SIRI SEJARAH ISLAM
Al Husayn bin Ali A.S – Cucunda Rasulullah S.A.W (Siri ke-4)
Oleh Ammar Yasir - Laman M@RHAEN

Angin Revolusi Al-Husayn
 
Muawiyah dan puteranya Yazid telah menggunakan paksaan dan ancaman untuk mendapatkán bai’ah atau janji setia dari umat Islam. Malah al-Husayn a.s. dihadapi dengan keras oleh kedua-dua penguasa Umayah itu.

Dengan itu kehidupan Islam mula diganggu gugat oleh penguasa rejim Umawi. Selepas kematian Muawiyah, Yazid bertindak dengan lebih keras lagi untuk menghadapi musuh-musuh rejimnya.

Sebenarnya sebelum kematian Muawiyah, beliau telah mengangkat anaknya Yazid menduduki jawatan penggantinya. Muawiyah telah memaksa semua golongan manusia untuk memberi ketaatan dan kesetiaan kepada Yazid.

Maka demikian juga Yazid setelah menjadi raja Bani Umaiyah lantas beliau melaksanakan penntahnya untuk memperolehi bai’ah atau pensetiaan dan orang ramai demi mengukuhkan kerajaannya.

Untuk tujuan itu Yazid pun menulis surat kepada gebenornya di Madinah yang bernama al-Walid bin Utbah supaya beliau mendapatkan bai’ah dari penduduk Madinah secara umumnya dan mendapatkan bai’ah daripada al-Husayn a.s. dalam bentuk yang khusus.

Berikutnya al-Walid bersegera melaksanakan perintah majikannya dan menghantarkan utusannya untuk menemui al-Husayn a.s. pada lewat malam. Pada ketika itu al Husayn a.s sedang bermuzakarah dengan tiga puluh orang lelaki dari kalangan keluarga dan pengikutnya.

Imam al-Husayn memberitahu utusan itu bahawa beliau tidak akan memberi bai’ah secara bersendirian tetapi beliau akan meninjau sejauh manakah orang ramai di Madinah sanggup memberi bai’ah kerana persoalan ini memerlukan penyatuan fikiran seluruh umat Islam.

Kenyataan Imam al-Husayn a.s. itu adalah untuk melewatkan tindakan Yazid kerana beliau memaklumkan bahawa atas nasihat Marwan bin Hakkam penasihat Yazid yang menggesanya mengambil tindakan keras dan pembunuhan seandainya Imam Husayn tidak mahu memberi bai’ah.  [Kitab al-Irsyad, oleh Syeikh al-Mufid, Bab Memperingati al-Husayn bin Ali, cetakan 1377H, hlm. 183]

Sungguhnya Imam Husayn telah membuat keputusan untuk menolak dan menentang Yazid secara terang-terangan. Beliau berazam untuk memikul tanggungjawab sebagai imam umat Islam yang melanjutkan peranan datuknya Rasulullah s.a.w. lantas mendirikan sembahyang ziarah diikuti dengan doanya:

“...Ya Allah sesungguhnya inilah kubur Nabi Muhamad s.a.w. dan aku adalah putera kepada puteri Nabi Muhamad s.a.w. dan aku hadir di sini dengan urusan yang sememangnya dimaklumi olehMu. Ya Allah! Sesungguhnya aku mencintai ma’ruf dan membenci kemungkaran, dan aku memohon kepadaMu wahai Yang Maha Mülia dan Maha Perkasa dengan haq kubur nabiMU ini dan siapa yang ada di dalamnya supaya aku pilih untuk menjalankan urusan yang diredhai olehMu dan diredhaj oleh rasulMu..”[Kitab Maqtal al-Husayn, karya Abdul Razzaq, hlm. 147]
Dengan ini tergambar dengan jelas kesedaran aI-Husayn a.s. untuk memikul risalah Tuhannya, walaupun diketahui betapa beratnya bebanan itu. Di sisinya tiada yang lain yang lebih berharga melainkan keredhaan Allah Ta’ala jua.

Berdasarkan rangkaian doa Imam al-Husayn. a.s. itu akan dapat merasakan betapa beliau bersedia untuk menjadi pahlawan tentera Allah yang akan menyerahkan jiwa raganya demi menegakkan risalah Ilahi yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Tidak hairanlah mengapa Imam al-Husayn bersedia menjual dirinya kepada Allah ‘azza wajalla dan demi kerana Allah jua.

