DARIPADA SEBUAH KEGEMILANGAN, UMNO MENJALANI PROSES
KEHANCURAN – SEMATA-MATA MENGIKUT KARENAH
PRESIDEN ‘SI MANGKUK AYUN’
Oleh Amin Sapiro (mandi air perigi)
RAMAI sangat orang yang menyuarakan komen bahawa ucapan Dr. Mahathir di Kelantan berturut-turut 2 hari, cukup-cukup membosankan. Ucapan panjang-lebarnya bagai ‘lauk digulai bersantan masam’. Dia fikir dirinya umpama ‘selebriti tempawan’, kunun. Bila diamat-amati Mahathir patut ditauliahkan sebagai 'Selebriti Mangkuk Ayun'. Hhihiihh….! Mahathir, Presiden parti segala si Mat-Mat Lanun. Itulah karektor pemimpin kategori si ‘Mangkok Ayun’.

Hidup Meminjam Nyawa

Ingin sangat kita nak bertanya: Tak adakah sesiapa dalam UMNO yang mahu membisikkan kepada si presiden yang dah nyanyuk itu – eloklah berhenti daripada merapu. Kalau tubuh-badan dah ganyut dan perangai pula macam orang nyanyok, baiklah duduk tafakur dan amalkan solat Tahajjud. Sedarlah muka dah berkedut dan tulang pula dah makin mereput. Ingatlah – sekarang hanya menungggu lawatan terakhir Malikalmaut – nyawamu akan diragut..!

Masihkah tak sedarkah orang yang hadir di Padang dan didalam Dewan itu tak ada sorangpun yang tertarik sangat nak dengar Mahathir bersungut. Cuma Wanita dan Pemuda UMNO saja yang melopong. Mereka dipaksa menurut promosi Ibrahim si Katak ‘umpan ikan toman’ yang kuat ‘muhung’; kononnya PM UMNO nak cerita pasal kontrak dan tender juta-juta. Sebenarnya, Ibrahim sedang mengharapkan supaya Mahathir melantik dia menggantikan Annuar Musa atau Mustapa. Akhirnya si Berohim hampa. Dia sendiri tenggelam punca. Mati terharap-harap tak dapat apa-apa. Sebaliknya kena buang kerja..! Padan muko…!!

Dibandingkan antara hadirin di Padang Maktab Sultan Ismail dengan yang di Dewan keesokan harinya, nampak sangat bilangannya berkurangan bagai nak gila. Sepatutnya Mahathir tau, bulan Oktober 2003 tak lama lagi tiba. Sekarangpun, dia hanya hidup dengan ‘meminjam’ nyawa.

Rombakan Beralun Yang Membalun

Lawatan Mahathir ke Kelantan, secara tiba-tiba disudahi dengan sebuah pengkhianatan” paling besar kepada UMNO. Peristiwa itu berlaku di depan mata Ku Li dan Dollah Bedawi. Mahathir bukan saja mengkhianati semua pemimpin UMNO dan penyokongnya yang ada dalam parti, malah sebenarnya dia beragenda mengadu-domba Ku Li dengan tujuan untuk mengkhianati Abdullah Bedawi – bakal Perdana Menteri pengganti Mahathir yang akan ‘cabut lari’ Oktober ini. Apa sebenar yang terjadi?

Dengan ‘terbuangnya’ muka-muka lama sebagai penjawat jawatan tinggi dalam UMNO Negeri itu; (malah ‘bapak kucing kurap’ macam si Berohim Katak pun kena terajang); kesemua mereka yang ada sedikit pengaruh ini telah mendorong ‘penyokong atas pagar’ mula berkata: “UMNO Mbohlah….!! Apo dio mau fikir dirinyo rajo (raja) koh? Dio buang pemimpin kito, mari kito undi PAS. Baru padan muko Madey…!!”. Mereka merungut.

Tambahan pula khabarnya, Mahathir sendiri yang meneliti senarai nama-nama ‘barua-barua’ barunya – senarai pemimpin UMNO yang akan dihumbankan dan dinobatkan. Terdengar juga cerita bahawa semua negeri di Semenanjung, khususnya di Terengganu dan Pulau Pinang akan terkena tempias yang sama. Walupun Mahathir berbohong lagi dengan ‘gula-gula asam boi’, kununnya “That doesn’t mean they will not be selected to stand for election”.

Tapi cuba fikir Ini: Kalau mereka dah siang-siang diketepikan, maknanya they are being single-out as the unwanted lot. For certain, their spirits and that of their supporters will  be at the lowest ebb – down the drain, like shit. Sudah tentu pengundipun pandai jelir lidah – mencemik muka. Pesaing sesama dalam parti pula dah lobby – berkonspirasi buat fitnah; tikam panglima dari belakang. Hidupn mereka yang dibuang jadi serba salah. Memandang muka orang ‘malu-alah’. Tak kena gaya, ada yg isi borang Ahli PAS….hahahaha….!

Rombakan drastik yang dilakukan oleh Mahathir kepada barisan pemimpin UMNO di Kelantan pasti membuatkan TG Nik Aziz makin ‘nyenyak tidur’. Berdengkur..! Beliau cukup lega dan selesa dengan rombakan itu. Bermakna, UMNO Kelantan sudah dikafan dan sekaligus disemadikan sebagai ‘ahlil kubur’. Puncanya, presiden UMNO terlampau takbur…..! Akhirnya UMNO Kelantan hancur……..!!

‘Nikmat’ Penangan Diktator

Sebenarnya, Mahathir sengaja memaksakan rombakan itu. Dia wajib diterima-pakai oleh UMNO  Kelantan secara paksaan. Ini berpunca dari performance pilihan raya tahun ’99 yang menyaksikan UMNO Kelantan umpama ‘ayam pencen’ tak diberi makan. 'Shelf-life' memasing dah expire, hanya layak dihumbankan dalam tong sampah saja. Satu sen tak guna, katanya....!

Mahathir tau, muka-muka baru sama sekali tidak menjamin kemenangan UMNO/BN. Pertama, mereka bukan pilihan rakyat setempat yang berkelayakan. Kedua, mereka adalah ‘kutu berahak’ yang sengaja dipilih oleh Mahathir demi kepentingan dirinya saja – macam Zainuddin Maidin dan M. Kayveas. Zaid Ibrahim adalah balaci Mahathir yang selama ini tak pernah ambil tahu tentang masalah rakyat. Orang Kelantan sendiri tak siapa yang kenal siapa mereka itu. Hinggakan penarik beca pun tidak..!

Nah, buat kesekian kali pemimpin UMNO merasa betap ‘nikmatnya’ bahana berpersidenkan seorang Diktator nyanyok. Terimalah giliran kalian dihumbankan kerana memilih presiden yang pentingkan diri dan kuasa sendiri. His tired face depicts the last stage of  his age. Lawan jangan takut. Alang kepalang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal misai. UMNO hancurpun, boleh jadi  Pembangkang. Afterall, if you can’t beat them, just join them. Jadi Pembangkang bermakna menerajui Kerajaan. Tengok apa jadi kepada PAS sekarang. OK kan?

Inilah kesan-akibah pemimpin UMNO terlampau taksub. Ramai yang redza menjadi ‘barua-barua penjilat’ jubur President yang takbur. Puncanya, dulu masing-masing juga yang malas nak berfikir. Semua serahkan kepada Mahathir. Kununnya, itulah caranya tunjukkan ‘taat setia’ kepada seorang ketua. Akhirnya, telanlah sendiri ditelan si buaya tembaga. Segala jadam yang kalian siang-siang dah tau bahawa rasanya memang pahit dan getir, terpaksa ditelan juga. Kini masing-masing baru sedar bahawa dalam seluar dah hilang  buah pelir – dipulas dek Mahathr. Sebagai seorang Panglima, itulah saja aset yang ada dan patut sangat dijaga. Sepatutnya, sebagai Panglima senjata mesti tajam kalau nak berjuang. Jika tumpul, alamat kepala kalian kena pancung – mayat terbujur……!!

Annuar Musa, Ku Li dan Berohim Ali yang dibuang dari barisan kepimpinan UMNO Kelantan, khabarnya berpakat akan menolak pencalunan bagi Pilihanraya akan datang. Kalau tindakan ‘merajuk’ begitu sebagai balasan, bermakna mereka mengundang hukum “pancung kepala”. Mahathir sudah bersedia. Jika nak tunjuk perasaan dengan memboikot; bagi Mahathir – dia langsung tak peduli. Mereka bertiga juga yang akan rugi. Jadi kuli macam ‘Mat Bangla’ bergaji hari.

Melepas Dendam Melalui Zaid?

