PELURU HABIS PALEMBANG TAK KUNJUNG ALAH,
APA MODAL UMNO LAGI? (Bahagian Kedua)
Oleh Amin Sapiro (Nampaknya Dollah Terpinggir Lagi)
SEBAGAIMANA selalunya, jika Mahathir menemui masalah besar dalam mengendali dasar negara bikinannya sendiri (tanpa direstui penyokong parti), dia akan mempergunakan pemimpin UMNO sebagai kuda tunggangan paling berkesan. Maka berucaplah dia. Bertepuk soraklah orang upahannya di Bkt. Jalil. Dibuatlah perhimpunan ‘K3P’ di merata ceruk kampung. Diberilah mereka upah nasi bungkus kerana berpanas 5 jam di bawah cahaya matahari terik. Maka dibawalah kamera TV menyuluh muka Mahathir yang hilang ‘susuk’ dan hilang seri. Apa jadi sudah itu?

Orang Melayu Ditipu Bontang

Mahathir sangat gemar dira’i dan dipuja seperti berhala dewa ‘Visnu’ agama Hindu. Itu sebab, sejak dulu lagi dia sentiasa menjana pelbagai kelainan yang tidak konvensional. Dia sentiasa mau berbeza daripada cara orang lain berfikir. Hingga ke hari ini, berapa banyak perbuatan dan tingkah-laku Mahathir yang ganjil-ganjil. Hingga seorang seperti Anwar difitnahnya dengan tuduhan yang tak masuk akal tanpa bukti. Berkejaranlah dia sekeliling dunia untuk meyakinkan umat semesta alam kononnya ceritanya betul belaka. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah: Orang semua tau. Sekerat dunia berkata, “Mahathir manusia penipu…!

Rosak Berkecai – Hancur Berderai

UMNO rosak hancur berkecai kerana Mahathir terlampau tamak dan rakus membolot kuasa menghisap kekayaan negara untuk faedah diri, suku-sakat dan Kroni. Butir-butirnya sudah banyak diceritakan oleh penulis lain – tak payah ulang di sini. Namun persoalan utama sekarang, sampai bila UMNO dibiarkan menipu kita semua?

Walaupun Mahathir diberitakan akan meletak jawatan bulan Oktober 2003, apakah negara ini akan berbalik semula ke landasan perjuangan asal yang diingini rakyat? Ini adalah persoalan besar, terutamanya, setelah semua pemimpin UMNO sudah ketagih madat rasuah dan perwatakan kotor menghalal dan melindungi 1001 macam jenayah..!

Kita sudah nampak terang-terangan bahawa Mahathir sudah mengkecundangkan harapan rakyat jelata sejak lebih dari 20 tahun lalu. Jika Mahathir berkata, kununnya Dollah Bedawi adalah manusia terbaik dan layak daripada empat Timbalannya yang terdahulu dan paling sesuai menggantikannya; tidakkah musykil dalam hati kita? Samalah juga andaian peribahasa Melayu: Jika bapa borek, paling sedikit anaknya rintik…!

Apa Dollah sudah buat untuk rakyat? Tidakkah selama ini Dollah umpama ‘budak suruhan’ Mahathir? Walhal rakyat 100% memihak dan memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah dan dipenjarakan Mahathir. Nampak sangat si Kepala Taik ini cuba nak memperbodohkan kita. Dollah juga adalah satu-satunya pemimpin UMNO berkelas 'tongong’..!

Kita sudah lihat betapa benci dan meluatnya rakyat kepada sikap ‘barua haprak’ Mahathir selama ini. Yang kita nampak, Dollah Bedawi yang jadi pilihan Mahathir itu tidak berbeza daripada tuannya. Selalunya, jika kambing sekandang dengan babi, orang akan berwaspada dan jijik geli-geleman memakan dagingnya – walaupun disembelih cara halal. Begitulah sikap pemimpin UMNO yang lain. Mereka adalah ‘nangoi-nangoi’ Mahathir..!

