-kampung setinggan tinggal melopong saja..! Mereka setakat dijanjikan macam-macam.

Makin ternyata sekarang, pemimpin UMNO cuma pandai buat janji. Bila rakyat sakit, disuruh pergi ke hospital. Tapi anda jangan lupa bawak duit barang seguni. Kalau tidak, alamat rakyat miskin dibebankan hutang yang hanya termampu dilunas sampai mati. Kroni UMNO yang buka mulut guni. Nak percaya janji UMNO lagi?

Begitu juga, kalau anak-anak yang baru masuk sekolah sekarang dipaksa pulak membilang Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Seolah-olah mereka dilatih supaya menganggap bahasa ibunda mereka tak layak digunakan dalam negara ini. Inilah dasar Mahathir-UMNO yang jelas bermaksud kununnya bahasa Melayu sudah jadi ‘bahasa terpinggir’. Nampak betul Dasar pelajaran Mahathir dan UMNO saling tak tumpah seperti dasar pelajaran si zaman negara di bawah penjajahan. Padahal, Dasar Pelajaran Mahathir itulah Dasar pertama dan utama yang dikikis habis-habisan oleh pemimpin UMNO terdahulu seperti Tun Razak, sebaik saja negara Merdeka dulu.

Tidakkah sekarang, UMNO ‘Lama’ dengan UMNO ‘Baru’ macam langit dengan bumi? Penyayangkah dasar UMNO? Memang betul pemimpin UMNO adalah ‘barua’ Mahathir..! Kita cuba berfikir barang sedikit, walaupun orang Melayu mengutamakan bahasa Melayu dalam pembelajaran di zaman Tun Razak jadi PM, adakah pegawai Kerajaan dan Swasta sekarang jauh sangat ketinggalan zaman? Apakah yang mengharuskan Mahathir memutar jarum jam ke belakang mengiktiraf Penjajahan? Kalau iya pun boleh jadi pandai dan bijak dengan menggunakan bahasa Penjajah, kenapa anak-anak Mahathir bangang-bangang belaka? Kita wajib syak, “di sebalik batu ada udang” kan?

Kepupusan UMNO Sudah Diduga

Sekarang, kaum Cina yang jadi ‘tongkat’ sudah nampak bahawa UMNO semakin lemah dan hampir-hampir lumpuh patah kandar. Wakil-wakil Rakyat MCA di Pulau Pinang sudah nampak UMNO dan Mahathir semakin tidak berdaya; bukan saja mengurus tadbir parti apatahlagi menerajui negara ini. Penuh sedar dan tanggungjawab, mereka sudah berani menolak cadangan Mahathir dan UMNO yang tidak logik dan tidak rasional. Mereka menolak pembaziran berbillion yang dibebankan kepada mereka. Mereka tahu, UMNO sekadar mau tunjuk ‘samseng’, tapi kalau berhadapan sorang sama sorang; UMNO terkincit-terkencing dalam seluar, lari ‘lingkang pukang pontang panting’ sampai putih tapak kaki lari…!!!.

Malangnya Mahathir dan UMNO tak sedar diri juga lagi. Disangkanya 'tongkat' yang digenggamnya selama ini akan membantu UMNO tegak berdiri. Setiap kali timbul masalah, orang Melayu pula dijadikan habuan dan bahan ancaman. Setiap kali orang Melayu membantah dasar boros, pembaziran dan sikap rasuah pemimpin UMNO, Mahathir akan mengcop Pembangkang PAS, dan orang Melayu sebagai tidak bersyukur dan tidak berterima kasih hingga digelar Haprak. Bolehkah Mahathir ulang menuduh MCA Pulau Pinang sebagai Haprak dan Kominis pula? Mana Mahathir punya muka?

Kejadian di Pulau Pinang adalah bukti nyata bahawa UMNO tidak lagi berdaya dan berupaya menerajui negara. Sudah sampai masanya semua orang Melayu, tanpa mengira parti, membuang UMNO jauh-jauh dalam pilihan raya akan datang. Semua orang Melayu wajib berdiri teguh menyokong Pembangkang (PAS, KeADILan, PRM) dalam kelompok penentang BN bergelar Barisan Alternatif (BA). Kita sudah nampak bahawa UMNO/BN sudah cukup rapoh. Bagai helang patah paroh…!

Kononnya UMNO/BN kini semakin gah dan berjaya. Jangan tak tau, itu hanyalah suatu mitos tempelan senipis kulit bawang saja. Kepupusan UMNO sudah lama di duga. Dengan syarat Melayu mesti bersatu seperti datuk-nenek kita memperjuangkan kemerdekaan dulu. Nak takut apa?

(akan bersambung ke Bahagian 2)

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 02.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!