PILIHAN RAYA 2003/4 – BAKAL JADI MERCUTANDA
KEJAYAAN ‘REFORMASI’ LEDAKAN RAKYAT
Oleh Amin Sapiro (Mau tengok  Mahathir terkulat-kulat)
ORANG MELAYU adalah warga watan yang sah dan bermaruah di negara ini – tanahair mereka sendiri. Orang Melayu usah ragu-ragu tentang perkara ini. Sudah tiba masanya kini, mereka wajib muhasabah hak-milik mereka, meneliti potensi, menentukan hala-tuju diri dan bangsa sendiri.

Orang Melayu tidak harus membiarkan harta kekal dan mudah-alih yang dipusakai turun-temurun, dibiarkan dirampas dan dijadikan modal oleh orang lain. Kemudian, 'orang lain' yang bukan berdarah warisan kita, berpura-pura mendabik dada sebagai pembela bangsa. Padahal, sebenarnya mereka bersifat ‘talam dua muka’. Kita dijadikan hamba dan modal oleh mereka jadi kaya-raya tanpa kerelaan hati sendiri. Mereka merampas hak dan memeras rakyat semahu hati. Wajarkah mereka dijulang setinggi langit? Masihkah kita belum terasa perit?

Itulah soalan yang dipahat kedalam hati kita oleh datuk-nenek orang Melayu untuk dijawap bersama. Mereka mewariskan Kemerdekaan tanahair ini untuk kita jaga. Hematnya, ia bermula sejak Raja Mandeliar mengkhianati Bendahara Seri Maharaja, hinggalah akhirnya terbuka ruang bagi Portugis melanggar Melaka. Ini cerita benar – sejarah bangsa Melayu di zaman dahulu kala.

Kerana itu adalah sejarah lama, kita tidak boleh pinda. Tetapi UMNO adalah ciptaan baru di abad ini. Kita berkuasa memadamkan riwatnya, kerana UMNO sudah tidak lagi berguna untuk menggembeling keperluan kita. UMNO sudah rosak dan penuh karat. Pemimpin UMNO merobah warna-warna perjuangan bangsa.

UMNO Kini Dan Sebelumnya

Sebagai sebuah parti politik yang pada mulanya mendapat mandat dan sokongan orang Melayu, pemimpin UMNO terdahulu telah berjaya memerdekakan tanahair. Namun, pada penghujung Abad Ke-20 ini, pemimpin UMNO yang kemudian juga yang berubah nawaitu. Mereka bertukar sifat memecah-belahkan orang Melayu sesama agama – bangsa kita. Puncanya, gejala 'Mandeliar' telah menular liar dan semakin sebati di dalam sanubari para pemimpin tertinggi UMNO yang menerajui Kerajaan. Mereka sanggup menjadi ‘barua’ Mahathir – baka Mandeliar paling celupar.

Kini, jolokan '2-M' kembali popular di kalangan rakyat jelata – yang diasaskan daripada nama ‘Mandeliar’ dan ‘Mahathir’. Kedua-dua mereka itu adalah Pengkhianat bangsa, bahasa, harta dan hak kebebasan serta Kemerdekaan orang Melayu. Mereka satu rumpun, satu keturunan – mengaku diri sesudu berdarah Melayu. Hari ini, orang Melayu telah nampak jelas bahawa cara Mahathir mempergunakan orang-orang besar ‘mahligai’nya di Putrajaya demi kepentingan dan keinginan dirinya yang tidak terbendung. Dia saling tak tumpah seperti ‘Mandeliar’ yang mengkhianat dan memfitnah serta memperkuda pembesar-pembesar ‘istana’ raja Melaka.

Jika Mahathir menggunakan faktor Rasuah dengan pura-pura melindungi pemipin UMNO yang melakukannya, Mandeliar pula menggunakan faktor Emas Sebahara terhadap kuncu-kuncu istana yang tamak-haloba. Cuma bezanya, kini rakyat jelata sudah celik, canggih dan peka berfikir. Mereka berjaya dan terdaya menyebarkan maklumat dan menjelumit sikap ‘khianat’ Mahathir di mana-mana. Namun senario dan jalan ceritanya adalah sama. Sudah tiba masanya orang Melayu wajib ‘menyula’ si Mandeliar ‘alaf baru’ ini, dari dubur hingga ke tenggorok dan bangkainya diarak sekeliling bandar.

Orang Melayu perlu sedar dan usah berkhayal bahawa sesungguhnya para pemimpin sekongkol dengan Mahathir itu juga adalah penyangak dan penyamun sebenar bertaraf musuh negara. Merekalah yang jadi talibarut sebenar penjajah; yang satu ketika dulu menghisap darah bangsa, mengikis hasil bumi dan mencemarkan agama kita..! Mahathir dan UMNO – apa bezanya? Tidakkah mereka semua melanjutkan ragam Penjajah dan agenda Yahudi?

