Tapak Utama http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://e-umno.tripod.com/

SYED HUSSIN ALATAS, MAHATHIR 
DAN PENGEBOM BERANI MATI PALESTIN

Oleh Al-Kundangi


Kitapun sudah menjangkakan bahawa program yang telah berlangsung di Dewan Bahasa kelmarin akan dieksploit oleh penyokong-penyokong BN sama ada secara langsung atau tidak, sama ada arahan dari atas ataupun tidak. Begitulah, semalam lewat siaran wawancara dengan seorang professor bernama Syed Hussin AlAtas, di mana beliau mengulas begitu panjang lebar akan ucapan Mahathir melalui saluran perdana TV1.

Syed Hussin adalah orang lama dalam bidang akademik dan sebelum ini adalah pensyarah di Universiti Malaya dalam bidang Sains Sosial. Tulisannya 'Sosiologi Korupsi' mendapat perhatian ramai dan menjadi rujukan di bidang sosiologi. Begitu juga dengan sebuah tulisannya yang lain iaitu 'Kemiskinan dan Kelaparan Tanah Di Kelantan'. 'Mitos Pribumi Malas' adalah bukunya yang terakhir yang diketahui yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Hussin juga pernah menulis tentang Islam dan sosialisme, di mana ide yang diutarakan adalah satu percubaan untuk menyamakan Islam dan fahaman sosialis yang sering dikemukakan oleh sarjana-sarjana orientalis yang mengkaji tentang Islam tetapi tidak beriman dengannya.

Keseluruhan wawancara itu adalah memuji ucapan Mahathir dan memberikan kredit kepada Mahathir sendiri di samping menyerang Islam dan gerakan Islam dalam sebarang bentuk. Dalam kes pengebom berani mati Palestin umpamanya, Syed Hussin menyifatkan bahawa perbuatan itu adalah sia-sia sahaja dan sama seperti membunuh diri. Pendapat ini samalah seperti pendapat PM yang mengatakan bahawa perbuatan itu tidak akan mencapai matlamat yang diinginkan. Bahkan dalam satu sesi, professor itu menyifatkan bahawa ulama yang menetapkan syahid terhadap pengebom berani mati Palestin adalah ulama jahat, ulama ussu'. Walhal fatwa telahpun diberi Sheikh Yusof AlQardhawi dan Sheikul Azhar sendiri.

Jelaslah apa yang diutarakan oleh Professor Syed Hussin itu adalah bertentangan dengan ijma' ulama semasa yang menetapkan syahid bagi hukum pengebom berani mati Palestin. Sebenarnya inilah permainan yang telah diatur oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya yang menyerang Islam dan umatnya dari segenap segi, di samping menyokong usaha Yahudi dan Presiden Bush untuk menghapuskan gerakan Islam yang bercita-cita untuk mengembalikan kegemilangan Islam di era millenium ini.

Pucuk pimpinan Pas seharusnya memikirkan sepuluh kali sebelum menyertai program bersama BN seperti apa yang telah dilangsungkan di Dewan Bahasa itu. Kelihatannya Mahathir dan kuncu-kuncunya cuba mengaut keuntungan yang lumayan setelah peristiwa itu. Walaupun Mahathir menyifatkan syarahan perdana itu adalah satu usaha bersama untuk menghadapi musuh bersama, tetapi Mahathir kemudian menjadikannya sebagai isu untuk menyerang Pas dan gerakan Islam lainnya.

Sememangnya kita tidak seharusnya cepat percaya kepada orang yang sememangnya sudah lama menyerang dan memusuhi Islam di samping mempunyai agenda politik tersendiri bersama-sama kuasa-kuasa kuffar untuk menyekat ledakan kebangkitan Islam di abad ke dua puluh satu ini.

AlKundangi - 10.5.2002.

~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!