http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/
http://marhaen3.tripod.com/

PROTON: YANG DITIPU DAN YANG TERTIPU
Oleh AlKundangi


Mahathir memang mengecewakan bila mengenakan cukai tempatan kepada kereta import sempena pelaksanaan AFTA nanti. Tentunya Mahathir tidak mahu Proton menghadapi kerugian, atau saingan hebat daripada kereta import. Memang mutu kereta proton umpama Tin Milo (kata orang dahulu, bila mula-mula Datsun keluar), tengoklah kereta Proton yang terawal, bila lama sikit, berlubang sana-sini macam kena peluru.

2. Sayangnya yang pakai kereta Proton kebanyakannya orang-orang Melayu, semestinya orang Umno, dan mereka yang bekerja dengan kerajaan. Berapa peratus keuntungan Proton masuk ke poket Mahathir, hanya dia sahaja yang tahu! Sepatutnya orang Malaysia boikot Proton, biar dia bankrap. Tetapi orang Melayu sayangkan Mahathir. Dan mereka tetap beli kereta berjenama proton, malah bangga dengan jenama itu.

3. Mereka akan tukar kereta setiap kali ada kereta Proton keluaran terbaru, dengan berhutang di bank-bank atau finance. Siapa yang untung dan siapa yang bahlol dalam soal ini? Mahathir di Putrajaya tersenyum puas bila Proton mencatat jualan tertinggi setiap tahun berbanding kereta-kereta lain. Orang-orang Melayu yang menukar kereta protonnya setiap kali ada keluaran model terbaru akan terus membayar hutang demi hutang, demi untuk mengkayakan Mahathir dan para kroninya. Yang ditipu dan tertipu adalah orang Melayu sendiri, tetapi mereka tidak sedar kerana terlalu ghairah bergaya dengan kereta barunya.

AlKundangi - 09.11.2002.
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung ~


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!