SANDIWARA UMNO DALAM SIRI ‘ANTARA DUA DARJAT’
Oleh Amin Sapiro (Siri ‘antara dua darjat’ – cerita UMNO keparat)
RATA-RATA pemimpin UMNO semakin gelabah tak tentu arah bila berhadapan serangan pemimpin Pembangkang PAS/BA. Komen TG Haji Hadi mencuit UMNO – tidak disangka-sangka menjadikan Mahathir ‘keluh-kesah’, hingga mengharu-birukan seluruh kepimpinan UMNO. Ini membuatkan orang ketawa terbahak-bahak. Hingga muka-muka UMNO macam muka kepala ‘biawak’…!

Mudah sangat Salehuddin Ayob mencocok buntut Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan yang masih bujang teruna. Rupa-rupanya si Nazri ini baru nak terjaga – terus bangun. Dah lah muka macam lanun, bercakap di media RTM saling tak tumpah macam pemimpin UMNO ‘mangkok ayun’.

Belumpun ulasan diberi sebagai membela diri, Nazri sudah mencabar nak bersumpah pula. Dia fikir, dengan mencabar begitu, dia fikir orang akan tergila-gila nak menyokong dia agaknya. Jangan harap nak tunjuk kebenaran dengan bersumpah Al-Quran. Nanti sumpah makan tuan. Rakyat dah jelak dengan sandiwara UMNO. Takkan ada orang yang akan terpesona….!! Sendiri tanggung di Neraka. Dalam Neraka tak ada UMNO yang datang membantu…!

‘Nuclear Missile’ – Senjata ‘of Mass Destruction’

Reaksi daripada komen TG Haji Hadi dan respon Mahathir yang ‘fuming’ telah menyebabkan penyokong UMNO atas pagar telah bertukar arah – menetapkan ‘mata-angin’ ke satu hala yang UMNO sendiri sama-sekali tidak menyangka. Tidak menduga kesannya…! Pemimpin UMNO baru sedar bahawa dalam diam, Pembangkang dijuarai oleh PAS makin tinggi kewibawaannya di mata rakyat.

Puncanya, dalam keadaan UMNO yang sedang terumbang-ambing begini, BN sudah retak menanti belah dengan sekutunya MCA. Selama ini MCAlah yang jadi ‘tongkat’ Mahathir. Kenyataan pemimpin PAS (Haji Hadi) itu bak ‘nuclear missile’ – senjata ‘of mass destruction’ yang mampu memusnahkan kredibiliti BN. Tak ubah Mahathir macam gelagat Bush lawan Saddam Hussein.

Berbanding ‘peluru’ yang dimuntahkan dari ‘meriam buluh’ UMNO setiap hari melalui RTM dan media cetak; nampaknya usaha UMNO langsung tak berkesan – serba tak kena. UMNO tidak termampu menggoyahkan PAS sebagai Pembangkang. Malah parti ini (PAS) semakin menguatkan barisan pertahanan. Penyokongnya dah makin menambah kekuatan. Ia memberi petanda bahawa PAS sudah berjaya menarik Pembangkang lain menyokong Barisannya. Naya UMNO..!

Seolah-olah, PAS sudah sedia berperang, dan UMNO pula seperti ‘anak ayam bakal disambar helang’ – kebebangan, kata orang selatan…! Senario itu melakarkan seolah-olah memang betul UMNO tak ada jalan nak melemahkan parti Pembangkang yang satu ini. Poning Madey……!

Berdebus Bunyi Durian Runtuh

Makin banyak berita dan program-program fitnah di TV yang diusahakan oleh Zainuddin Maidin untuk siaran RTM, makin itu pula dirasakan rakyat sudah tak percaya kepada propaganda UMNO. Nampaknya, GERHANA memang tepat menjelaskan kedudukan UMNO sebenar di mana-mana. Kini, Pulau Pinang ‘Antara Dua Darjat’ sudah betul-betul menjadi cerita ‘mayat’ menunggu berulat. Mayat UMNO..!

Kes ‘Selak Kain Abi Jak’ sudah diatasi oleh cerita Ghaffar dengan Haryati. Khabarnya, ada lagi yang tersembunyi. Apa sudah jadi? Tolong confirm sesiapa ada tengok VCD. Itu tanda pemimpin UMNO tak tau jaga akhlak anak-bini. Maklumlah, makan duit sumber haram, satu keluarga akan karam – jahanam..! Heheheh……

Ini semua adalah balasan dan ‘hikmah’ dari Anwar difitnah dan dipenjarakan oleh Mahathir. Kerana si Ghaffar yang dah nyanyok ini terikut-ikut mengkhianati Anwar dengan menyokong si Kepala Taik itu, si Ghaffar yang berotak lemah terikut-ikut menyokong macam barua – tak sedar diri tu dah ‘lemah jantung’; akhir diasendiri terjun gaung….! Itulah bukti pemimpin UMNO memang tak sedarkan diri.

