UMNO TAKUT…  TAKUT KAT ANWAR!
Oleh Ali Allah Ditta

UMNO sedang sakit tenat ekoran  krisis Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Sungguhpun bukan semua ahli UMNO  percaya dengan kes Anwar ini tetapi mereka tidak berani bersuara kerana takut tindakan diambil terhadap mereka. Ramai di kalangan ahli ini mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu yang berkait dengan tender dan kontrak kerajaan dan mereka takut hilang segala-galanya. Kerana sifat ‘selfish’ inilah ramai ahli UMNO seolah-olah menjadi pekak dan bisu terhadap isu Anwar ini.

Kes Anwar ini penuh diselubungi misteri, hinggakan kini tanggapan masyarakat dunia dan tempatan terhadap sistem kehakiman kita masih penuh degan keraguan dan kesangsian. Tindak-tanduk hakim yang mengendalikan kes Anwar ini diselubungi dengan kontroversi. Penghakiman yang diberi terhadap kedua-dua kes Anwar itu mengandungi 1001 persoalan.

Kalau Bush dan sekutu-sekutunya membohongi masyarakat dunia tentang kewujudan senjata pemusnah di Iraq, maka Mahathir dan sekutunya juga telah membohongi ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia seluruhnya bahawa Anwar adalah perasuah dan terlibat dengan sodomi. Malah Mahathir pernah membohongi kepada masyarakat dunia mengatakan dia mempunyai bukti-bukti yang kukuh tentang Anwar ini. Tetapi, malangnya apabila disapina ke mahkamah untuk memberi keterangan Mahathir ketaq lutut!

Kes pertama Anwar melibatkan rasuah tetapi kes rasuah Anwar ini tak melibat satu sen pun tapi 'kononnya' melibatkan salahguna kuasa. Akibat kes rasuah yang tak melibatkan sesen pun itu, Anwar terpaksa diperosok dalam penjara selama 6 tahun sedangkan bapa dan ibu perasuah masih bermaharajagila di Malaysia boleh ini.
 
Dari awal-awal lagi beberapa keraguan berlaku yang bertentangan dengan amalan-amalan prosiding perbicaraan dalam kes sodomi Anwar. Dalam apa saja kes perbicaraan, keterangan fakta dan maklumat adalah diambil-kira sebagai bahan bukti perbicaraan. Tetapi, apabila fakta dan maklumat itu dipinda-pinda daripada satu kepada yang lain ia boleh menimbulkan perkara-perkara yang tidak konsisten. Fakta dan maklumat yang tidak konsisten ini patut ditolak dengan memberi ‘benefit of the doubt’ kepada pihak pembela. Tapi dalam kes sodomi Anwar, hakim membenarkan fakta dan maklumat yang dipinda-pinda dan tidak konsisten ini sebagai bahan bukti kes.

Begitu juga dengan keterangan Azizan sebagai saksi pendakwa yang sering tidak konsisten, diterima-pakai si hakim. Kalau Azizan itu dikatakan mangsa liwat, kenapa pihak pendakwa tidak membenarkan pemeriksaan perubatan ke atasnya? Pelik tapi benar.

Kes rayuan Anwar ini adalah satu kes yang sangat menarik, tapi sayangnya media massa kita ‘takut’ nak siarkan berita-berita ini dan kalau adapun sekadar rumusan ringkas di muka tengah akhbar. Saya hairan kenapa media massa begitu takut menyiarkan berita-berita Anwar? Sudah tentu arahan ini datangnya daripada pihak atas.

Anwar telah menjalankan hukuman kes pertamanya dengan sempurna dan akan dibebaskan pada 14 April 2003 ini. Hukuman kes kedua masih tidak dapat dilaksanakan kerana kes rayuan Anwar belum lagi didengar. Apabila UMNO sedar tentang perkara ini, mereka terpaksa mengambil langkah-langkah drastik untuk  menanganinya.

Tindakan kerajaan yang secara terburu-buru terhadap kes Anwar ini, menampakkan tindakan orang-orang yang begitu ‘desprate’ untuk mengatasi kebuntuan yang muncul dengan tiba-tiba. Lantaran itu satu skrip baru terpaksa dibuat, para pelakon terpaksa dipilih dan Mahathir terpaksa memendekkan cutinya untuk pulang dan mempengerusikan MKT UMNO bagi membincang isu Anwar dengan tujuan bagi memastikan Anwar tidak keluar daripada Sungai Buluh nanti.

Kes ‘judicial review’ Anwar terpaksa ditangguh pada saat terakhir kerana Anwar telah mengemukkan satu bukti yang baru yang melibatkan kewibawaan Peguam Negara sekarang. Urutan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini jelas menunjukkan betapa ‘desprate’nya Mahathir dan UMNO.

UMNO dan  pemimpin-pemimpin tertinggi Umno termasuk Mahathir pernah berkata kes Anwar ini sudah menjadi ‘non-issue’ lagi. Kalau sudah menjadi ‘non-issue’, kenapa masih gementar setiap kali nama Anwar disebut? Apakah UMNO masih takut dengan bayang-bayang Anwar?

Jadi benarlah khabar-khabar angin kononnya sekira Anwar bebas nanti, 1-2 juta rakyat yang akan menyambutnya. Kalau Anwar bebas untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang UMNO akan kehilangan semua kerusinya termasuk kerusi Mahathir dan Abdullah Badawi!

Bagi saya UMNO tetap takut kepada Anwar dan UMNO perlu buat sesuatu untuk memulihkan semangatnya sebelum UMNO terkubur.

ALI ALLAH DITTA - 28.03.2003 (suntingan M@RHAEN)

Kim Quek: Lambaian Terakhir Buat Anwar?


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!