http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/
http://marhaen3.tripod.com/ 

HENTAMAN MID BIN MAN
Oleh Al-Kundangi


Keghairahan Mid Man menghentam pelajar Tahfiz dan agama mungkin ada agendanya. Semua kita maklum bahawa hanya pembelajaran sedemikian yang mampu melahirkan para ustaz dan ulama di mana-mana jua. Inilah yang merisaukan kerajaan korup Mahathir Mohamad. Golongan ustaz dan ulama tidak akan pernah bersetuju dengan kerajaan korup ini, sebab kerajaan ini menyimpang jauh dari landasan Islam, sekalipun mengisytiharkan negara ini negara Islam.

Barangkali itulah rahsianya Mid Man ghairah memukul canang bahawa lepasan sekolah tahfiz dan agama ini menjadi malas dan sebagainya. Namun apakah mereka terlibat dalam gejala-gejala negatif dalam masyarakat kita? Sedangkan hakikatnya merekalah golongan yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan melarang kemungkaran. Sementelah Mid Man pula adalah insan yang melarang berbuat kebaikan dan menyuruh berbuat kejahatan selaras dengan keinginan tuannya Mahathir Mohamad dan penaungnya setan George Bush.

Mid Man dan orang-orang yang seiras dengannya tidak akan menyenangi melihat masyarakat kembali kepada agamanya, kembali kepada Islam, sebabnya sudah diketahui bahawa golongan yang faham Islam, yang bercita-cita Islam dan berfikir secara Islam tidak akan pernah sependapat dengan Mahathir dan kerajaannya yang semakin korup itu.

Apa yang penting bagi kita adalah tidak terpesona dengan hujah-hujah munafik yang dikeluarkan oleh ulama-ulama rasmi seperti Mid Man ini yang berselindung di bawah ketiak Mahathir Mohamad, pendobrak bangsa dan agama yang ulung di negara ini.

AlKundangi - 11.06.2002.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!