SEMAKIN PILIHANRAYA HAMPIR,
MAHATHIR TERNYATA MAKIN KUCAR-KACIR…!

Oleh Amin Sapiro (Orang Melayu perlu berfikir)
KOMEN pedas TG Hadi Awang yang menspekulasikan ‘perpecahan’ pucuk pimpinaan UMNO (setelah Mahathir letak jawatan – ragu-ragu niii…!), adalah sebuah ungkapan kenyataan yang tidak boleh dipandang ringan. Apatah lagi, ianya datang dari seorang polikus tertinggi berfikiran matang dari pihak Pembangkang. Kenyataan itu pula memberi implikasi yang sangat luas dan amat mendalam maknanya – boleh bikin pengundi atas pagar  terpinga-pinga. Masing-masing pasang telinga – mau tau cerita sebenar yang berlaku dalam UMNO…!

Inilah sebuah kenyataan pihak parti Pembangkan yang mampu membuatkan UMNO tambah goyang dan bergoncang. Kalau segenap penyokong Pembangkang beriltizam, mereka akan termampu menumbangkan UMNO/BN. Andainya tidak bermakna sebesar itu, masakan kenyataan tersebut memberi riak dan riaksi Mahathir sendiri, kan?

Tiada Angin Masakan Pokok Bergoyang

Seluruh pengundi Melayu diatas pagar sudah lama mau melihat suasana tenang dan segar kembali dalam politik negara. Rakyat mahukan ‘Pembangunan’ dan demokrasi serta kebebasan dalam erti-kata sebenar. Rakyat sudah lama tidak mau diagih derma Hari Raya atau bonos percuma. Mereka ada daya-usaha. Mereka mau berjaya. Bukan macam anak-anak Mahathir – syarikat mereka rugi sebab dia berfoya-foya diluar negara, pulang ke sini minta bapaknya ‘bait-out’. Si ‘bapak buaya’ itu mula baham semua. Hinggakan duit tabungan bakal-bakal haji pun habis disonglapnya. Itu sebab Gen. (B) Hamid dilantik mengetuai Tabung Haji. Sebab dia sanggup jadi menteri ikut cara ‘Keling Chetty”…!

Apa yang jadi masalah sekarang, orang Melayu sentiasa berfikir untuk maju. Mereka bukan baka mamak  ‘penipu’…! Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah muak melihat percakaran dalam UMNO. Mereka mau sebuah ketenangan. Mereka sudah lama sedar, pertelagahan dalam UMNO berpunca dari karenah Mahathir berkonspirasi kerana tamakkan kuasa cuma. Mahatir bertanggungjawab membuang, membelasah dan menjatuhkan Anwar. Ini sengaja dilakukan demi melampiaskan sifat lahap dan ketamakkannya memonopoli  kuasa.

Hematya, kerana kenyataan TG Hadi Awang itu seolah-olah seperti ‘endorsement’ kepada tanggapan majoriti rakyat. Apa yang amat ditakutkan Mahathir ialah: Kenyataan itu mampu menyemarakkan  keyakinan sisa-sis penyokong UMNO yang tinggal dalam parti itu berbondong-bondong menyokong PAS. Pastinya, mereka akan berfikir banyak kali menjelang hari mengundi. Kalau diamat-amati, jika kenyataan beliau itu menjadi realiti, calun-calun UMNO pasti akan kecundang bak orang kalah judi. Hilang deposit. Inilah yang menyebabkan  Mahathir sangat khuatir….!

Mahathir Semakin Gabra

Melihat riaksi Mahathir, ramai yang bertanya mengapa dia nampak begitu marah dan gabra. Seolah-olah kenyataan TG Hadi Awang itu betul-betul ‘menggegarkan’. Bukan sedikit orang yang menganggap bahawa TG Hadi Awang bercakap dan membuat kenyataan dari sumber-sumber tulin dan sahih-benar. Apatah lagi, apabila melihat Mahathir cukup-cukup marah macam orang ‘gila isim’. Camana orang ramai tak yakin?

Suatu kenyataan: Kini orang ramai sudah nampak, Dollah adalah antara Timbalan PM yang paling ‘timid’ dan tidak punya pengaruh politik.. Sudah lama ketara, Mahathir sengaja memilih Dollah semata-mata kerana Dollah lebih cenderung jadi “Pak Turut – Tukang Angguk”.  Harapan Dollah, dengan bersikap begitu, dia dapat menarik keyakinan Mahathir kepada sikapnya. Maklumlah, lain modal tak ada, kecuali dia mengharap ehsan Madey saja. Tidak pernah terlintas di hati Dollah bahawa karier politiknya juga jadi bahan konspirasi Mahathir dengan kuncu-kuncunya vis-a-vis si dalang bernama Megat Joned.

Mahathir sudah lama memerhatikan sikap Dollah yang sanggup tanggung “malu alah’. Percubaan awal Mahathir ialah dengan melihat riaksi si Dollah waktu diberi jawatan “Pengerusi Babi Kebangsan”. Padahal, jawatan itu lebih layak disandang oleh Menteri Kesihatan. Namun, Chua Jui Meng kempunan sakan. Dan Dollah pula mau tunjuk, dia adalah TPM yang cekap dan mapan, kunun. Seolah-olah, dia sanggup walaupun dilantik jadi tukang basuh jamban di Seri Perdana, asalkan dapat jadi PM sudah berpada. Keciannnnnkan dia……….!!

Bermula dengan itu, maruah dan keyakinan rakyat terhadap Dollah mulai malap. Apahlagi bila Dollah nampak seperti tidak bermaya menjalankan tugas dalam mengendalikan keadilan dalam isu membabit perihal dan kesihatan Anwar, Ezam dan teman-teman dalam tahanan. Hari ini, Dollah sudah melayang ditiup taufan. Diakhir-akhir ini, pokok yang belum tumbuh ranting itu nampak goyang menunggu akan detik tumbang kena terajang. Mahathir sendiri nampak ligat berkonspirasi dengan konco-konconya untuk menghumbankan si Timbalan bangang.

Mahathir Bukan Seorang “Setiakawan”

Memang ketara Dollah berperibadi “Colong Api” bila berhadapan  dengan Mahathir. Mahathir pula seorang ketua parti bersikap “Kaki judi”. Bagi Mahathir, dalam politik, seseorang itu mesti sanggup menanggung risiko. Malah baginya, seorang ‘kawan’, bila-bila masa boleh jadi ‘lawan’. Orang bawah kepadanya boleh dinyah dengan berbagai cara – samada cara fiftnah, ugut-mengugut, dikonspirasi atau dihumbankan ‘secara terhormat’. Semua mengikut pilihannya. Bagi Mahathir, apa yang penting – asalkan dirinya terus berkuasa. Itu sebab, sudah 3 orang Timbalannya dianiaya. Bermula dengan Musa Hitam, Ghafar Baba hingga Datuk Seri Anwar yang terakhir. Mana ada jaminan Dollah Bedawi sahih akan jadi PM? Cakap dan janji Mahathir tak ada siapa yang pegang. Dia adalah seorang manusia ‘Pembohong Bontang’. Memang kaki kelentong.

Mahathir banyak cara untuk dijadikan alasan untuk menyambung jawatan PM. Dia boleh paksa Ketua-ketua Bahagian menyokongnya supaya sambung jawatan. Contohnya, Rafidah Aziz baru kata “No…No..Why..why” dan berjengket-jengket patah tumit kasut, dan sekumpulan ‘Betina’ (Wanita) dan Pemuda Pondan UMNO menangis bagai Mak Mertua memasing mampos pun nak dilayan. Kerana itu, Madey tak jadi letak jawatan. Hairan sakan, kan?

Begitu tipis kematangan UMNO di peringkat Perwakilan. Cuba kalau yang berlakun di pentas itu Presiden PAS atau mana-mana Pembangkang. Kita berani bertaruh ‘potong telinga’ –  menjelang piihanraya, cerita itu sajalah jadi modal UMNO. Tengok sajalah contohnya apa jadi bila keputusan Kes Abe Jak dibuang oleh Mahkamah Magistrate Alor Setar. Mahathir is ‘fuming’. Diupah Zahid Md Arip (orang Melaka kata, makna ‘mad arip’ bermaksud ‘Kera-monyet’) supaya diwawancara dan. dijadikan tajuk Berita di  RTM. Sanggup loyar tak laku itu ‘contempt of court’. Sebenarnya, bukan PAS yang mempolitikan Kes Abi Jak, sebaliknya UMNO sendiri yang berperangai terlajak macam ‘budak-budak’. Memang pemimpin UMNO “wotak takdak..!” Cisss… kapor tarok punya haprak..!

Mahathir Makin Khuatir

Cukup banyak bukti sekarang betapa UMNO tidak mampu menguasai keadaan. Tengok saja apa sudah jadi kepada komponen-komponen BN. Masalah dalaman bertimbun-timbun due to the President’s ignorant creations’. Mahathir tidak menumpukan masa, tenaga dan sumber wang yang terhad bagi pembangunan negara dan rakyat. Mahathir adalah Perdana Menteri pertama yang asik berpoya-poya mengelilingi dunia. Entah bila pulak dia akan melawat Kutub Utara pula. Hanya, tempat  yang belum dilawatinya ialah liang lahad saja. Mungkin dia mau dirinya diawet muda ke? Kan UMNO ialah Mahathir? Andainya hilang Mahathir, lenyaplah UMNO.

Kalau syarat utama Mahathir letak jawatan disebut-sebutnya apabila keadaan politik negara berjalan lancar, maka itu memberi petanda bahawa dia sebenarnya tak mau nak letak jawatan. Kalau pemimpin UMNO merestuinya, memang jelas bahawa UMNO memang “bungol” (bodoh-bangang macam idiot).

Bandingkan kubur-kubur Ketua Negara di dunia tempat terakhir mereka disemadikan. Mereka juga mempunyai cita-cita besar dan kerap dianggap seorang ketua negara yang ‘indispensibe’. Tapi apa jadi setelah mereka tidak ada dibumi nyata. Abraham Lincoln tak sangka John Armstrong mampu menjejakkan kaki di bulan. Sekarang, rakyat Malaysia hampir-hampir mencapai bulan. PAS/BA sudah menanam bendera partinya di Trengganu dan Kelantan. Belumpun Mahathir padam, PAS sudah membawa orang Melayu ke bulan, kan?

Mahathir Tidak Akur Kuasa Illahi

Selama ini Mahathir dilihat tidak pernah khuatir terhadap apa jua pergolakan keadaan dalam negara, dalam UMNO, dalam BN maupun prihatin terhadap maslah rakyat jelata. Baginya, semua itu mudah belaka ditanganinya. Macam karenah Firaun, segalanya berpaksi kepada ‘kuasa’. Jika pemimpin bawahan meragam dan cuba melawan, dia akan gunakan ‘kuda-kuda belang’ peliharaannya dalam UMNO/BN supaya berkonspirasi sesama sendiri. Sementara itu dia akan terbang melancung ke luar negeri. Pernah dulu Mahathri bercuti tiga bulan. Waktu itulah Anwar dikonspirasikan. Kini, dia melepaskan semua kerja untuk diurus oleh Dollah Bedawi. Dollah jadi kuli tukang cuci..!

Sebenarnya, Mahathir lebih bimbang dengan apa akan jadi kepada Mirzan dan anak-anaknya yang tak mengerti menjaga kekayaan yang dilonggokkan. Mahathir mau pastikan bahawa kekayaan yang diagih si ‘daddy’ terus menjadi hak anak-bini setelah dia mati. Selama ini, kalau Mahathir tidak bantu melalui ‘rasuah’, ‘songlap’ dan ‘bail-out’; Mirzan sudah lama “ranap-terlongkop’. Tambahan pula, taraf ilmu anak-anak Mahathir dalam perniagaan, peniaga warong ‘nasi lemak berlauk ikan bulu ayam’ dan peniaga Nasi Kandar 1000 kali lebih pintar. Masakan anak-anak Mahathir layak menerajui sebuah Syrikat Perkapalan bertaraf antarabangsa bermodal berbillion.… janganlah lautan dalam pula nak diduga. Kencing hang pun pencong, Ngong…! Hihihi…….! Itu sebenarnya yang dikhuatiri Mahathir selama ini.

Kita semua nampak, tingkah-laku Mahathir tidak pernah menunjukkan dia akur dengan ketentuan Illahi. Dia sangat takbur dan celupar. Firman dan Hadis dia sanggup menyanggah. Puncanya, disekelilingnya berpuluh orang ‘tukang kipas’ yang sejenis dengan Qaruun dan Hamman.  Apabila Mahathir “bertitah”, mereka yang berhimpun dalam Kabinetnya ‘menyembah’ dan melafaz ikrar beramai-ramai: “So be it, so it be written and be done at once…!” Mereka tidak kira samada rakyat menerima atau menolak. Namun titah-perentah Mahathir tak boleh ditolak. Itulah kuasa majoriti 2/3 yang diberi kepada Kerajaan BN, digunakan Mahathir di Parlimen.

Berapa lama lagi rakyat boleh terima dan bertahan? Sampai akhir zaman?

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 06.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!