MAHATHIR – MAHU BERUNDUR ATAU BERGAYUT SEBAGAI PM? 
Oleh Ali Allah Ditta

Ramai rakan-rakan saya ajak saya bertaruh bagi menentukan sama ada Mahathir akan bersara pada Oktober ini atau tidak. Malah, mengikut sumber-sember tertentu persaraan Mahathir bulan Oktober ini telah diperjudikan secara besar-besaran oleh pihak2 tertentu yang mahu mendapat keuntungan besar cara jangka pendek. Demikianlah mentaliti sesetengah rakyat Malaysia ini yang melihat setiap peristewa itu sebagai modal untuk membuat duit! Mentaliti UMNO yang diperturunkan oleh Mahathir sendiri.

Mahathir baru saja memulakan tugasnya cara rasmi. Tak sempat kerusinya panas Mahathir telah memuji Abdullah Badawi setinggi-tinggi langit atas kejayaannya memerintah Malaysia ketika dia bercuti. Demikian jugalah senarionya pada satu ketika dulu ketika DSAI menjadi Pemangku Perdana Menteri. Tetapi,setelah itu apa yang berlaku? Tak perlulah saya cerita panjang. Memadailah saya bertanya Mahathir, “Betul kah?”

Team Mahathir-Abdullah Badawi ini nampak saja intim pada permukaannya. Abdullah Badawi adalah seorang hamba yang taat,seorang yang sering berpegang kepada slogan,“saya yang mengikut perintah”. Tetapi,ingat tidak bahawa si Abdullah Badawi ini juga pernah menderhaka kepada Mahathir pada satu ketika dahulu? Abdullah Badawi ini juga pernah disingkir Mahathir dari kabinetnya? Jadi bagaimana pula hubungan Mahathir-Abdullah Badawi dari dalaman? Ini sesuatu yang agak sukar kita duga, tetapi daripada tindak tanduk mereka kita boleh membuat andaian-andaiian tertentu sama ada hubungan ini manis atau pahit.

Apakah Abdullah Badawi merupakan seorang calon TPM yang terbaik berbanding dengan Naib-naib Presiden UMNO lain? Apabila DSAI dipecat daripada jawatan TPM pada tahun 1998 lalu,Mahathir mengambil masa 3 bulan untuk memikirkan siapakah yang patut menjadi TPM. Ini menunjukkan bahawa Mahathir masih belum pasti siapa bakal pengganti orang No.2 itu.

Jika berdasarkan kepada pilihan semulajadi, Najib Tun Abdul Razak patut dilantik secara automatik menjadi TPM memandangkan undi terbanyak yang diperolehi semasa pemilihan UMNO dahulu. Tetapi, Mahathir seorang yang licik, dia tahu bahawa reputasi Najib ketika itu tidak begitu baik. Demikian juga halnya dengan Mahyuddin Yassin dan Mohamad Md.Taib. Masing-masing terlibat dengan skandal seks,penyelewengan dan rasuah yang ditutup kesnya oleh UMNO dan Mahathir. Memandangkan masalah ini Mahathir tidak ada pilihan lain kecuali terpaksa melantik Abdullah Badawi sebagai timbalannya.

Mahathir sememangnya mahu Najib sebagai timbalannya. Mungkin kerana Najib mendapat sokongan kuat daripada perwakilan atau mungkin kerana Mahathir mahu membalas budi Tun Abdul Razak yang telah membawa Mahathir kembali ke dalam UMNO dan juga ke dalam kabinet Tun Abdul Razak ketika itu.

Najib dan Abdullah Badawi sememangnya tidak sebulu. Abdullah Badawi tidak akan memaafkan Najib kerana tindakan menyokong Mahathir di saat akhir ketika pemilihan UMNO 1987 dahulu. Akibat daripada tindakan Najib itu, Mahathir menang tipis, UMNO berpecah, Abdullah Badawi dipecat daripada kabinet Mahathir.