Penipuan Secara Halus

Memang sah, UMNO sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal ia ditubuhkan dalam tahun 1946. Jika dulu pemimpinnya mampu berkerjasama dengan rakyat untuk merebut kembali negara dari genggaman penjajah, hari ini pemimpin UMNO memeras rakyat dan mengheret orang Melayu (khususnya) ke lembah kehinaan. Mereka mau dihaprakkan oleh UMNO.

Demi kuasa, pemimpinnya (khususnya Mahathir) sanggup mengadu-domba, memfitnah, menyiksa, memenjara dan menuduh sesama pemimpin dalam UMNO dengan tuduhan yang tidak terlintas dalam fikiran kita. Apa yang aib ialah, pemimpin UMNO yang lain bersekongkol dengan si Kepala Taik (sKT) itu. Seolah-olah mereka sudah hilang kawarasan berfikir secara rasional. Mereka menyokong cakap Mahathir dan para konspiratornya membuta tuli – saling tak tumpah macam babi yang sudah dikasi.

Apa sebab dan puncanya? Jawapan yang jelas ialah, pemimpin UMNO sudah menyimpang jauh daripada nawaitu asal perjuangan parti. Lama sebelum Mahathir mengambil-alih jawatan PM daripada Hussein Onn, dia sudah beragenda untuk berkuasa sampai mati. Agenda inilah yang menyebabkan pemimpin bawahan dianggapnya sebagai ‘budak suruhan’ saja. Mereka ‘dipancing’ dengan melindungi mereka yang melakukan pelbagai kejahatan seperti rasuah dan dibiarkan melakukan pelbagai akhlak buruk. Tujuan Mahathir adalah untuk memerangkap mereka, dan akan dipergunakan kemudian jadi ‘kuda kayu’ bila sokongan mereka diperlukan untuk kepentingan peribadi.

Taktik halus inilah yang mengheret pemimpin UMNO tonggang-langgang terjun gaung. Tengok apa sudah jadi kepada calon-calon UMNO/BN di Kelantan dan Trengganu. Mereka yang terlibat dengan perangkap maksiat ini jadi ‘tukang jilat’ dan ‘tukang angguk’. Mahathir akan bagi pilihan: sama ada difitnah dan dipenjarakan atau menyokongnya bulat-bulat. Pastinya, sukar mencari manusia yang sanggup membuat pilihan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka yang sekongkol adalah manusia yang sama seperti Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Md. Khir Toyo, Shahidan Kassim, Ramli Ngah Talib, Syed Razak dan berpuluh-puluh yang lain.

Pemimpin ‘Alat-Perkakas’

Pemimpin jenis ini termasuklah mereka yang gilakan 'jawatan untuk cari makan'. Mereka seperti ini adalah kategori manusia ‘patah kandar’. Antaranya ialah Abdullah Ahmad Bedawi, Rais Yatim dan Ku Li, Kadir Sheikh Fadhir (sebagai contoh) daripada kelompok Semangat 46 yang dah ‘mati pucuk tinggal ranting’..!

Teringat ceritanya, semasa Mahathir melemparkan Dollah Bedawi – terbiar tanpa jawatan, dia cukup sedih dan mengadu kepada seorang kawan, khabarnnya orang mengelak daripada bermain golf dengannya (Dollah). Rais Yatim pula tersadai dengan hutang berjuta. Khabarnya dia sedang disiasat oleh jabatan Income Tax dan si pemberi hutang untuk diisytiharkan muflis. Begitu juga Kadir Sheikh Fadir – pejabat guamannya telah disita kerana sewa pejabat tidak terbayar. Ku Li sudah lumpuh habis – khabarnya cuba ‘mengempet’  Sultan Brunai pula. Semua itu pasal duit.

Cuba tengok sekarang, tidakkah mereka bersifat ‘hamba penjilat’ dubur Mahathir? Di manakah sisa perjuangan S46 yang mereka taja dulu? Boleh percayakah kita lagi kepada orang-orang yang tak berprinsip ini? Tidakkah mereka umpama ‘sampah terbuang’ dalam penilaian Mahathir? Pastinya, mereka terpaksa jadi ‘barua’ dengan mengikut telunjuk Mahathir kerana jawatan, kedudukan, melepaskan diri daripada beban hutang sambil mencari kekayaan, kan? Logikkah, inilah sifat dan sikap Dollah Bedawi atau Ku Li jadi PM bila Mahathir ‘padam’?

Sebenarnya, pemimpin UMNO yang ada sekarang tak lebih daripada ‘tunggul mati’ yang  diberi daun dan bunga plastik. Mereka hanya dijadikan 'hiasan dalaman' untuk menghiasi kehodohan Mahathir. Walaupun Dollah atau Ku Li jadi jadi  PM sekalipun, sebenarnya mereka akan jadi ‘patung bertali’ (puppet on a string) – akan ikut perintah Mahathir. Sebab Mahathir sudah belajar daripada gelagat Lee Kuan Yew. Itu sebab Mahathir cukup enggan bersikap keras menyelesaikan isu air dan Pulau Batu Putih. Takut rahsianya terbongkarkah?

Kemarahan Orang Melayu

Mahathir sudah tau bahawa UMNO tidak boleh diperbaiki lagi. UMNO sudah lumpuh. Dalam BN sendiri, UMNO sudah hilang kewibawaan. Kerana sudah tercekik, maka barulah dia nak letak jawatan. Peristiwa di Pulau Pinang adalah bukti nyata. Apa yang tinggal pada UMNO sekarang hanyalah ugutan dan gertakan. Itupun kerana saluran perhubungan massa UMNO yang menghasut minda rakyat siang-malam. Itulah tugas rasmi Zainuddin Maidin. Si Keling  barua ini adalah penyangak yang diupah Mahathir daripada duit rakyat.

Itu sebab semua ceramah Barisan Alternatif digam. Jika dibenarkan terbuka dan Pembangkang dibenarkan berhujah, pastinya UMNO akan ‘jahannam’ tunggang-langgang. Tahukah pemimpin UMNO bahawa MCA sudah berpakat dengan DAP nak menerajang BN? MCA sudah putus hati nak menyokong Pembangkang? GERAKAN apa macam?

Keputusan Pilihanraya Kampus IPT baru-baru ini pun sudah jelas mencerminkan kecenderungan para mahasiswa dan golongan terpelajar. Usaha memujuk oleh Nordin Kardi di TV tak menjadi. Padi yang disemai lalang yang pulak yang tumbuh. Akhirnya, Pembangkang menerima ‘durian runtuh’, sementara BN betul-betul lumpuh. Kita nampak, UMNO/BN menggeletar kepala lutut. Dollah Bedawi sudah kecut perut. Alternatif UMNO, kahabarnya mereka akan mencari ikhtiar ‘menyelamat’. Apakah ‘Undi Pos’ akan dipertingkat dengan lebih dahsyat? Jaga-jaga.

Sudah Dapat ‘Alamat’

Bila pemantau UMNO memberitahu Mahathir bahawa paling kurang 4 buah negeri pasti akan tumbang ke tangan
Pembangkang. Khabarnya Mahathir dan MKT UMNO sibok mencari umpan tambahan untuk memancing orang kampung
pula. SPR diarah membuat persempadanan Pilihan raya yang baru. Puak UMNO akan menaja pelbagai habuan. Tambahan pula orang kampung tidak lagi terpikat dengan ‘kain batik, kain pelikat’. Mereka sudah nampak nikmat yang
dirasai oleh rakyat Kelantan dan Terengganu di bawah urustadir PAS/BA.

Isu Sekolah Agama Rakyat, Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik, pembohongan UMNO mengenai 'Pembangunan Mega' dan pembaziran, kesungguhan Mahathir membunuh amalan dan kepercayaan agama penganut Islam mengikut tafsiran dan rasional kepala hotaknya yang semakin sewel, bahasa Mahathir yang cukup kesat terhadap orang Melayu dan siri penipuannya yang halus ‘menjual’ bangsa dan…dan…dan.. sudah lama jadi bahan hujah Pembangkang.

Apakah UMNO/BN masih ada ‘ranggah’ lagi? Nampaknya, Peluru habis Palembang tak kunjung alah, apa modal UMNO lagi? Tahun 2003 ini memberi pelbagai alamat…….! Tungguuuu………..!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 03.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)
Edisi esok: SAH Dollah Bedawi dikhianati oleh Mahathir sKT!

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!