Sebagai tanda patriotik kami...

Respons Kepada 'Polis Mahathir Terus Menjadi Polisial'
Alhamdulillah, tulisan sdr Inderaloka (Polis Mahathir Terus Menjadi Polisial) memberi kita satu berita yang amat mengembirakan. Silakanlah dengan kehaprakan mereka, lebih banyak mereka lakukan lebih banyak untung yang BA dapat raih.

Saya yakin kehaprakan yang berlaku adalah kerja Allah swt untuk mengkhabarkan kepada rakyat apakah erti kehaprakan kerana mereka sendiri dapat merasakannya bukan hanya terikat kepada pendokong dan penyokong BA. Di dalam kesesakan lalulintas akibat kehaprakan itu bukan sahaja orang-orang BA sudah tentu ada juga dari kalangan umno/BN. Nah rasakanlah kehaprakan daripada yang haprak. Selama ini kamu (kalangan UMNO/BN) tidak pernah merasa dan mengerti... Insya' Allah kesusahan yang kamu rasai akan membuka hati kecil mu untuk memahami apa itu kehaprakan yang kamu perkecilkan selama ini..

Mudah-mudahan kamu tidak teragak-agak untuk berfikir sejenak sebelum turun mengundi pada hari mengundi nanti - sama ada mahu teruskan kehaprakan dengan tangan-tangan kamu atau mengembalikan kedaulatan, keadilan, keharmonian yang telah kita rasakan lebih 20 tahun yang lalu... juga melalui tangan-tangan kamu. Ingat bersekongkol dengan kehaprakan natijahnya kamu juga akan menerima balasan yang setimpal dengan mereka yang melakukan memerintahkan kehaprakan.

Negara memerlukan kepatriotisme anda bukan di bulan merdeka atau pada ketika menyambut hari Merdeka ke-46 atau ketika mengibarkan jalur gemilang  tetapi patriotisme anda yang tidak terhingga nilainya malah sama nilainya dengan patriotisme perajurit tanah air yang telah terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara apabila kehaprakan luput dan berkubur melalui tangan-tangan anda nanti..

Selamatkan negara, hapuskan kehaprakan!

Kiriman Achussin - 01.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!