UMNO: Harapan Yang Telah Hilang Selama-lamanya!
Oleh Ali Allah Ditta (versi awal - tanpa semakan/suntingan)

Di bawah ini saya perturunkan fasal 3 perlembagaan UMNO untuk ahli2 UMNO  menghayati sepuas2nya dan saya minta ahli2 UMNO renung sejenak sejauh manakah perjuangan UMNO dulu kini dan selama2nya menepati perlembagaan tersebut?

FASAL 3 PERLEMBAGAAN UMNO MALAYSIA ASAS DAN TUJUAN UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Berikut adalah ulasan saya serba sedikit tentang komitment UMNO dalam memperjuangkan  apa termaktub dalam perlembagaannya itu.

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara – Sememangnya kemerdekaan kita diserah bulat2 oleh kerajaan Inggeris setelah pemimpin2 UMNO bersetuju untuk mengwujudkan sebuah negara masyarakat majmuk melalui perkongsian kuasa. Ramai pendatang tiba-tiba menerima kerakyataan dan ketuanan Melayu mula tercabar.

2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan – Bukankah UMNO yang memperkosakan Perlembagaan Negara,Perlembagaan Negeri dan Raja Berperlembagaan? Mahathir yang telah memporak perandakan Perlembagaan Negara,Perlembagan Negeri dan Raja Berperlembagaan,menyebabkan Sultan dan Raja hilang imuniti mereka hinggakan kuasa Mahathir hari ini lebih besar daripada Sultan2 dan Raja2 Melayu.

3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. – Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam dihadapan perwakilan Gerakan di sebuah dewan perhimpunan orang2 Cina. Kenapa Mahathir tidak berbuat demikian di Parlimen?  Mahathir juga baru2 ini telah meluluskan sebanyak 420 mesin slot judi bukan 250 seperti yang dinyatakannya kepada kroninya Vincent Tan. Magnum Corporation Berhad,  towkay  “Empat Nombor Ekor” or “four-digit” lottery, adalah sangat popular dikalangan rakyat Malaysia  dan 50% daripada pemainya adalah orang2 Melayu-Islam  yang berjaya mendatangkan keuntungan sebanyak  RM70 juta bagi suku pertama tahun 2003, iaitu  tambahan sebanyak  2.7% daripada RM68 juta tahun lalu. Mahathir kata mesin judi di Bukit Tinggi Resort hanyalah untuk ahli2nya. Mengikut jurucakap Bukit Tinggi Resort sesiapa saja boleh jadi ahli dengan bayaran RM16.00 saja!- refundable Satu tawaran hebat dalam negara Islam Malaysia kan? Tentang maksiat2 lain yang bercanggah dengan Islam mengikut perlembagaan UMNO tak perlu saya nyatakan kerana ahli2 UMNO pun tahu!

4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya. – Benarkah UMNO mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan,mengamalkan sistem demokrasi berparlimen? Kes Anwar Ibrahim yang penuh dengan misteri adalah satu contoh amalan keadilan ala UMNO. Skrip pertuduhan ditulis dengan pelakon2nya terdiri daripada Azizan watak utama seorang driver tiba2 menjadi jutawan dengan sekelip mata. Hakim2 dan Peguam Negara yang berpendidikan tinggi tiba2  terpaksa tunduk dan akur dengan skrip rekaan Mahathir dengan konspiratornya. Tuduhan boleh diubah,undang2 mandotari boleh diketepikan,pertuduhan boleh dibuat secara pilih kasih. Orang yang sah melakukan pembunuhan boleh diikat jamin. Inikah cara UMNO mempertahankan kedaulatan sosial dan keadilan sedangkan Mahathir memperkudakan polis,mahkamah,peguam negara untuk mencapai agenda politiknya?

5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. – Bahasa Melayu telah  tergadai sebaik saja Mahathir mengisytiharkan penggunaan Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. DBP yang berpuluh2 tahun telah mencipta istilah dan memperkukuhkan pengajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah,menengah dan institusi pengajian tinggi secara  tiba2 terpaksa menghantar semua hasilnya  itu ke arkib negara dan separuhnya pula dijual kepada cina surat khabar lama Ada Sekolah Agama Rakyat(SAR) tak mahu beri bantuan kononnya SAR ini sarang pengganas. Janganlah kerana seekor nyamuk kelambu hendak dibakar. Bantuan yang diberikan kepada sekolah2 SAR ini tak sampai 0.0001% dari belanjawan negara!  Sedangkan Mahathir menggunakan wang KWSP,Tabung Haji,Petronas,KWAP  berbilion2 ringgit untuk bailout kroni2nya, UMNO membisu saja.

6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.- 6 orang tahanan ISA dituduh Mahathir bahawa mereka mempunyai senjata2 WMD seperti rocket launcer,bom dan berbagai2 lagi  yang boleh  mengancam keselamatan negara. Apabila Mahathir gagal bertindak terhadap keputusan mahkamah Persekutuan yang mahu 6 orang tahanan ISA itu dibebaskan ,Mahathir,UMNO dan kerajaan  telah mencabuli “the rule of law, violated human rights and been guilty of arbitrary governance”. Sungguhpun 6 orang tahanan ini mula dibebaskan tapi apakan daya nasi dah jadi bubur!. UMNO cakap besar tentang kejayaannya memajukan orang2 Melayu tetapi apa pula nasib orang2 Melayu Pulau Pinang yang mengikut Mahathir bahawa tahap kehidupan Melayu Pulau Pinang macam zaman Perang Dunia ke-2. Semua ini angkara siapa? UMNO !

UMNO sudah berusia 57 tahun tetapi perangai UMNO masih  tak berubah. Budaya UMNO masih  mementingkan kedudukan dan pangkat demi untuk kesenangan diri sendiri.Dulu orang berpusu2 nak jadi ahli UMNO kerana nak perjuangkan nasib orang Melayu. Hari ini orang masukUMNO dengan tujuan untuk dapatkan kontrak dan tender di sana sini.Bila dipilih menjadi YB UMNO sebulan dua mereka melawat kawasan tetapi lepas itu YB UMNO ini akan bina rumah banglow di KL dan diisinya dengan 3-4 biji kereta Mercedes,BMW dan sbgnya. Itulah mentaliti YB UMNO dulu,kini dan selama2nya.

Saya mengajak ahli2 UMNO bersama2  tinggalkan UMNO yang sedang berkarat teruk ini. Adalah menjadi satu mitos bahawa kerajaan UMNO-BN tidak dapat diganti atau mempunyai alternatifnya. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak parti utama di beberapa buah negara Asia seperti Parti Kongres di India,parti Liberal di Jepun yang pada satu masa dulu menganggap mereka adalah kebal macam UMNO,tetapi,akhirnya kecundang dan kian pupus.

Adalah jelas  UMNO telah memperlekehkan  rakyat dengan cara  memperkosakan  perlembagaannya sendiri iaitu Fasal 3 Perlembagaan UMNO Malaysia. Marilah kita sama2  selamatkan orang2 Melayu khususnya dengan menolak dan menghapuskan UMNO daripada urutan sejarah kita. Biarlah UMNO  menjadi bahan peninggalan sejarah yang disimpan di muzium purba untuk tatapan cucu cicit kita.

ALI ALLAH DITTA - 05.06.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!