Khabarnya, “Badut Bertiga” dan kuncu-kuncunya mau tengok sejauhmana ‘new faces’ boleh memanipulasi ‘the local politics’ di Kelantan. ‘The three stooges’ itu mau ‘test how deep the water is’. Maka mereka dah mulakakan kempen ‘anti Mahathir’. Maknanya, mereka sendiri rela mengkhianati UMNO. Rakyat Kelantan yang kununnya “Gerhana” pasti bertanya, “Ini macam ke UMNO?” Mbohlah……..!, kata mereka.

Walaupun muka-muka baru dalam ‘team baru’ barua-barua pilihan Mahathir itu cuba-cuba pula nak minta kerjasama dari vetren UMNO yang dah dihumbankan. Mereka bertiga siang-siang kata, “We’re very sorry Zaid, you scratch our backs – so are we. Kalau nak belajar politik, kenalah dari ‘A, B, C’. Kalau nak jadi jaguh dengan mengkhianat kawan, sendiri tanggung padah…..”. Sekarang, khabarnya, Zaid Berahim dah mula gelabah. Mustapa Mohamad dah tak tentu arah. Hingga bila tidur malam, terbayang muka-muka para pemimpin PAS. Apa yang mengerikan, mereka buat tak endah. PAS terus berceramah. Senario makin parah.

Dari satu segi, ramai pihak yang mendakwa bahawa rombakan barisan pemimpin UMNO Kelantan oleh Mahathir adalah perbuatan disengajakannya tanpa berunding dengan MKT UMNO. Sebelum bertolak ke Kelantan, dia memang terniat nak ‘pekena’ muka-muka lama jenis setaraf dengan Ibrahim Ali. Lagipun, Mahathir sudah lama berdendam nak menduga sejauhmana kekuatan pengaruh Ku  Li.  Termampukah Ku Li menentang TG Nik Aziz sebagai bukti dia (Ku Li) ada kaliber menerajui UMNO berbanding Abdullah Bedawi.

Ini adalah satu cabaran yang Ku Li tak berani jamin. Nak kalahkan TG Nik Aziz, sama susahnya macam ‘merampas’ seluruh Kelantan. Cakap memang senang. Tapi, macamana nak tangkap ‘ikan yang berenang’ di Teluk Siam? Tak kena gaya, sendiri yang terbenam. Karam di tengah lautan dalam. Tenggelam… !!

Budaya Dendam Kesumat

Semua orang tau, budaya ‘dendam kesumat’ sudah menjadi sebahagian tradisi UMNO yang  dianggap ‘keramat’. Dengan itu, maka sudah barang tentu pengkhianatan Mahathir akan disambut pula dengan niat jahat oleh mereka yang kecewa kerana dihumbankan. Tambahan pula, rombakan drastik itu adalah agenda tersembunyi Mahathir sendiri terhadap Ku Li. Dia sengaja nak laga-lagakan Ku Li dengan Dollah Bedawi. Sebelum itu dengan Musa Hitam. Memang style lama Mahathir – kalau tak gitu, bukanlah dia baka Mandeliar…!!

Mahathir bukan tak tau apa akan jadi kepada UMNO Kelantan jika mereka yang ‘masak di tampuk’ dalam barisan UMNO disana, dibuang begitu senang tanpa alasan yang memuaskan. Jika rombakan drastik itu dilakukan, to him (Mahathir) it’s just a gamble like Russian Roulette to UMNO. Eventhough the ultimate result is ‘no win situation’, he is certain that, afterall PAS is not that easy to be toppled. Kalau Menang: Untung sabut, jika Kalah: Untung batu. Anyway, in both cases, he will be just the on-looker after October. Dia akan nafikan perbuatannya yang membawa sial kepada UMNO. He becomes an untouchable (paria UMNO).

Mahathir memang berhajat nak jadi ‘PM tak rasmi’ walaupun dah berhenti. Khabarnya, inilah yang jadi perbalahan yang menyebabkan Mahathir dibantah dek Ku Li. Katanya, kalau dan berhenti jangan ‘kacau daun’ lagi. Mahathir cukup ‘menyinga’ mendengarnya. Akhir sekali, inilah akibahnya – Ku Li kena bahangnya…!! Ku Li kena ‘buang kerja’. Sekarang meloponglah dia. Kawan lamo sumer dah takde..! Itu cara Mahathir nak malukan kawan satu parti. Nampaknya, tak berbaloi selama ini Ku Li jadi ‘hermit’. Apa nak jadi UMNO nih…..! Dendam kesumat menjadi-jadi hingga hancur parti.

