Tapak Utama http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://e-umno.tripod.com/

Negara Islam Ala-Mahathir
Oleh Al-Kundangi


Malaysia adalah sebuah negara Islam, sama ada betul atau tidak, begitulah Mahathir memperkatakannya. Sebuah negara komunis, misalnya, adalah sebuah negara yang menganut fahaman komunis dan mengamalkannya dalam sistem pentadbirannya serta melaksanakan dasar-dasarnya sesuai dengan fahaman komunis itu.

Begitulah juga sebuah negara Islam. Apabila sesebuah negara itu disebut negara Islam, mestilah asas pentadbirannya, asas ekonominya dan perundangan serta sistem sosialnya berasaskan kepada Islam itu sendiri. Maka negara yang sedemikianlah dipanggil negara Islam.
 
Tetapi apabila Mahathir menyebut negara Islam, tafsirannya adalah berbeza dari apa yang kita faham seperti di atas. Negara Islam bagi Mahathir cukup sekadar namanya sahaja, dan cukuplah para pimpinan utamanya beragama Islam di samping menjalankan beberapa aktiviti yang bercorak Islam. Adapun sistem pentadbiran dan kehakimannya, ekonominya dan sistem sosialnya tidaklah perlu kepada sistem Islam, ia boleh memakai apa sahaja sistem yang sistem yang disukai oleh pucuk pimpinannya. Adakah negara sedemikian layak dipanggil sebuah negara Islam?

Atau apakah kita boleh memanggil sebuah negara itu negara komunis, dengan hanya namanya sahaja, tetapi segala sistem pentadbirannya, sistem perundangan dan sistem sosialnya bukan sistem yang berasaskan kepada fahaman komunis? Tentulah orang-orang komunis sendiri akan mentertawakannya!

Tetapi begitulah Mahathir. Dia menamakan negara ini negara Islam tanpa perlu melaksanakan segala sistem yang ada dalam Islam supaya sesebuah negara itu layak dipanggil negara Islam. Inilah negara Islam tafsiran Mahathir. Samalah juga seseorang itu dinamakan orang Islam tanpa perlu melaksanakan segala tuntutan ibadah, tuntutan sosial dan sebagainya yang berkaitan dengan diri peribadi Muslim untuk seseorang itu layak dipanggil seorang Muslim.

Apakah tafsiran Mahathir ini benar dan dapat diterima oleh logik akal manusia?

AlKundangi - 20.5.2002.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!