Falsafah Haiwan Bertukar Warna

Sifat haiwan yang dijadikan Allah dan harus diambil iktibar oleh manusia sebagai contoh, ialah kemampuan mereka bertukar warna apabila ia menghuni perkelilingan tempat ia bersembunyi. Ia bijak berpura-pura mati. Tetapi, bisanya masih boleh membunuh walaupun terpijak di kaki. Dia boleh menggigit, kerana giginya masih tajam bagai duri.

Hari ini, keadaan yang sama telah dilakonkan oleh UMNO terhadap pemimpin Melayu dalam UMNO. Dr. Mahathir telah berusaha keras mengangkat beberapa kerat pemimpin Melayu dari kalangan rakyat menjadi ‘abdi suruhan’. Mereka dipergunakan untuk menukar ‘warna’nya (Mahathir) yang semakin pudar dan kusam. Pemimpin politik ‘patah kandar’, telah diberi upah lumayan bagi menduduki tempat-tempat istimewa dalam Kabinetnya. Mereka yang terpelajar dan bervisi dipurukkan dalam penjara.

Contohnya, Rais Yatim – walaupun terpelajar; namun sebagai seorang yang 'patah kandar' dan tidak berprinsip, dia sanggup menggadaikan kelulusan akademik demi sesuap nasi. Dia jadi tukang kipas Mahathir…! Prinsip bagi Rais tidak mengenyangkan tembolok. Kerana itu parti tajaannya hanya contoh sebuah cerita ‘olok-olok’.

Ku Li pula – seorang anak raja yang kempunan takhta; kini betul-betul layak menjadi gurkha dan tukang cebok bila Mahathir berhadas di tandas. Malangnya, dia tak sedar dan masih bercakap besar berdegar-degar, walaupun tak ada siapa yang mau dengar dan percaya, kununnya  dia masih ada harga diri lagi. Perghhhhhhhh…….!!

Abdullah Bedawi sanggup ‘Jaga Babi’ asalkan dapat jadi Perdana Menteri. Najib Razak sudah pening lalat macam Keling mabok tuak. Pemimpin UMNO lain yang diberi jawatan menteri oleh Mahathir sebok ‘buat duit’. Lihat contoh perangai Rafidah Azizi, Rahim Thamby Chik, Khir Toyo, dan semua MB-MB UMNO yang berkuasa. Mereka sibok mengenyangkan tembolok – menyonglap harta rakyat..!

Kuli Khas “Tukang Gilap”

Mari kita tanya semua penyokong UMNO: Apakah manusia seperti Zainuddin Maidin yang lulus SPM, M. Keyveas dari parti nyamok Progresif Rakyat, ‘tengku’ Adnan Mansor – seorang konspirator yang menjatuhkan nama baik seorang wira  rakyat seperti Datuk Seri Anwar, dan Hamid Zainalabidin – seorang 'ulamak' kategori ‘ular dalam semak’ – adakah masing-masing layak diangkat menjadi Timbalan Menteri menerajui rakyat?

Apa sumbangan mereka? Apakah kesitimewaan yang ada pada mereka hingga membuatkan mereka wajar diberi jawatan sedemikian besar fungsi dan implikasinya kepada kita? Kita tidak nampak kelebihan dan keistimewaan mereka. Mereka setakat jadi barua-barua penjilat cuma..! Mereka asyik menunjukkan muka di kaca TV seolah-olah muka mereka ‘banyak cantik’? Sebenarnya, merekalah ‘Jin aprit’ mewakili kaum Iblis.

Mereka ini sudah ketara dijadikan seperti ‘kuli’ tukang sapu cat dan tukang gilap oleh Mahathir. Mereka berusaha memberi warna baru kepada belang Mahathir yang sudah bertukar warna menjadi kusam berkarat. Mereka tak malu dan tidak punya maruah melakukan itu semua demi mendapat kekayaan. Mereka sah manusia ‘penjual maruah’ – bak betina sundal pelacur murahan, jual puk* di lorong-lorong gelap siang malam…! Mereka tak peduli halal-haram. Semua mereka telan. Baham….!

Jadi Menteri Ikut ‘Jalan Pintas’

Demi hari, kita nampak dan rasai bahawa mereka hanya bekerja berhempas-pulas; semata-mata bagi mendapat pangkat dan kedudukan. Dengan itu, mereka mudah cari makan, cari kekayaan. Tugas mereka setakat menyampaikan hasrat dan keinginan peribadi Mahathir. Mereka dapat diibaratkan sebagai alat perkakas mencebokkan Mahathir berhadas di tandas. Mereka umpama bilah-bilah lidi penyapu untuk membersihkan kotoran yang dipalitkan oleh Mahathir kepada minda rakyat yang putih bersih.