Jadi tidak heran bila Mahathir cadang kepada Abdullah Badawi untuk melantik Najib sebagai orang No.2 bila Abdullah Badawi menjawat PM nanti dipandang dingin oleh Abdullah Badawi. Abdullah Badawi sememangnya mempunyai  calon pilihan tersendiri dan sebagai PM nanti dia tidak mahu siapa saja mengarahkannya untuk memilih timbalannya, termasuk Mahathir. Inilah yang membuat Mahathir begang besar!

Siapa Abdullah Badawi pilih adalah haknya. Abdullah Badawi  sudah ada orang yang hendak dipilih sebagai orang no.2 nya. Ia itu Mahyuddin Yassin dan Dr.Rais Yatim. Abdullah adalah orang kuat Datuk Musa Hitam begitu juga Mahyuddin Yassin. Tetapi, kenapa Dr.Rais Yatim? Bagi Abdullah, memilih Mahyuddin Yassin adalah lebih berrisiko daripada Dr.Rais Yatim kerana Mahyuddin Yassin ini adalah penyokong kuat DSAI dan faktor ini menyebabkan Abdulah Badawi akan berfikir dua kali. Lagi pun Mahyuddin adalah orang Johor dan orang Johor pernah menjadi PM dulu. Di samping itu reputasi Mahyiddin Yassin sebagai bekas MB Johor amat mendukacitakan.

Benarkah Abdulah Badawi lebih gemarkan Dr.Rais Yatim daripada Najib dan Mahyuddin Yassin? Tambah-tambah lagi baru-baru ini Abdullah Badawi secara peribadi telah merasmikan mesyuarat agung bahagian Jelebu di mana Dr Rais Yatim menjadi ketua bahagiannya. Kalau inilah perhitungannya maka deman pemilihan orang no.2 akan menjadi lebih teruk lagi menyeronokkan bila Abdullah Badawi jadi PM nanti. Tetapi soalnya adakah Mahathir akan berdiam diri dan melihat pertarungan sengit untuk jawatan orang no.2 dalam UMNO dan kerajaan ini berlarutan?

Satu lagi faktor yang akan membuat Mahahir bergayut dengan jawatan PM ialah isu DSAI. Sungguhpun Mahathir dan UMNO anggap isu ini sudah tidak relevan lagi masa kini tetapi mengapa Mahathir mahu DSAI berada dalam penjara selagi dia menjadi PM? Jawapannya mudah kerana Mahathir takut DSAI bukan setakat itu, bayang-bayang DSAI pun cukup untuk membuat Mahathir mengigau malam!

Baru-baru ini anak sulung DSAI berkahwin dan berkenduri besar pada hari dan tarikh yang sama UMNO menyambut ulangtahun ke-57. Kenduri kahwin Nurul Izzah bt Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadiri oleh lebih daripada 10,000 orang tetamu termasuk para perwakilan luar negara, Duta-dua besar, tokoh-tokoh korporat ternama, dan tidak ketinggalan beberapa orang bekas menteri UMNO, bekas menteri besar UMNO, menteri-menteri UMNO, ADUN-ADUN UMNO dan ahli-ahli UMNO.

Di antara mereka ini termasuklah Datuk Fauzi A.Rahman, Datok Kamarul Baharin Abas, A.Kadir Jasin, Raja Arshad Raja Tun Uda, Tan Sri Ani Arope, Mohd Yaakob bekas MB Kelantan, Tamrin Ghafar, Siti Saleha Ali kakak ipar Mahathir, bekas mufti W.Persekutuan dan ramai lagi. AlJazeera juga telah membuat liputan majlis tetapi malangnya media-media tempatan telah “blackout” terus majlis ini.

Apa yang menarik ialah sebahagian besar daripada ahli2 UMNO yang bertumpu ke KL untuk sambutan ulangtahun UMNO ke-57 itu juga hadir
kenduri DSAI ini. Jadi kalau DSAI itu sudah tak relevan seperti kata Mahathir masakan orang2 UMNO masih datang mengunjungi keluarga
DSAI walaupun DSAI sendiri tidak dapat hadir dalam majlis tersebut. Inilah yang memeningkan kepala Mahathir.