Ghaffar nak campur – ‘tumpang tui’, buat apa? Mulalah belajar-belajar jejakkan kaki ke pintu surau. Taubat nusuha saja ubat segala maksiat. Kalau tak lakukan semasa bernyawa, bila dah jadi mayat, Tuhan tak terima doa. Sekarang badan pun dah tua, masalah pulak yang tiba. Takkanlah setiap kali nak berjuang, telan pil ‘Viagra’ supaya boleh jadi ‘ngang’. Itu kerja bangang. Esok kalau mati sambil bergayut atas perut, siapa yang nak ‘angkut’? Isk…isk.. (nasihat jerrr)

Dulu, pantang saja Mahathir dicuit; seluruh penyokong UMNO akan keluar menyerang macam ‘kelkatu bubus’ pada waktu senja lepas hujan. Sekarang, terbalik ceritanya. Makin berkerumun rakyat mendengar ceramah PAS. TG Hadi Awang bijak mengupas cerita..!

PAS/BA sedang menerima ‘durian runtuh’. Sedangkan dusun UMNO berbatang tua dan berdahan rapuh. Angin kencang semakin tidak mampu dihalang. Tak kena gaya, dusun UMNO habis tumbang dipukul taufan. Inilah terjadi semasa Mahathir melawat Kelantan. Kakitangan Awam dipaksa datang penuhkan padang. Bila hujan, orang pun pulang. Mahathir bercakap sorang-sorang macam Perdana Menteri paling bangang. Macam tu UMNO nak menang?

Pulau Pinang ‘Antara Dua Darjat’

Ramai orang-orang UMNO dan pemimpin mereka di Pulau Pinang yang membuat kesimpulan bahawa paparan Zainuddin Maidin mengenai kemajuan negeri itu adalah suatu pendedahan UMNO yang sama diertikan sebagai centre-forward ‘menendang bola ke gol sendiri’.

Apakah sifat dan sikap GERAKAN selama ini? Tak pernahkah UMNO cuba-cuba mendalami? Orang Melayu nampak bahawa parti itu ‘main sembunyi-sembunyi’. Mereka beli pemimpin UMNO dan jual semula macam ‘daging babi’. Diberi UMNO sebuah kerusi Timbalan Ketua Menteri, tapi hak dan kepentingan orang Melayu dipunahkan hingga ‘hilang gigi tinggal gusi’. Masihkah UMNO sebagai parti paling kanan di negara ini berpeluk tubuh mendiamkan diri?

Pembangunan orang Melayu di sana adalah ‘Zero’ berbanding kaum saingan. Kalau tujuan program ‘Antara Dua Darjat’ bertujuan membangkitkan semangat, rasa-rasanya UMNO dah terlambat. Ia hanya setakat menunjukkan apa kerajaan UMNO/BN sudah buat – seperti projek pembangunan seperti sekolah, universiti atau jalan raya. Itu tak kena mengena dengan pertumbuhan ekonomi orang Melayu yang sudah lama terhina dan hidup merana di sana. Itu adalah projek ‘gunasama’.

Melayu Rakyat Kelas Dua Sebab UMNO

Hari ini, Zainuddin Maidin ditafsirkan oleh pemimpin UMNO seperti mendedahkan pekong parti sendiri. Keadaan di Pulau Pinang lebih teruk daripada Kelantan diGERHANAkan UMNO tempoh hari..! Masihkah UMNO nak mendabik dada dengan Mahathir memuji diri sendiri? Alamat UMNO tenggelam punca nampaknya..!! Pulau Pinang bukan orang Melayu lagi yang punya. Orang Melayu jadi masyarakat kelas dua..!

Program Pulau Pinang ‘Antara Dua Darjat’ lebih memalukan UMNO. Memang UMNO sepatutnya yang lebih malu berbanding individu-individu orang Melayu di negeri itu. Program itu bukan menunjukkan kemajuan orang Melayu, sebaliknya mereka disedarkan bahawa selama puluhan tahun negara ini Merdeka dan UMNO mentadbir orang Melayu; tahap pembangunan orang Melayu di sana makin terbiar. Salah siapa jika mereka tidak akan menyokong UMNO/BN dalam Pilihan Raya akan datang?

Hari ini, pemimpin UMNO sudah pandai dan berani bertanya: Apa UMNO sudah buat selama ini? Pemimpin UMNO macam ular sawa kekenyangan – ‘tidur mati’. Walhal, setiap kali Pilihan Raya, UMNO menabur 1001 janji – kununnya mereka akan memperbaiki taraf hidup dan mencetuskan peluang mereka untuk berdikari. Tapi hari ini, apa sudah jadi? Cuma UMNO menggalakkan sindrom ‘Makan Gaji’ dengan pembesaran kawasan industri. Orang Melayu tak berminat makan gaji. Mereka mau berdikari..! Lama-lama GERAKAN melaungkan: MERDEKA..! Orang Melayu Pulau Pinang melopong saja. Sebab wakil rakyat UMNO masih belum sedar dari tidur nyenyak. Sebaliknya mereka diupah jadi tukang sorak saja!

Tidakkah pemimpin UMNO yang menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang jadi ‘rakyat minoriti’ Kelas 2?. Melayu di sana sudah cabut lari ke lain negeri. Kununnya, UMNO/BN sudah membina kawasan industri. Padahal, orang Melayu jauh ketinggalan dalam semua lapangan hidup yang diingini. Betullah, sekarang orang Melayu Pulau Pinang sudah diletakkan oleh UMNO dalam senario ‘Antara Dua Darjat’. Pembangunan yang tidak dirancang di Pulau Pinang menjadikan orang Melayu di sana kaum yang merempat. Apa nak buat – UMNO dah terlampau korap…..!!

UMNO Hanya Pandai ‘Pukul Canang’

Satu kelumrahan, UMNO persis menjadi parti politik Melayu yang ‘besar gelembong’. Cakap pemimpin UMNO besar bagai gelegar batang lampong, namun mereka kesemuanya pandai berjanji – ‘janji kosong’. Ini sudah berlaku bertahun-tahun. Pemimpin sanggup jilat punggung….!

Bukan saja rakyat Melayu di Pulau Pinang yang sudah hanyut bak sampah terbuang; malah di setiap bandar-bandar ibu negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak; orang Melayu diibaratkan ‘pendatang haram’. Dr. Mahathir dan UMNO tidak menitik-beratkan kehidupan dan sumber mata pencarian orang Melayu sebagai rakyat watan yang wajar diberi peluang perniagaan. Dia cuma sibuk berucap dan beristirahat ke luar negara. Itukah kerja seorang Perdana Menteri?
 
Terkurung Dalam Bilik Gelap

Analoginya, makin hari pemimpin UMNO dijadikan oleh Mahathir dan sekutu parti umpama kepala tentera musuh yang terkepung. Mereka dikurung dalam sebuah bilik gelap. Para pemimpin UMNO itu terperangkap. Pintu bilik itu pula ditutup rapat-rapat. Malangnya kunci pintu itu terlekat di luar bilik. Hanya Mahathir saja yang tau dan boleh membuka kuncinya. Tidakkah pemimpin akan mati kerana kekurangan udara? Pasti mereka akan hanya beramok sesama sendiri untuk melepas diri. Rakyat banyak takkan mereka peduli.

Itulah analogi keadaan UMNO hari ini. Semua pemimpin UMNO – waima bergelar Menteri atau MB, mereka hanya mengenyangkan tembolok sendiri. Tambahan pula, Mahathir akan melindungi rasuah dan kerja maksiat yang mereka lakukan.

Keutamaan Mahathir hanya satu saja, iaitu: Semua cakap dan idenya mesti disokong. Pemimpin UMNO mesti angkat dan jilat punggungnya. Jangan sekali-kali pemimpin UMNO cuba-cuba nak berfikir panjang dalam-dalam mengenai agama, bahasa ibunda, dasar pelajaran rakyat, pembangunan masyarakat sendiri yang jauh ketinggalan hingga rakyat yang diwakili sesat dan merempat, kebebasan membuat pilihan, dll. seumpamanya. Terang-terang Mahathir akan ‘tendang-terajang’ mereka macam binatang. Jika melampau, mereka berumah dalam ‘kandang jarang’ di Kemunting.

Ugutan itulah yang menyebabkan semua pemimpin UMNO ‘dormant’. Umpama gunung berapi yang dah meletup lagi. Mereka sudah dibunuh dan tak akan hidup lagi. Tugas pemimpin dan menteri UMNO hanya mengenyangkan tembolok sendiri. Rungutan rakyat ditolak tepi. Walaupun Mahathir berhenti letak jawatan bulan Oktober, budaya UMNO akan diteruskan. Kalau Dollah Bedawi cuba-cuba nak pinda, maknanya Dollah juga akan masuk ‘ke dalam’. Apa pilihan selain dari Pembangkang? Berfikirlah mulai daripada sekarang……..!!!!!!

Pembangkang Sedang Memerhati

Contoh dan bukti kerja keras dan sifat amanah pemimpin Pembangkang PAS di Terengganu dan Kelantan – memang jauh berbeza kemajuan yang mereka laksanakan. Orang Melayu di kedua-dua buah negeri yang diurus-tadbir oleh PAS/BA itu, usahawan ‘pengusaha kecil’ Melayu sudah berkebolehan membina pusat Pelancongan, Perkelahan, mengembangkan perusahaan tradisonal dan Kraftangan, perniagaan restoran, perniagaan bahan pertanian di pasar-pasar.