Ambil contohnya Zainuddin Maidin. Dia dilantik jadi menteri ikut ‘jalan pintas’. Tanya semua penyokong UMNO dan pemimpin mereka: Apakah jasa si barua Mahathir yang ini kepada parti hingga melayakkan dia mengatasi ketokohan ribuan perwakilan UMNO yang berhimpun saban tahun di PWTC. Walhal, perwakilan UMNO di ceruk kampung terpencil di pedalaman, lebih banyak berjasa kepada masyarakat setempat; berbanding kemampuan si ‘mamak jaga kambing keturunan paria bangsat’ berwatak iblis ini.

Begitu juga anak keling yang menciplak gelaran 'tengku' hingga tak segan-malu kepada orang Melayu menukar namanya sebagai 'tungku Adnan Mansor'. Apa yang diketahui umum, dia adalah seorang pengusaha judi terkemuka di negara ini. Kita mau tanya: Daripada kerabat raja manakah he earned this tittle? Apa asal-usulnya? Mungkin dia anak haram terbuang yang dipungut di tepi jalan – kerana merengek lapar susu macam nak mampos ditinggalkan si ibu yang berzina; dia dipungut oleh seorang ‘samaritan’ bergelar Tengku? No body knows exactly the real story..! Tiba-tiba saja jadi menteri?

Kita amat musykil, bagaimana Hamid Zainalabidin boleh menjadi seorang ‘menteri ulamak’ menerajui Hal-ehwal Agama Islam. Yang kita tau, dia pernah menjadi seorang guru paling pemalas semasa bertugas di sekolah Victoria Institution di Kuala Lumpur. Ilmu agama Islam yang dimilikinya lebih cetek daripada Astora jabat. Dialah Imam pertama dalam sejarah Islam yang berkempen menyokong UMNO terang-terangan di mimbar Masjid Negara – hingga makmum berpecah seolah-olah '2  Mimbar Satu Masjid'. Bolehkah si Hamid ini diharap mengendalikan Tabung Haji pula? (Sila rujuk rencana-rencana MGG Pillai di akhir artikel ini)

Nah, nampak betul UMNO menggunakan perkara-perkara mustahil dengan mengamalkan budaya tidak sehat dan tak masuk akal, guna menempatkan parti itu sebagai parti terunggul dikalangan rakyat (orang Melayu). Masakan rakyat keturunan Melayu yang sudah celik politik dan peka ilmu, semudah itu diperkutak-katikkan begini  lagi.

UMNO Semakin Tergelincir Keutamaan

Kita tentu nampak bahawa kejatuhan sokongan orang Melayu kepada UMNO dilihat secara mendadak sejak Anwar dibelasah, diseksa dan dipenjarakan dengan restu UMNO. Beliau dipenjarakan tanpa keadilan mahkamah yang berwibawa. Parti PAS dan komponen parti-parti dalam gabungan BA sekaligus mencanak naik menjulang nama dalam tempoh setahun diperdengarkan manifesto parti. Walhal, Barisan Alternatif (BA) tidak pun menguasai media atau memiliki kecanggihan jentera Pilihanraya. Namun, PAS/BA sudah terbukti berkemampuan menumbangkan UMNO/BN di Terengganu. Ia berjaya mengaut sokongan menubuhkan Kerajaan dalam sekelip mata. Hakikat ini berdaya  menguatkan kedudukan Pembangkang di Kelantan, hingga kita bertanya: Ada lagikah UMNO di sana?

Pahang yang dijangka sebagai negeri yang bakal ditumbangkan Pembangkang, kedudukan UMNO/BN semakin bergolak di sana. Adnan ‘Brutal’ – menteri lucah UMNO, makin tidak mampu merobah apa-apa dengan sikap ‘samseng’nya. Di Kedah-Perlis pula, kedudukan UMNO/BN sudah cukup-cukup terhakis. Kerajaan yang diterajui Syed Razak dan Shahidan yang berhutang berbillion kepada Kerajaan Persekutuan diramal akan ‘tumbang antan’, insyaAllah.

Untuk membeli sokongan rakyat, kunun, Shahidan Kassim telah mengisytiharkan poligami sebagai taktik memancing sokongan pengundi lelaki. Namun, cara ia dilaksanakan lebih mirip bertujuan memungut hasil daripada bertujuan menegakkan nilai-nilai dan syiar Islam sebenar. khabarnya, itu cuma tipu-muslihat sebelum Pilihan raya diadakan saja. Ini adalah ‘bisik-bisik’ setelah berdebat di sidang akhbar dengan Shahrizat…! (sorang lagi betina keparat, pengamal pendedahan aurat).