Andainya UMNO berperang saraf sesama sendiri, Mahathir berharap – pasti mereka yang memimpin UMNO akan ‘menyembah’ jari 10 minta Mahathir menyelesaikan masalah mereka. Bermakna Dollah Bedawi akan dianggap tidak berwibawa; dan Ku Li sah bertaraf Gukha semanjang hayat. Yang untung ialah Mahathir. Hatinya puas kerana dapat membuktikan bahawa bekas-bekas S46 macam ‘belacan’ busuk…!! Maka terbukalah peluang dia menjadi PM kedua kali. Sekiranya UMNO masih menerajui Negara, Mahathir akan buat sesuka hati. Ku Li, Abdullah Bedawi atau siapa juga akan dihumbankan ke Sg. Buloh kalau buat kecoh. Pemimpin UMNO ‘mampoih’…………..wow!

Mahathir Tak Peduli

Mahathir tak peduli, sama ada UMNO Kelantan ‘gulung tikar’ atau terhumban ke Telok Siam. Kata Mahathir kepada  beberapa tukang jilat yang bertaraf ‘konspirator’ dalam satu perjumpaan tertutup, “Can Razaleigh guarentees PAS will kowtow?” Afterall, their grass-root supporters (PAS) have been working all days and  nights. Whereas most of them (UMNO leaders) there only sleep. Now and then, they’re asking for contracts and tenders. In actual fact, they are no better than Ibrahim Ali – good for nothing, except making money for themselves..! UMNO in Kelantan is gone for good. The leaders there are just like blocks ofdead wood’….!”

Faktor kedua, Mahathir mau duga dan lihat sama ada Ku Li boleh mengatasi keadaan kritikal yang dihadapi UMNO Kelantan sekarang – lebih-lebih lagi sejak PAS menerajui negeri itu 13 tahun silam. Kemarahannya memuncak bila UMNO Kelantan semakin lumpuh macam kena ‘stroke’. UMNO di sana tidak bergerak langsung – cuma besar borak. Berjuta-juta duit ditabur dari Pusat, tapi pemimpin UMNO Kelantan gelojoh sakan masuk poket menambah kekayaan.

Paling menggeramkan si Mahathir ialah, sampai hari ini, tak ada satupun projek UMNO yang boleh dinamakan “Pembangunan” yang nampak dilaksanakan oleh mereka. Duit banyak dibagi kepada UMNO, pi ‘mano’? Masuk poket ‘sapo’?  Orang ramai dah mula bertanya, “Adakah UMNO lagi? Sah memang betullah UMNO dah mati..!”. Zaid Ibrahim pun mulalah jadi tukang bakar. Dia kipas bara, panggang seluar Ku Li. Terlondeh ‘seluar longgar’ ‘hok’ pemimpin lamo. Dah hampir nazak baru tercakar-cakar macam kucing nak berak.

Kedatangan Mahathir ke sana setakat jadi gurauan senda bakal pengundi semata-mata. Dia seolah-olah mengsahkan bahawa UMNO memang dah lama tak ada. Dia melawat Kelantan seolah-olah macam baru mula nak menubuhkan Cawangan UMNO saja. Itu sebab disebut “Lawatan sambil kerja”. Orang Kelantan pun pandai juga, mereka kata, “Kenapa dipaksa rakyat yang dah 100% sokong PAS dipujuk suruh sokong UMNO pula? Tidakkah itu kerja bodoh? Bolehkah anak ayam jadi itik angsa?  Penyokong PAS jenis lain. Spesis pemimpin UMNO, bila tak ada modal kempen – mulalah tuduh pemimpin PAS “Selak Kain”….”Samseng”..! Sekarang, siapa sebenarnya yang ‘selak kain’?”.

Soalan beginilah yang sudah lama dikemukakan hingga menyebabkan Mahathir tak nyenyak tidur malam. Mahathir asyik mimpi ngeri, acapkali mengigau bila berucap dalam perhimpunan “K3P”. Seolah-olah di ruang matanya serasa ternampak-nampak wajah TG Nik Aziz  tersenyum lebar kepadanya (dalam imaginasi). Ini membuatkan Mahathir merasa amat ngeri. Maruahnya, cukup-cukup tercabar. Dia kerap menumpukan isu ucapannya memfitnah PAS saja. Itu sebab Siti Hasmah terpaksa ikut sama ke mana-mana – takut Mahathir pitam. Tumbang antan. Pengsan. Tambahan pula, kebelakangan ini, Mahathir is psychogically very unstable – dah sewel, khabarnya. (Gambar yang didakwa Mahathir "..makes me look like an idiot.." yang pernah disiarkan oleh sebuah majalah asing tidak berapa lama dahulu.)

Itu sebab, dia tak malu-malu menangis secara tiba-tiba – tak kira di mana. Tapi, tukang kipas macam Rafidah Aziz dan Zainuddin Maidin yang ‘bergantung hidup’ kepada si Nyanyok itu,  ‘put  fire’ into him. Dua ekor ‘chimpanzee  UMNO’ itu sentiasa bergayut di ‘seluar kecik’ Mahathir. Nak wat camno…..! Mati UMNO, garenti BPR kata, “That’s work for us..”.

PAS – Selepas Era Allahyarham Datuk Fadil  Noor

Pada mlanya, pemimpin UMNO meramalkan bahawa era selepas Allahyarham Datuk Fadil  Noor, PAS akan menyaksikan kemalapan. Tetapi, keadaan adalah tidak seperti yang mereka duga. Rupanya, pentadbiran PAS bukan seperti UMNO. Isu pelapis dan pengganti tidak pernah timbul sebagai masalah besar kepada Parti. The transformation is very smooth wirh no hitches whatsoever. That’s quite a miracle..

Baru mereka yakin bahawa dalam PAS, semua penyokong mereka memegang falsafah “all for one, and one for all”. That makes critical events and problems being solved easily.  That’s the beauty of Islam yang membudaya dalam peradaban mereka dalam sebuah parti. Sebaliknya dalam UMNO, pemimpin mereka mengira ala-‘penyamun’ dalam filem P. Ramlee – konsep 'satu untuk hang, dua untuk aku' menjadi-jadi. Kalau tak gitu, bila Presiden Parti datang, semua habis dia sapu. Dialah Presiden parti, Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri. Tak lama lagi, khabarnya akan diwujudkan pula jawatan “Menteri Poligami”. Dah tentu Rahim Thambi Chik akan dipilih jadi Timbalan Menteri. Mahathir jadi menteri no. 1. Dia mau kaut semua…hahaha. Habis, Puteri UMNO yang kena penagan pil Viagra, kan?  Meloponglah si penyangak berpangkat ‘Gurkha’ – terpaksa hirup air basuh pinggan. Ada yang cuma ‘cuci mangkok’. Kalau tak caya tanya Ghaffar…!! Isk..isk..isk…! Itu satu lagi ‘kes teruk’… !!

Betul juga cakap Mahathir, kalau tak ada Gua Musang, Ku  Li pasti sudah lama ‘telentang’ kena terajang dek pengundi. Kalau Ku Li berpindah ke  kawasan lain lawan bersemuka menentang TG Nik Aziz, dah lama Ku Li ‘menangis’…..! Apatahlagi seluruh kawasan di Kelantan yang sekarang ditawan oleh PAS, tak masuk akal semudah itu si anak raja takde takhta merampas semula. Kerja itu bukan semudah macam Annuar Musa ‘kecek’ si Ziela, atau semudah ‘membungkus’ duit PPRT. Kena belajar ‘ABC’ politik cara Nik Aziz. Jika tidak, pemimpin UMNO macam terkena ‘kelong ikan bilis’ di Pantai Remis. Itu dia ‘penangan’ TG Nik Aziz…!

Kencing Pencong

Jika benarlah Kelantan mengalami isu air yang kritikal (fitnah Mahathir), mustahil ‘mineral water’ yang berlori-lori diangkut oleh UMNO ke padang MSI tak laku barang se botolpun walaupun diberi percuma. Khabarnya, Mahathir buat mandi di hotel.

Begitu juga – kalaulah betul Mahathir mendakwa PAS memfitnah melakukan dosa, adakah dia pernah belajar di SAR? Kalau UMNO takut berdosa, mustahil Anwar, Ezam dan teman-teman BA dipenjarakan oleh Mahathir dan Dollah Bedawi setelah mahkamah membebaskan mereka. Sebaliknya, UMNO diam-senyap tak terkata apa…!  Itukah cara ‘batak-batak’ UMNO buat pahala? Kita kena tanya Rafidah, Rahim Thambi Chik dan Khir Toyo – termasuk semua ‘Selibriti Mangkuk Tandas’ yang bertaraf ulamak – berapa pikulkah pahala yang kalian dah kumpulkan untuk menjamin syurga? Boleh jadi sekat sebesar ‘janggut udang’…!