Dalam mesej sempena harijadi UMNO ke-57 di Stadium Merdeka baru2 in,Mahathir menyeru UMNO untuk meneruskan perjuangannya bagi
mempertahankan kemerdekaan negara ini dan mempertingkatkan diri untuk membendung daripada ancaman penjajahan. Persoalannya benarkan
kuasa2 besar akan menjajah kita atau UMNO sendiri yang menjadi penjajah dalam negaranya sendiri?

Untuk memperkemaskan pemerintahan UMNO/BN,Mahathir telah meminda dan megetatkan beberapa undang2  peninggalan penjajah seperti ISA,
akta percetakan,akta polis,akta hasutan,akta pilihanraya dll. Bagi menjaminkan kemenangannya. Mahathir bukan sekadar memperkosakan
akta2 ini,malah,Mahathir juga telah memperkudakan PDRM,SPR,BPR,Peguam Negara,mahkamah dan sistem kehakiman supaya mengikut
telunjuknya. Dengan cara demikian agenda kekuasaan dan kezalimannya akan berterusan. Pendekata,Mahathir telah menggunakan undang2
peninggalan penjajah untuk memperkukuhkan dirnya. Bukankah ini satu bentuk penjajahan baru oleh UMNO di bawah Mahathir?

Selama 20 tahun Mahathir berkuasa,Mahathir telah menipu dan memperbodoh2kan orang2 Melayu supaya orang Melayu sentiasa bagi sokongan
kepada UMNO dan UMNO akan membangunkan kehidupan orang Melayu. Pendek kata Mahathir menjanjikan langit dan bulan kepada orang2
Melayu. Tetapi,setelah 45 tahun Malaysia merdeka berapa peratus orang Melayu yang memperolehi ‘langit dan bulan’ itu? Kadar
kemiskinan di kalangan orang2 Melayu masih pada tahap yang tinggi. Orang2 Melayu masih menghadapi berbagai masalah dan dalam
‘gerhana’di Pulau Pinang,Kedah,Kelantan,
Terengganu,Selangor,Wilayah Persekutuan dan Pahang.

Pada mesyuarat  agong perwakilan UMNO  Jun ini,janganlah saudara-saudari terkejut dengan beberapa adengan sandiwara teriak tangis
para perwakilan merayu meraung2 supaya ayahanda Mahathir terus memimpin UMNO dan tangguh persaraannya. Adengan sandiwara akan diakhiri dengan teriak tangis Mahathir pula yang pura2  berkeras kepala nak terus bersara tapi setelah rayuan demi rayuan dari ahli-ahli MKT dan para perwakilan akan disudahi dengan  Mahathir akur dengan  permintaan para perwakilan supaya terus menjadi presiden UMNO dan PM buat sepenggal lagi.

Inilah permainan yang Mahathir mahu,kerana bagi Mahathir melepaskan jawatan PM pada ketika ini adalah satu risiko yang amat besar
lagi bahaya,setelah Mahathir tahu tindak tanduk Abdullah Badawi itu. Walaupun Abdullah lulus dengan cermerlang tetapi CGPA Abdullah
Badawi pula macam mana ? Dari segi pengurusan dan pentadbiran kerajaan Abdullah mungkin berjaya cermerlang tetapi dari aspek PROnya
dengan rakan2 MKT,ahli2 UMNO dan kroni2 Mahathir macam mana pula?

Yang nyata Abdullah Badawi dari awal2 lagi telah menolak permintaan Mahathir supaya menamakan Najib Tun Razak sebagai TPMnya. Jika
permintaan begini Abdullah Badawi telah menolak awal2 lagi,apa pula akan jadi pada kroni2 Mahathir nanti bila Abdullah Badawi jadi
PM?

UMNO sedang sakit tenat dan Mahathir harus buat sesuatu bagi menyelamatkanya Sanggupkah Mahathir berundur di saat2 genting begini? My best bet, ialah Mahathir akan terus bergayut sebagai PM selagi para perwakilan UMNO masih perlukan dia dan Abdullah Badawi bakal menjadi mangsa Mahathir ke-4 iaitu TPM yang tersingkir. Sama2 kita tunggu dan lihat.

ALI ALLAH DITTA - 15.04.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!