UMNO/BN BERGANTUNG KEPADA DAKYAH FITNAH DAN PEMBOHONG
UNTUK MENANG PILIHANRAYA
Oleh Amin Sapiro (Nampak UMNO sudah dilanda musibah)
RAKYAT harus sedar sekarang bahawa semakin Pilihan raya hampir dekat, makin jelas UMNO menggunakan taktik kotor untuk memenangi simpati dan sokongan rakyat. Alat utama yang lazim digunakan ialah media massa – media cetak dan elektronik.

Tersebar berita di kalangan para petugas di RTM, stesen Radio dan akhbar arus perdana yang dikuasai kerajaan bahawa mereka mendapat  arahan lisan dari “barua upahan” bernama Zainuddin Maidin yang baru dinaikkan pangkat, supaya mereka memperuntukkan ruang dan masa yang panjang bagi mengatur program ‘membelasah’ Pembangkang. Isu-isu yang diketengahkan tidak perlu berasaskan yang benar. Ia boleh diputar-belit dan diada-adakan. Asalkan, imej Pembangkang berjaya dijejaskan.

Akhbar-akhbar pula diarah supaya mengupah penulis yang ternama supaya menulis rencana-rencana menyokong Kerajaan UMNO/BN saja. Dengan itu sekaligus diharap mereka mampu mempengaruhi rakyat dengan tujuan memburukkan imej parti-parti Pembangkang dan menukar warna mereka secara fitnah.

Itu sebab, media berlumba-lumba memuatkan berita palsu yang tak masuk akal mengenai Pembangkang. Contohnya, Kes Abi Jak selak kain, memutar-belitkan isu Tuhan ‘samseng’,  GERHANA di Kelantan dan macam-macam lagi. Itu cerita remeh yang sengaja diperbesar-besarkan. Begitulah karenah parti politik yang sudah phobia. Takut kalah…!

Rakyat Sudah Matang

Dalam tamadun abad ke-21 ini, seluruh rakyat marhaen di negara ini semuanya sudah meninggalkan era ‘buta huruf’. Cuma yang tinggal hanyalah pemimpin UMNO – ‘buta hati’. Andainya mereka tidak yakin dengan berita-berita yang disogokkan media Kerajaan, mereka akan mencari sumber berita yang lain. Mereka tidak semudah dulu “digula-gulakan” lagi. Mereka sudah cerdik dan celik..!

Dalam konteks ini, mereka telah sedemikian canggih dan berdaya memilih di antara berita benar dengan yang palsu. Sajian berita dan kupasan yang dipaparkan dalam Laman-laman Web pro-Pembangkang, rakyat makin banyak mendapat fakta maklumat yang lebih dipercayai dengan bukti. Mereka makin tahu mengenai kesembronoan dan kebobrokan pemimpin Kerajaan yang memerintah. Rakyat sedar bahawa media Kerajaan hanya berbohong dan terkial-kial menutup kudis-pekong pemimpin mereka yang menerajui Kerajaan. Selama ini, sebenarnya itulah merekalah kaki songlap, perasuah dan penjenayah hingga wang negara punah.

Rakyat juga sudah mengetahui dengan bukti-bukti sahih betapa buruknya sikap Presiden UMNO yang berkerja keras siang malam melindungi pelbagai jenayah yang dilakukan oleh konco-konco sesama politik yang menerajui Kerajaan. Mereka sudah tau, menteri kesayangan Mahathir seperti Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Khir Toyo, dan beberapa personaliti ‘penjenayah ampuh’ yang sekongkol membalun ‘duit haram’ daripada cukai yang bayar dengan titik peluh rakyat. Sebagai balasan ‘terima kasih’ atas perlindungan yang mereka perolehi daripada “ketua Penyangak” itu. Mereka sanggup menipu rakyat dengan melindungi nama dan imej Presiden yang digelar rakyat ‘si Kepala Taik’ itu – supaya terus kekal jadi PM.

Memanglah manasabah pada akal; bak kata pepatah Melayu: si Kepala Penyamun akan melindungi pencuri yang jadi kakitangan bertaraf hamba suruhan. Begitulah juga sebaliknya. Tetapi rakyat yang bakal disamun wajib bersikap bertanggungjawab kepada diri sendiri. Andainnya kumpulan perompak itu tidak ditangkap dan dihukum-nyahkan daripada melakukan rompkan bersiri; akhirnya kampung kalian akan punah umpama dilanggar geruda. Sekarangpun sudah ada bukti nyata..!

