Iraq oh Malaysia!
Oleh Achussin
Memang benar sejarah tetap berulang.

Air mata dan darah umat jadi mainan.
Angkara pemimpin yang tidak ikut al-qur'an.
 
Yang berkuasa melalui kekerasan.
Yang berkuasa melalu penipuan.
Yang berkuasa melalui lantikan.
Yang berkuasa melalui penipuan.
Yang berkuasa melalui undang-undang.
Yang berkuasa melalui penipuan.
Yang berkuasa melalu angkatan perang.
Yang berkuasa melalui penipuan.
Yang berkuasa melalui muncung senapang.
Yang berkuasa melalui penipuan.
Yang berkuasa melalui pilihanraya songsang.
Yang berkuasa melalui penipuan.
Yang meneruskan strategi dan taktik penjajahan.
Yang berkuasa melalui penipuan.
 
Sejarah tidak pernah berbohong.
Apatah lagi al-qur'an petunjuk agong.
Manusia menuju kehancuran berbondong-bondong.
 
Tanah bekas jajahan british satu demi satu dilanda malang.
Umat leka kerana ghairah pembangunan.
Agama dengan politik jangan dicampuradukkan.
Hasil bumi anugerah allah jadi rebutan.
Rakyat terpinggir usah dipedulikan.
Kemajuan dikejar al-qur'an diketepikan.
Rakyat dibuai mimpi kesenangan pemimpin keseronokan.
Bangunan tinggi dijadikan ukuran bangsa berkemajuan.
Penjajah berambus kader-kader ditinggalkan.
Strategi dan taktik penjajah diteruskan.
 
....... Iraq kini menjadi medan pertempuran.
Selepas "memerdekakan" afghanistan dari taliban.
Yang dicipta untuk tujuan strategi masa depan.
Senjata weapon of mass destruction dijadikan alasan.
Sehingga kini tidak kedapatan dan disahkan.
Rakyat menjadi mangsa anti keganasan.
Umat dilondeh ditelanjangi diseksa dihinakan.
Dunia islam hanya berjelingan.
Mereka juga dari satu keturunan.
Ditinggalkan penjajah untuk strategi penerusan.
Mencengkam umat lebih handal dari tuan.
"keganasan" ditentang strategi dan taktik keganasan.
Rakyat sudah mula bersuara saddam lebih baik dari tuan.
Terkena sudah strategi dan taktik yang dirancang.
 
Umat bersimpati dengan saudara-saudara seagama.
Tentera penceroboh tidur tak lena.
Yang berkerjasama turut menjadi mangsa.
Kemarahan tidak mengenal erti bangsa.
Agama seolah-olah tidak berupaya menyatukan mereka.
Nasib negara sekular demikianlah rupa.
Agama bukan ad deen yang sepatutnya.
Agama mestilah diterjemah mengikut peredaran masa.
Bukan oleh ulama tetapi sesiapa saja.
Agama pemimpin adalah agama mereka.
Saddam yang dijadikan sasaran utama.
Yang menderita rakyat jelata.
 
Apa beza kita dengan mereka.
Saddam zalim kita bagaimana.
Hari ini rakyat iraq sedang merasa.
Kezaliman yang mereka biarkan berleluasa.
Memakan diri sendiri kerana alpa.
Al-qur'an fasih dibaca.
Isinya bukan untuk berbicara dan berkuasa.
Arak dihidang bebas di mana-mana.
Kemaksiatan menjadi biasa.
Berfikirlah sejenak demi masa!
Sesungguhnya manusia ini di dalam kerugian sentiasa.
Renungkanlah baik pemimpin baik rakyat jelata.
Allah maha besar di mana-mana.
Amarannya keras sudah dibaca.
Tetapi kenapa sombong macam nak gila.
 
Iraq oh Malaysia!

- Achussin - 26.05.2004 - (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN