Rakyat Kelantan Dan Terengganu Menjana Ekonomi Negara
Assalamualaikum...

Nyata sekali niat Mahadeq nak menawan Kelantan dengan apa cara sekali pun. Yang pasti selepas ini Mahadeq akan berkempen ke Terengganu pula. Siapakah yang akan menjadi kambing hitam demi untuk melaksanakan niat durjananya?

Walaupun Kelantan dan Terengganu di bawah pemerintaha BA, rakyat di kedua-dua negeri tersebut tidak semiskin dan sehina seperti yang digembar-gemburkan.

Nyata kedua-dua negeri ini membawa tuah dalam pembentukan negara Malaysia yang tercinta.

Jika janji-janji palsu, angan-angan pembangunan yang dimimpikan, maka bersedialah rakyat di negeri tersebut untuk mengalami petaka yang amat buruk..

Apakah akan jadi dengan penarik beca jika negeri Kelantan / Terengganu membangun dengan pantas? Apakah masalah sosial yang akan dihadapi? Bersediakah kita menerima budaya asing seperti yang terdapat di Kuala Lumpur dicurahkan bersama dengan matlamat pembangunan palsu?

Lihatlah semua bagaimana rakyat Kelantan / Terengganu menjana ekonomi negara. Bagaimana bank-bank di Malaysia mendapat faedah bila wang dimasukkan ke dalam akaun untuk dihantar kepada keluarga di kampung. Mereka-mereka inilah yang menjana dan memastikan kitaran dan penggandaan nilai wang negara.

Apakah akan jadi dengan Syarikat-syarikat bas ekspres milik rakyat Kelatan/Terengganu. Cuba kita lihat, terdapat lebih 50 buah bas yang bergerak setiap hari dari K. Bharu ke destinasi-destinasi seluruh Malaysia. Apakah akan berlaku, jika tiada penghijrahan. Adakah bas-bas ekspres ini mampu menarik penumpang semata-mata untuk makan angin. Jika tiada penumpang, bermakna tiada perniagaan dan akan membawa kerugian kepada syarikat-syarikat pengangkutan. Ini adalah salah satu contoh yang perlu diambil-kira.

Berilah peluang kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita untuk mencari nafkah. Jika negeri terlalu maju, tidak mustahil kita tidak mampu untuk mengawalnya.

Bersyukurlah kepada Allah swt kerana dengan rahmatNya, kerana  Kelantan dan Terengganu telah menjadi tenaga penting dalam menjana ekonomi negara. Jangan biarkan Mahadeq dan kroni-kroninya mencemarkan nilai-nilai murni yang ada. Mereka ini hanyalah penyamun yang berusaha untuk merompak kekayaan dan mencari nama yang gah buat diri mereka sahaja.

Sayangilah ekonomi negara kita, biarkan ia berkisar dan berkitar sentiasa.

Sekian wassalam

- Ambo - 20.01.2003 (suntingan M@RHAEN)
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!