Ini berbeza dengan keputusan Terengganu yang betul-betul bermaksud untuk meningkatkan syiar Islam. Puncanya, dasar Islam di Terengganu dan Kelantan berpaksi kepada kesedaran agama suruhan Tuhan Rabbulalamin. Walhal di negeri lain, UMNO menggunakan Islam bertelau-telau (berpilih-pilih), bagi memenangi Pilihan raya serta mengisi tabung pilihan raya semata-mata…!! Itu bezanya. Orang berkata: Itu dinamakan Dasar ‘poligami politik’.

Kalaulah begitu karenah UMNO menangani faktor-faktor sosial dan kemasyarakatan umat Islam di negara ini, sampai kiamat pun agama Islam tidak akan menjadi agama yang disegani umat lain. Puncanya, Mahathir sendiri telah mengusulkan kepada Majlis Raja-Raja supaya perkataan ISLAM dibuang terus. Tidakkah itu bermakna, Mahathir-UMNO sudah 100% mau rakyat mencari pilihan agama lain untuk dijadikan panduan? Padan jugalah ratusan ribu umat beragama Islam memohon menukar agama kepada Kristian dan Hindu di Pejabat Pendaftaran Negara. Ini semua disebabkan dasar sekular Mahathir-UMNO yang sudah menggelincirkan keutamaan.

Berbalik Ke Pangkal Jalan

Sejak Mahathir membuang Anwar daripada menerajui UMNO, dia (Mahathir) dan pemimpin UMNO berjawatan semakin tersisih dari arus perdana tuntutan rakyat, khususnya orang Melayu. Zaman Tunku Abdul Rahman, keutamaan golongan pemimpin se zaman ialah untuk merebut Kemerdekaan daripada Penajajahan. Seharusnya, selepas zaman itu berlalu, UMNO perlu mengisi Kemerdekaan itu dan memantapkannya pula. Tetapi tidak..! Orang Melayu semakin terharap-harap.

Di sinilah peranan Anwar Ibrahim yang kita nampak menyerlah. Beliau dengan penuh hemah dan berhati-hati menerapkan nilai-nilai Islam di sekolah-sekolah dan di jabatan Kerajaan seluruh negara. Dengan itu, sekali gus sikap dan sifat ‘menerima dan memberi’ rasuah semakin dipandang jijik. Cuma yang sukar dikikis, amalan itu masih dilakukan oleh ramai ahli-ahli politik di kalangan UMNO/BN. Itulah amalan pemimpin UMNO yang dilindungi Mahathir…! Mereka terus-menerus berbohong – jual kelentong.

Kerana itu, Anwar telah mempelopori Akta-akta yang memberi definisi 'Rasuah' yang  tepat bagi diterima-pakai oleh semua sektor rakyat dan pentadbiran (meliputi politicians) Kerajaan. Majoriti rakyat semua kaum menyokong, kecuali mereka yang ada agenda mega dan tersusun rapi secara tersembunyi. Mereka itu dilindungi pula oleh Mahathir. Ia dijadikan jerangkap samar. Antara mereka yang mendapat manfaat termasuklah anak-anak dan suku-sakat terkait rapat dengan Mahathir sendiri. Mahathir pula telah memelihara ratusan Kroni yang berikrar menyokongnya. Sekelip mata mereka jadi billionaire.

Apa jadi nasib orang Melayu peniaga warong di pasar malam? Kini, UMNO tidak mampu berbalik ke pangkal jalan. Kerosakan sistem dan struktur minda pemimpinnya yang mendapat didikan budaya UMNO ‘are totally beyond repair’.  Hanya Pembangkang yang diketuai oleh seorang insan yang berwibawa dan dihormati semua pihak saja yang akan berjaya mengembalikan Negara ke persada bangsa.

Itulah iltizam rakyat yang jadi pegangan dalam Pilihan raya 2003/4, sebelum Negara menjadi  contoh ‘sebuah kehancuran’ – angkara seorang baka ‘Mandeliar’ celaka…! UMNO/BN pasti akan tenggelam.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 07.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Artikel-artikel MGG Pillai:
Perseteruan Dua Hamid Adalah Lambang Kehaprakan Yang Besar
Bila Gajah dengan Gajah Bertempur, Rumput Di Bumi Turut Lebur
Tabung Haji: Penghijrahan Di Tengah-Tengah Pemberontakan
Tabung Haji: Bakkenya Kosong

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!