Walaupun TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz tidak pernah menjadi tumpuan dunia seperti Dr. Mahathir bila berucap di Forum-forum antarabangsa dan diupah pula orang bertepuk-sorak dan media melaporkan semua; namun apa Mahathir cakap bagai ‘pukulan gendang tin kosong’ saja. Satupun tak relevan kepada rakyat Malaysia. Mahathir mau dipuji sebagai pemimpin bertaraf dunia, tapi berak sendiripun tak cebok. Tengok – isu Pulau Batu Putih dan isu Air dengan Singapura pun tak diselesaikan. Kencing sendiripun pencong…! Nak wat camno?

Berbanding pemimpin PAS/BA, mereka hanya berceramah dan menggariskan apa yang mereka buat melalui HARAKAH saja. Tapi rakyat di luar Kelantan dan Terengganu semua nampak. Semua tau….!! Malah berpuluh-puluh bas pelancong berduyun ke sana. Ramai antara mereka yang bercuti ke sana hingga hotel perlu ditempah 3 bulan sebelum cuti sekolah. Mereka membeli-belah. Peniaga emas-perak, kain tenunan Kelantan dan Terengganu – cukup mewah.

Tapi, siapa yang nak sengaja datang bertandang ke Pulau Pinang? Lebih baik terbang ke Hong Kong atau ke Taiwan. Sebab, Pulau Pinang, Hong Kong atau Taiwan adalah satu acuan – sama saja tak ada beza…! Silap-silap, Singapura masih ada bayang-bayang identiti Melayunya.

Padahal, Pulau Pinang berTimbalan Ketua Menteri ke-2 daripada puak UMNO, konon. Apa dia sudah buat, hah? Mengepoh ‘amoi’ siang malam ker? ‘Yum-seng’ sana sini saja ker? Bila dah mabok pening lalat – semua pakai sign (tanda tangan) saja. Esok, bangun pagi bila dah siuman; rupa-rupanya ‘Balik Pulau sudah terbalik’. Tasik Gelugor tinggal ‘tasik’. Itulah dia UMNO…! Kepalang ‘cerdik’ jadi bangang..! Kah..kah..kah..!

‘Nasi Kandar’ Vs ‘Bak Kut Teh’

Belayar sejenak, kita akan tiba di Pulau Mahsuri. Perancangan di Pulau itu hanya membanggakan orang-orang tertentu. Kalau tak ada ‘Seminar Kakitangan Awam’, jangan harap hotel nak bertunggu. Di situ semua hotel ada simpan ‘hantu penunggu’. Seolah-olah kalau tak ada ‘hantu-hantu’, hotel mewah akan lengang tak laku.

Di Langkawi khabarnya, Kementerian Pelancongan sedang mempromosikan ‘Women’s Hole’, walaupun di tengah jalan banyak ‘man hole’. Memang tepat, Langkawi adalah pulau bebas cukai. Sesiapa yang nak ‘luka parah’ kena AIDs bolehlah bersantai. Marina Mahathir anak PM tauke Kondom.

Di situlah satu-satunya tempat peranginan yang istimewa, kunun. Kalau kena tangkap khalwat, esok boleh ke Perlis. Bayar 500 ringgit kepada JKK UMNO, tak perlulah bayar denda kerana berkhalwat. Kebenaran isteri pertama – tak perlu tanya. Boleh duduk bersama seminggu, lepas tu cerai. Betul-betul macam ‘brothels’ di Dubai. Esok, tak payah tunggu ‘edah’, orang lain pula yang nak ‘pakai’. Khabarnnya, Shahidan Kassim sudah naik nama sebab memudahkan ‘cara’! Itu hukum karma UMNO..!

Sekarang restoran ‘Nasi Kandar’ semakin bertukar nama kepada penjual ‘Bak Kut Teh’ pula. ‘Ikan Bakar’ disajikan dalam bilik hotel. Ada ikan bakar jenis cencaru Siam, terubuk Bangla, Taiwan, ‘Ipoh Mali’… Maklumlah, Langkawi pulau ‘kosmopolitan’… Semua sudah tersaji. Siapa pelahap – boleh bersantapan…!

Kesimpulannya – ‘antara dua darjat’ adalah sandiwara ciptaan UMNO. Ia setakat menutup pekong UMNO saja. Lebih-lebih lagi UMNO sudah terkebelakang dalam senarai komponen BN. Apa pilihan lain selain dari Pembangkang BA yang mampu mengembalikan martabat orang Melayu dan agama Islam? Makin nampak, dengan membiarkan UMNO menerajui Kerajaan, samalah seperti menyerahkan ‘ikan kepada kucing’..!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 18.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!