Tapak Utama http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://e-umno.tripod.com/

MASA UNTUK BERUBAH
Oleh Al-Kundangi


Begitulah, jika sekiranya kita asyik membenarkan sebuah parti politik sahaja berkuasa di negara ini. Akhirnya mereka buat apa yang mereka suka. Mereka naikkan harga minyak, naikkan tarif telefon, naikkan bil api/air, akhirnya darah rakyat Malaysia yang naik,menyebabkan ramai yang kena darah tinggi.

2. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya mengundi BN di setiap pilihanraya. Tetapi oleh kerana rancangan yang memperbodohkan rakyat Malaysia oleh BN itu berjaya, maka BN dapat mengekalkan kerusinya selama lebih 40 tahun di bumi Malaysia tercinta ini. Rakyat Malaysia pula ramai yang tidak cerdik angkara terlampau percaya kata-kata pemimpin mereka, sehingga para peimimpin mereka melesapkan wang berjuta-juta ada yang kata mustahil macam itu. Ambil sikit-sikit tak mengapa. Akhirnya hasil negara kering kontang lalu menaikkan harga barangan keperluan rakyat marhaen. Kita juga yang tertindas. Itu belum lagi dilihat kehidupan orang kita di kampung-kampung. Menyedihkan.

3. Sekiranya rakyat Malaysia bijak tentu mereka tidak membiarkan BN memerintah lebih 40 tahun. Pemerintahan yang terlalu lama menyebabkan mereka mengamalkan korupsi dan kronisme. Mereka juga yang senang hidup di negara ini, rakyat marhaen menjadi sukar hidupnya. Marilah kita ubah mentaliti kita supaya suatu hari kita boleh menerima pembangkang memerintah negara, atau sekurang-kurangnya menafikan majoriti dua pertiga bagi BN dalam pilihanraya akan datang. Mari kita peringatkan rakyat marhaen agar mereka tidak terjebak dengan janji-janji palsu pemimpin BN yang sebenarnya hanyalah untuk mengelabui mata rakyat jelata, kemudian mereka merompak harta negara sesuka hati.

4. Kita tidak sepatutnya ditipu oleh BN sekali lagi. Umat Islam tidak sepatutnya jatuh dua kali dalam satu lubang. Kita tidak harus membiarkan diri kita diperbodoh oleh BN lagi. Kita mesti mengundi parti lain pada pilihanraya akan datang. Kita harus berani mencuba. Kita sudah mencuba BN selama 40 tahun. Apa salahnya jika kita mencuba BA selama lima tahun. Lima tahun sahaja! Jika tidak berjaya, tiada perubahan, malah makin teruk, undilah semula BN! Perubahan tidak datang dengan sendirinya, kitalah yang patut memulakannya. "Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka sendirilah yang mengubah apa yang ada pada diri mereka (maksud Al-Quran)."

AlKundangi - 01.05.2002

~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~
 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!