Pilih Satu Antara Dua

Orang Melayu khususnya, wajib sedar bahawa agama Islam memberi penganutnya kebebasan berfikir secara terbuka. Kita diberi peluang oleh Allah swT. menggunakan kuasa akal bagi menentukan nasib sendiri dan zuriat akan datang bakal melahirkan generasi yang berwibawa. Dalam mencari kekayaan hidup, kita disyaratkan supaya mencari keredzaan Allah swT dengan berpandukan Firman dan Hadis. Jika kita memilih ‘penyamun dan penyangak’ yang berperangai ‘talam dua muka’ dan melantik dia sebagai Penghulu Kampung; pada waktu siang semasa matahari terang benderang mereka akan jadi kawan. Sebaliknya bila malam waktu dinihari, dia akan mencuri di kampong sendiri. Akhirnya, pagi-pagi esoknya, padi dalam guri (kepok padi) akan licin tak tinggal barang sebutir. Guri kosong tidak berisi lagi. Apa akan jadi nasib kita? Tidakkah kita menjadi mangsa mereka? Salah siapa?

Apakah anak buah di kampung yang berpenghulukan seorang ‘bapak penyamun’ itu sanggup menadah tempurung meminta pertolongan daripada para penyamun itu? Apakah itu cara penyelesaian masalah yang dialami malam tadi? Adakah kita sebagai penganut Islam tidak wajar menggunakan panduan dan firman Allah dengan membuang Penghulu, Ketua segala penyangak itu daripada kampung kita? Ini adalah senario yang berlaku saban hari di bumi bertuah ini. Siapa sebenarnya akan rugi?

Hematnya, itulah yang terjadi dan berlaku dalam melinium ke-21 ini. Dr. Mahathir telah mengarahkan semua Wakil Rakyat UMNO seluruh negara supaya menghulurkan derma sumbangan Hari Raya kepada fakir miskin dan warga tua. Itu adalah helah bermuka-muka. Kununnya, derma itu adalah tanda prihatin UMNO kepada rakyat warga miskin. Padahal, derma yang tak seberapa itu adalah sebahagian kecil duit ringgit berbillion yang disonglap oleh pemimpin UMNO daripada kocek kita. Mereka tidak rugi apa-apa. Kita dianggapnya sebagai pengemis tidak bermaruah. Penerima sedekah..! Apakah semurah itu maruah dan harga diri kita?

Mereka berpura-pura tersenyum dan bertemu rakyat dalam program ‘K3P’. Sebenarnya pemimpin UMNO itu mencemik muka sambil menjelir lidah berludah-ludah kepada si penerima derma. “Nah….! Mampoih, hang aku tipu bontang” kata mereka, sambil terbahak-bahak ketawa di belakang kita. Kita masih tidak sedar lagi menjadikan kita warga meminta-minta? Sampai bila nak dibiarkan diri jadi rakyat Kelas 2?

Sudah sampai masanya supaya rakyat (khususnya orang Melayu) memilih satu antara dua – memilih parti “Berketuakan Penyangak” atau wakil-wakil daripada kalangan rakyat yang jadi mangsa penyamun yang  merompak?

Berterusan Hingga Pilihan raya

Jangan tak tau, lebih 20 tahun Mahathir menjadi Presiden UMNO, apakah yang orang miskin di kampung-kampung pedalaman dapat? Mana tanah dan peniagaan yang orang Melayu boleh berbangga? Kg. Baru di Kuala Lumpur pun akan dilelong oleh Kroni tamak haloba puak UMNO. Adakah UMNO sebuah parti politik yang membela orang Melayu sebagai bangsa yang merdeka? Tanah Simpanan Melayu pun sudah mulai dirampas dengan mengubah statusnya. Itulah kerja busuk dan agenda UMNO..!

Adalah ditaksir setiap tahun ratusan billion hasil daripada titik peluh rakyat dan khazanah bumi negara ini diperjudikan oleh puak UMNO. Mereka merancang dan membuat pelbagai projek yang membazir. Satupun tidak mendatangkan hasil – sebaliknya terbengkalai dan merugikan rakyat. Kerugian rakyat adalah habuan pemimpin UMNO dan kuncu-kuncu mereka. Mereka kenyang tembolok, kita melopong kosong perut..!

Rakyat Terengganu sangat peka perkara ini. Contohnya Projek PERWAJA inspirasi Mahathir yang menelan kerugian berpuluh billion. Kini PERWAJA sudah ‘gulung tikar’. Besi-waja yang kononya akan dihasilkan menjadi Projek ‘Gajah Putih’ untuk memberi sebab Mahahir berkongsi rasuah dengan Eric Cheah. Dia berpakat membaham wang rakyat. Apa yang nampak kepada kita, PERWAJA yang bermodal dan telah kerugian puluhan billion, hanya mampu mengeluarkan paku lantai dan dinding. Inikah hasil dari konsep Penswastaan UMNO-Mahathir? Bermakna Mahathr-UMNO tak tau konsep berniaga. Untung ada modal loncong! Itu berniaga apa namanya?

