Sebagai tanda patriotik kami...

Respons Kepada 'Puwase Matian-matian Tapi Tetap Melawan Tuhan!'
Kalau kita amati-amati dan perhatikan betul-betul, apa yang dijelaskan oleh si Songkok Tinggi Kapar ni, (Puwase Matian-matian Tapi Tetap Melawan Tuhan!) bagi umno, Allah swt  hanya Maha Besar di surau-surau dan masjid-masjid sahaja... Dalam surau-surau dan masjid-masjid umno turut membesarkan Allah swt... Keluar dari surau-surau dan masjid-masjid? Allah swt mereka letak bawah tapak kaki je... Sebab tu kita dengar ucapan-ucapan songsang sesat lagi menyesatkan oleh ketua-ketua mereka dan diakur dan disokong diampu habis-habisan oleh penyokong-penyokong serta diendorse pula oleh ulama-ulama palsu dan bisu yang "berkhidmat untuk negara"...  Justeru ungkapan-ungkapan memperkecilkan Allah swt jelas kita baca dan dengar "kalau laksana hudud apa akan jadi dengan orang kapir," "hudud tak sesuai dalam masyarakat majmuk," (Waliyyazubillah) bla, bla, bla boleh blaah la!
 
Pastu depa guna jabatan apa tuu... JAKIM (Jabatan Anti Kemajuan Islam dan Melayu), JAIS (Jabatan Anti Islam Selangor) dan macam-macam MAIS, MAIK dan lain-lain untuk kontrol surau masjid. Maka gahlah konco umno dapat "tadbir" surau masjid... Apa jadi dengan surau masjid? Lesu selesu-lesunya... Gitulahkan kalau sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang tidak layak untuk menguruskannya... Jangan kita lupa pada warning Allah swt apa akan berlaku apabila keadaan sebegini berlaku... Kehancuran... Pastu si JAKIM, MAIS ni, dia pergi roboh surau sana-sini dan dia berasa sedih kerana orang pandang serong dengan tindakannya. Sebenarnya kita tidak ada masa lagi untuk bergelumang dengan dosa mereka-mereka ini. Kita bertanggungjawab membetulkan kepincangan kerosakan kehaprakan dengan cara yang paling mudah sekali ... Menggunakan tangan memangkah dalam pilihan raya nanti... Cuma diingatkan, niat mesti betul baru betul pangkahnya...
 
Memang umno sudah lama tidak relevan bukan hanya selepas DSAI dianiaya... Umno membunuh tulisan jawi hampir 40 tahun yang lalu... dan tahun ini umno sembelih Sekolah Agama Rakyat... Kesan daripada tindakan membunuh sekolah agama rakyat ini hanya akan dapat umat melihat 30 tahun akan datang sepertimana kita melihat kesan pembunuhan tulisan jawi selepas 30 tahun kemudian... Mereka membicarakan pasal kebudayaan menunjukkan bangsa... dan mereka jugalah yang membunuh kebudayaan.. Apakah tulisan jawi itu bukan kebudayaan Melayu? Mereka gantikan bahasa Melayu dengan bahasa Malaysia. Apakah ini bukan usaha ke arah membunuh kebudayaan Melayu? Allah swt menjadikan bangsa-bangsa dangan bahasa masing-masing tetapi umno mahu meniadakan bangsa Melayu dan bahasa Melayu.... Wallahu'alam

Kiriman Achussin - 28.10.2003



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.i

Click Here!