REFORMASI DALAMAN UMNO YANG GAGAL 
Oleh Ali Allah Ditta

Beberapa orang UMNO yang saya temui  berkata bahawa pembebasan tahanan-tahanan ISA baru-baru ini serta beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan BN/UMNO bagi menjanakan ekonomi serta mengadakan pinjaman  kepada peniaga-peniaga kecil menunjukkan bahawa UMNO sudah bersikap liberal dan lebih mesra rakyat. UMNO kata mereka kini adalah lebih peka dengan situasi semasa dan lebih bertanggungjawab untuk menangani masalah rakyat.

Bagi saya, pembebasan 6 wira reformasi daripada tahanan ISA, penghapusan tol Cheras serta beberapa langkah yang diambil kerajaan untuk memudahkan perlaksanaan pinjaman kecil, TIDAK BOLEH dianggap sebagai indikator yang menandakan UMNO sudah reform dan mendekati seruan rakyat. Enam orang wira reformasi tahanan ISA itu sepatutnya telah dibebaskan lama dahulu sebaik saja Mahkamah Persekutuan mendapati mereka tidak bersalah dan penahanan mereka itu adalah menyalahi undang-undang.

Tindakan kerajaan membebaskan 6 wira reformasi tahanan ISA ini adalah satu helah kerajaan untuk mengelak Mahathir disoal-siasat tentangnya semasa Mahathir hadir persidangan G8 baru-baru ini. Lagi pun Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah sudah menunjukkan keresahan dan marah terhadap Mahathir dan kerajaannya kerana membendung kegiatan pembangkang. Maka tepatlah seperti kata Christopher Lockwood dari the Economist bahawa, "The west regarded Dr Mahathir as something of a pariah because of the heavy handed methods he employed against his opponents.

Penghapusan Tol Ceras dan pinjaman mudah yang diberi oleh kerajaan kepada peniaga-peniaga kecil bagi membenteras along atau ceti haram adalah satu gimik politik murahan UMNO untuk meraih sokongan rakyat dalam pemilu yang akan datang ini.

UMNO adalah UMNO, perangai lamanya masih tidak berubah. UMNO akan melakukan apa saja untuk menipu rakyat. Sebagai contoh, UMNO melalui media massanya telah memperlekeh pembangunan di Kelantan dan Terengganu dan juga di beberapa kawasan Parlimen pembangkang melalui program-program Gerhana di Kelantan, Antara Dua Darjat dsbnya. Tetapi, baru-baru ini Mahathir sendiri menegur tentang keadaan kehidupan orang-orang Melayu di Tanjong Tokong, Pulau Pinang tak ubah seperti zaman perang Dunia Ke-2. Tindakan Mahathir ini ibarat meludah ke langit jatuh pada batang hidung sendiri.

UMNO tidak perlu melihat kekurangan pembangunan di kawasan-kawasan pembangkang, turun saja ke Kampung Abdullah Hj. Hukum, Kampung Kerinci, Kampung Baru semuanya terletak di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, dan saksikan tahap pembangunan di kawasan-kawasan tersebut. Saya ajak ZAM dan RTM buat tinjauan dan bikin rencana tentangnya.

Demikian juga tentang kebebasan bersuara dan perhimpunan. Kerajaan UMNO/BN mengenakan berbagai-bagai sekatan melalui undang-undang dan akta-akta parlimen bagi mencegah rakyat bersuara dan berhimpun.. Dalam hal ini saya petik kata-kata MGG Pillai yang berbunyi, The government allows public debate only if debates is to praise it. Any public discussion of national or international issues is rarely allowed, and often harressed with violence and arrests if not. It is alright for UMNO to organises a march to the United States of America Embassy to protest the war in Iraq, but not for PAS and the other opposition parties. UMNO can hire the Bukit Jalil stadium for it rallies, and self-important individuals for their children wedding parties, but when the opposition wants to, much needed repairs had to be made.

Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang penuh terpalit dengan rasuah. Siapakah yang harus disalahkan dalam hal ini? Bagi saya, Mahathirlah orangnya yang bertanggungjawab kepada merebaknya rasuah di negara ini. Mahathir telah berjaya mengukir seni merasuah dan kronisma dengan licik sekali hinggakan rakyat dan ahli-ahli UMNO sendiri tidak sedar kronisma dan rasuah wujud di negara ini.

Saya tidak mahu berhujah panjang lebar pasal peroses reformasi UMNO ini. Apa guna ada reformasi sedangkan banyak isu mega yang belum dapat diselesaikan. Soalnya, bukan UMNO tidak mahu selesaikannya tetapi UMNO berasa terlalu takut untuk menyelesaikannya. Saya tidak mahu senaraikan semua penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa UMNO di sini, tetapi memadai 5 saja.

1. Mendakwa semua kawaq-kawaq (pencuri/penyangak) yang dok gagau tabung rakyat KWSP, KWAP, Tabung Haji, PPRT dsbnya. Kawaq-kawaq ini adalah pemimpin-pemimpin tinggi UMNO belaka termasuk Mahathir. Tidak guna cekop ikan-ikan bilis saja yang menjadi barua dan pak sanggup orang-orang atasan ini.

2. Dakwa Eric Chia yang terang-terang mengaku bahawa dia telah menipu Perwaja, menyebabkan kerugian berbilion-billion bagi Perwaja. Adakah pimpinan UMNO/BN memberi perhatian serius dengan fakta dan analisis yang dibuat juruaudit Price Waterhouse?

3. Mendakwa Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik kerana rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa.

4. Jangan memperkudakan Jabatan Peguam Negara, Badan Kehakiman, PDRM, Jabatan Penyiaran RTM, TV 1, 2, 3 & 7, SPR dan Jabatan-jabatab lain sebagai alat untuk mencapai cita-cita politik UMNO.

5. Mendengar semula kes Anwar mengikut hukum Syariah, kerana Malaysia telah diisytiharkan negara Islam dan menghukum semua konspirator termasuk Mahathir sekiranya Anwar didapati tidak bersalah dan bebas.

Jikalau UMNO berani mengambil tindakan terhadap 5 perkara rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa seperti saya sebutkan di atas, barulah UMNO boleh bangga bahawa UMNO sudah reformed dan mendekati seruan rakyat.

Selagi perkara-perkara ini tidak selesai, bagi saya UMNO itu ibarat sebatang besi buruk yang berkarat, walaupun digilap bertubi-tubi, namun hanya menanti saatnya menjadi reput dan hapus sejak dulu, kini dan selama-lamanya.

ALI ALLAH DITTA - 13.06.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!