Di bina pula Menara KLCC – kununnya bangunan tertinggi di dunia ini. PETRONAS menanggung kos pembinaan tak kurang dari RM10 billion. Ura-ura pada mulanya akan menjadi Pusat Perniagaan Tercanggih di rantau ini. Tetapi, hari ini 80% ruang di dalamnya masih kosong tidak berisi. Terpaksa PETRONAS mengisinya dengan kakitangan mereka sendiri – terdiri daripada kerani dan jurutaip. Masakan peniaga warong terdiri dari golongan Pak Mat dan Mak Minah termampu menyewa bagi sepetak dengan kadar RM80,000 sebulan. Padahal perniagaan mereka setakat ‘nasi lemak bersambalkan ikan bulu ayam’. Pendapatan mereka sehari cuma RM50.

Apa gunanya bangunan semahal itu dibina – bukannya mendatangkan faedah kepada rakyat. Adakah logik bangunan mencakar langit itu dibina dalam suasana taraf ekonomi sebuah negara baru bertatih? Apa faedah dan manfaatnya projek mega itu dalam hasrat meransang pertumbuhan iklim perniagaan masyarakat kita yang belum lagi tiba ke paras bertaraf Tokyo atau Paris? Orang Melayu baru pandai menjual runcit ikan bilis. Itu sebab Mirzan a/l Mahathir jatuh muflis..!

Pembohongan Modal UMNO

Sebenarnya, Mahathir dan UMNO adalah kelompok manusia-manusia persis bergelar pemimpin  “Penjenayah Bersiri”. Mereka baling batu sembunyi tangan. Mereka sudah dikenali oleh masyarakat antarabangsa sebagai ‘pelari khazanah negara’. Kepada rakyat di negara ini, mereka bercakap mendabek dada – kununnya mereka mentadbir demi membangunkan kepentingan rakyat. Tetapi kita nampak, mereka ‘merompak’ dengan berselindung di sebalik projek-projek kos puluhan billion. Projek rugi rakyat dipaksa tanggung!

Itu sebab kerajaan yang diterajui UMNO/BN langsung tidak berminat mewujudkan peluang perniagaan bagi memenuhi keperluan masyarakt peniaga kecil. UMNO tidak mempedulikan rintihan kontraktor kelas rendah dan pembangunan tanah sebagai menjana ekonomi rakyat marhaen. Kerana bagi pemimpin UMNO, mereka tidak akan dapat komisyen. Berbanding projek-projek mega seperti Formula 1, Link Ke-2 ke Singapura, Tambak Laut, dan terkini ialah Projek Jalan PORR di Pulau Pinang yang kesemuanya berharga mencecah RM4.0 billion. Mujur wakil rakyat MCA membantah keras. Jika tidak orang Pulau Pinang habis kena ‘tarah’ tinggal tulang..

Bank terbesar di Switzerland, Singapura, New Yok, Tokyo dan London (sekadar menyebut beberapa antaranya) sanggup menerima cabaran Kerajaan Mahathr untuk mendedahkan nama pemimpin UMNO/BN yang menyimpan wang berjuta di sana. Mahathir terkaku-bisu, tidak diisangka-sangka cabarannya disambut secara positif. Hingga hari ini, mereka menunggu senarai nama “Perasuah Malaysia” yang menyimpan wang berjuta di sana. Pastinya, nama Mahathir adalah paling teratas yang wajar di ketengahkan.

Kerana itu, Mahathir kecut ‘buah Pelir’. Tidak ada nama yang dikemukakan. Hematnya, kepastian ini bergantung kepada rakyat – jika mau tau siapa di antara pemimpin UMNO/BN yang rasuah; ia hanya dapat dibuktikan bila Pembangkang saja yang menerajui Kerajaan Malaysia. Kuasa rakyat boleh membersih negara ini bila UMNO/BN dihumbankan seperti GOLKAR di Indonesia. Mahathir akan ditangkap dan dikenakan tahanan seperti SOEHARTO dan anak-anaknya. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat..! Itu adalah sebahagian dari Jihad..!

UMNO Putar Alam

UMNO dan pemimpinnya dilatih oleh Mahathir sebagai juara ‘tukang fitnah’. Mereka taatsetia menjunjung perintah. Jika mereka engkar, UMNO akan mati bergalang tanah. Oleh itu, demi survival, UMNO/BN bergantung kepada dakyah fitnah dan pembohong putar alam untuk menang pilihan raya. Masihkah kita mahu  masuk kantung mereka?

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 10.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!