Kita tanya: Kenapa Mahathir berucap melampau waktu solat? Tak pernah dengar Mahathir melafazkan walau sepotong hadis dan firman dalam bahasa arab. Malah baca ‘Bismillah’ pun salah. Di ubah-pindanya, jadi ‘bismillah hi samseng wa samsing’. Boleh jadi itu adalah kerana Mahathir belajar dari ulamak UMNO ternama Mustapa Taib dan Astora Jabat (agaknya).  Ulamak UMNO memang ramai bertaraf ‘Kambing Berjanggut bermulut busuk’. Ramai orang tengok ‘si Kambing berjanggut’ itu hadir di pentas semasa Mahathir berucap. Tapi kenapa tak cuit Mahathir waktu dia berceramah bab dosa-pahala? Ow…sebab kambing-kambing itu sebok makan rumput sabit? Takut elaun kena potong, kot..!

Eloklah Mahathir jangan nak cuba-cuba ajar pemimpin PAS camana nak kencing. Elok tengok kencing sendiri dulu. Kalau kencing sendiri pun pencong, alamat kaki seluar hang hancing. Jejak tapak kaki hang pun bau tandas awam! Pergghhhh….!! Tak guna ghoyak. Tak guna story! Bak kata orang JB, “Mahathir memang pandai buat ‘malu kompeni’…!”

Pesan Kawan Dari Kelantan

Ustazah - Isteri kawan saya di Kelantan itu berpesan, bahawa perbuatan munkar amalam Mahathir mungkin bermula dalam fikiran dan angan-angan saja (imaginasi). Apabila fikiran yang telah dirasuk syaitan menjadi kenyataan, bertukarlah ia menjadi perkataan. Jika perkataan diulang-ulang pula, maka bertukarlah ia menjadi perbuatan durjana pula. Apabila perbuatan tak senonoh itu jadi kebiasaan, maka buruk-baik kebiasan itu akan menentukan karektor seseorang. Jadi, karektor Mahathir itulah yang sedang mempengarahi organisasi yang dikuasainya. Itulah dia UMNO..! UMNO sudah jadi parti penjana segala maksiat, kemungkaran, lupa daratan – lupa kebesaran dan keagungan Tuhan seru sekelian ‘alam. UMNO adalah ‘Parti Syaitan’.

Sekarang, adakah karektor Mahathir layak menjadi contoh seorang pemimpin negara yang baik? Mahathir lebih dahsayat dari Mugabe. Adakah UMNO bebas daripada karektor seperti Mugabe kawan sebantal Mahathir? Pemimpin UMNO, sila jawap sendiri……!

Cuba tengok anak-anak Mahathir sebagai generasi contoh yang dididik oleh Presiden UMNO ini. Mizan taik judi. Anak-anak Mahathir tak nampak sikitpun memperjuangkan hak bangsa, budaya dan agama. Mereka asyik berfoya-foya sebilang masa. Bagi mereka, dunia ini adalah ‘syurga’. Mereka tanya, “Neraka itu macam rupanya? Kalau manusia jadi mayat kaku, mana  boleh merasa apa-apa..! Di bakar pun tak apa. Sebetulnya, Syurga-Neraka tak ada. Ulamak UMNO tak pernah cerita mereka nampak Neraka….! Malah, ramai ulamak UMNO bernafsu lebih dahsyat daripada syahwat kuda..!”, katanya.

Itu adalah berpunca dari Aqidah manusia yang tak pernah didekatkan kepada seruan Allah swT. Bagi mereka, “agama adalah candu – hanya untuk melalaikan manusia saja”. Mahaguru mereka ada dalam UMNO – dijadi Menteri yang dilantik bapaknya tanpa menang sebarang kerusi pilihan raya. Sorang di antaranya jadi Menteri Agama. Sorang lagi jadi Menteri kerana menjilid buku “50 Dalil”. Paling teruk, sorang lagi dinaikkan pangkat jadi “Menteri Propaganda UMNO” – berbaka Madeliar. Dan inilah bukti sahih yang menunjukkan betapa rosak UMNO sebenarnya..!

Nak ikut puak ini ke Neraka? Inikah contoh zuriat yang kalian akan bentuk menjadi sebuah generasi dalam mellinium ini !! Fikir baik-baik bila memilih dalam Pilihan raya 2003 yang semakin hampir.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 21.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!