Mengapa Imam Mahdi Belum Dzuhur?

Oleh: Abu Ruhullah

Kenapa Imam Mahdi tidak muncul sepanjang dekad ini, jika ia telah mempersiapkan diri demi tugas yang dimaksudkan baginya? Apakah yang mencegah beliau muncul pada saat ghaib Syughra (kecil), malah sesudah itu meneruskan pula keghaiban besar (Qubra)?

Untuk mengadakan perubahan yang diperlukan, pada waktu itu lebih sederhana dan mudah. Ia mempunyai kesempatan baik untuk mengerahkan kekuatannya dan memulai kerjanya dengan kekuatan, kerana telah berhubungan dengan umat melalui organisasi yang ada selama dekad ghaib kecil itu. Selain itu, pada waktu penguasa yang berjasa pada saat itu, tidak sekuat penguasa sesudah itu sebagai akibat kemajuan ilmu pengetahuan. Maka jawapannya, ialah perlaksanaan sistem revolusi yang berhasil bergantung kepada persediaan dan keadaan lingkungan tidak tercipta, perlaksanaan sistem ini tidak mencapai matlamatnya. Tentang ketentuan Ilahi ada dua aspek. Sepanjang yang berkaitan aspek dakwah, kerana ketentuan Ilahi tidak tergantung kepada sesuatu lingkungan yanbg sesuai; tetapi, sepanjang yang berkaitan segi operasi, pemilihan dan waktu keberhasilannya bergantungnya berhubungkait dengan keadaan yang menguntungkan.

Hal yang sama adalah alasan kepada dekad 5 abad yakni sesudah Nabi Isa AS harus berlalu sebelum risalah Ilahi terakhir sampai kepada Nabi Muhammad SAW, padahal dunia saat itu sudah memerlukan risalah itu sejak awal-awal lagi. Risalah ini ditunda hanya kerana ada penyelesaiannya yang berhubungan dengan kesempatan-kesempatan tertentu. Keadaan yang menguntungkan mempengaruhi tercapainya perubahan, termasuk mencipta suatu lingkungan yang sesuai untuk itu dan menentukan saat-saat yang baik untuk membolehkan bertindak. Contohnya, kejayaan revolusi dibawah kepimpinan Lenin di Russia berhubungan dengan faktor tertentu seperti terjadinya Perang Dunia Pertama dan jatuhnya rejim diraja Russia. Ada pula beberapa faktor kecil yang lain. Upamanya perjalanan selamat Lenin ketika masuk ke Russia. Apabila ia bertemu dengan beberapa peristiwa yang dapat merintangi masuknya ke negara itu mungkin revolusi itu akan tertunda.

Adalah merupakan sunatullah yang tidak berubah-ubah bahawa pelaksanaan revolusi Ilahi yang sebenarnya berhubungan erat dengan kenyataan-kenyataan objektif yang ada, yang menciptakan iklim yang tepat dan lingkungan yang umum bagi keberhasilanya. Itulah sebabnya maka memerlukan waktu sampai beratus-ratus tahun, sebelum munculnya Islam pada saat tidak nabi yang ditugaskan. Tidak syak bahawa Allahlah yang berkuasa atas segala sesuatu. Ia dapat menyingkirkan semua kesulitan dan rintangan yang menghalangi risalah Ilahiyyah. Namun, ia tidak bertindak begitu, kerana ujian dan percubaan yang melalui manusia mendapatkan kesempurnaanya, mensyaratkan bahawa satu revolusi Ilahiyyah harus terjadi secara alami dan wajar. Ini tidak bererti bahawa Allah tidak sewaktu-waktu mencampuri dengan mengatur hal-hal tertentu yang tidak berkaitan dengan penciptaan lingkungan yang tepat, tetapi cenderung memberi dorongan kepada revolusi itu. Pertolongan Ilahi yang diberikan Allah kepada hambanya yang beriman, pada saat genting dengan maksud melindungi risalahnya berwatak seperti itu. Api yang dinyalakan oleh Namrud tidak mencelakakan Nabi Ibrahimn AS. Tangan pengkhianat Yahudi yang mencabut pedangnya untuk membunuh Rasulullah SAW menjadi lumpuh. Angin kencang yang menerjah ke khemah-khemah orang kafir dan musyrik kerana mengepung Madinah selama perang Khandak serta merta meruntuhkan moral mereka. Pada semua contoh itu, pertolangan Allah diberikan dalam keadaan yang krisis, tetapi hanya setelah keadaan lingkungan yang tepat terhadap perubahan yang dikehendaki sudah tercipta secara alami.

Oleh itu, jika kita mengkaji kedudukan al-Mahdi, kita menemukan bahawa tugas revolusioner yang dipercayakan kepada al-Mahdi, berkaitan dengan keadaan-keadaan tertentu yang akan memberikan iklim yang tepat demi keberhasilan tugasnya. Kerana itu semestinya dipilih waktu yang sesuai. Diketahui bahawa tugas agung yang untuk itu Imam Mahdi mempersiapkan diri tidak terbatas sifatnya, juga tidak terbatas kepada daerah khusus. Tugasnya benar-benar untuk merevolusi keadaan dunia secara menyeluruh. Tugasnya adalah menyelamatkan manusia dari kegelepan, kejahatan dan menghantarkan mereka ke masa yang terang benderang serta menjadi Walinya. Bagi revolusi raksasa demikian adanya tugas dan adanya seorang pemimpin sahaja tidak cukup; jika demikian maka hal ini akan sempurna para masa Nabi sendiri. Revolusi demikian memerlukan iklim khusus dan suasana yang mengarah kepada terpenuhnya semua ketentuan dan matlamat.

Dari segi pandagan manusia putus asa dan kekecewaaan seseorang yang maju dan berbudaya dipandang sebagai faktor dasar dalam menciptakan iklim yang tepat. Perasaan ini berasal dari kegagalan eksperimen kebudayaan yang pelbagai. Baru pada saat itu, manusia benar-benar merasa bahawa dia memerlukan pertolongan dan berpaling kepada alam ghaib. Dari segi benda, kondisi kehidupan yang moden, dapat dianggap lebih sesuai untuk memasuki misi tingkap dunia daripada kondisi-kondisi yang berlaku pada masa ghaib kecil, kerana sekarang jarak telah menjadi lebih pendek, kesempatan perhubungan antara umat manusia di dunia sudah meningkat dan fasiliti yang lebih baik untuk organisasi pusat bagi mencerahkan umat manusia berdasarkan kepada risalah itu telah siap.

Benar, sebagaimana yang ditunjukkan dalam pertanyaan itu, bahawa kekuatan ketenteraan dan kelengkapan perang yang harus dihadapi Imam Mahdi telah tumbuh menjadi sangat besar, tetapi dalam masalah ini haruslah diingat bahawa kekuatan benda merupakan sesuatu yang tidak penting bila moral manusia menjadi baik dan bertekad untuk berjuang melawan kezaliman. Banyak peradaban yang hebat dalam sejarah yang runtuh oleh sentuhan pertama penyerbu di sebabkan peradaban itu sudah rasa dan kekurangan daya tahan.


Abu Ruhullah adalah Ketua Editor Web UmmahOnline dan sering mengungkapkan persoalan Imam Mahdi dari sudut penantian yang positif. Beliau boleh dihubungi melalui abu_ruhullah@yahoo.com - 09.08.2003

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!