Justeru Imam al-Husayn a.s. mengumpulkan para ahlul Bayt dan sahabatnya yang setia mengarahkan mereka segera meninggalkan kota Madinah dan memulakan perjalanan ke Mekah... Sungguhpun ada pihak yang menggangap langkah Imam membawa implikasi buruk kepada dirinya namun al-Husayn dengan penuh kecekalan bangkit untuk memperjuangkan hak dan kebenaran Islam walaupun memaksa dirinya mengorbankan kepentingkan diri dan pengikutnya.

Inilah sebahagian dari siri revolusi Islam awal yang dirakamkan dari lembaran kebangkitan al-Husayn a.s. Kenyataan ini dapat dilukiskan dengan mengemukakan sebahagian surat wasiat yang diutuskan oleh al-Husayn a.s. pada saudaranya Muhamad Ibnu al-Hanafiah... katanya:

“....Sesungguhnya daku tidak keluar ke medan jihad dengan berniat jahat, Melakukan kerosakan atau kezaliman. Sebaliknya aku keluar untuk memperjuangkan kebaikan dan rahmat kepada umat datukku Nabi Muhamad s.a.w  Aku berkeinginan untuk menyeru kepàda ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Sebenarnya aku sedang menjalani jalan datukku Muhammad s.a.w. ayahandaku Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib r.a. Tidak ada apa yang ku harapkan melainkan kebenaran, dan Allah lebih berhak untuk kebenaran itu. Sesiapa yang menentang gerakan ini maka bersabarlah sehingga Allah mendatangkan ketetapannya di antaraku dengan golongan yang menegakkan kebenaran dan Dialah Allah Yang Maha Mengemukakan keadilan...”  [Al-Wathaiq ar-Rasmiyyah Li Thawratul Husayn karya Abdul Karim al-Qazwaini, hlm. 36 yang dipetik dari karya al-Khawarizmi]
Inilah garis revolusi Islam yang didokong oleh Imam al-Husayn a.s. cucunda Nabi besar kita Muhammad s.a.w. Ianya menjelaskan sasaran dan dorongan asasi ke arah pergerakan Islam yang dibangkitkan oleh Imam umat yang suci itu.

Rombongan al-Husayn a.s. menghala ke kota suci Makah yang bersejarah, rombongan yang lidah mereka berkumandang dengan zikrullah, dan hati mereka dipenuhi dengan kerinduan kepada Allah. Ketika memasuki kota Makah al-Imam al-Husayn a.s. membaca Firman Allah:

Ertinya: “Dan ketikamana beliau menuju ke negeri Madyan, lalu Nabi Isa a.s. berkata; Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang lurus.” (Surah al-Qashash ayat 22).
Setelah tiba di Mekah rombongan tersebut memasuki perkampungan al-Abbas bin Abdul Muttalib. Kedatangan al-Husayn a.s dan pengikutnya itu telah disambut hangat oleh penduduk Mekah yang menyayangi dan menghormati cucunda Rasulullah s.a.w.

Ketika Imam Husayn a.s. berada di Mekah, beliau telah mendengar penentangan terhadap pemerintahan Yazid telah mencapai kemuncaknya di Kota Kufah ibu negeri Iraq.

Pergerakan penentangan dan revolusi bergelombang hebat untuk menggulingkan regim thaghut Yazid mempengaruhi penyokong atau ahlul bayt Rasulullah  s.a.w. Pemimpin golongan yang menentang Yazid di Kufah ialah, Sulaiman bin Sard Al-Khuza’i, yang mengetahui bahawa Imam Al-Husayn a.s. juga turut menentang perlantikan Yazid sebagai khalifah atau penguasa ke atas umat Islam.

Dengan itu seluruh pengikut Imam mengisytiharkan pendirian Imam al-Husayn a.s untuk memerangi musuh-musuh mereka walaupun terpaksa mengorbankan nyawa mereka sendiri.

Selepas sahaja penduduk Kufah bersepakat dan menyatukan pemikiran mereka untuk memberi bai’ah kepada al-Husayn a.s. maka para pemimpin mereka menulis surat menyatakan penentangan mereka terhadap pemerintahan Yazid/Umawi. Mereka hanya redha berada di bawah pemerintahan al-Husayn ‘a.s. Berikutnya mereka mengisytiharkan al-Husayn a.s sebagai khalifah dan Imam umat Islam. Penduduk Kufah yang menyertai persetujuan itu berjumlah seratus ribu orang.

Dengan itu secara muktamad mereka memberi bai’ah dan ketaatan kepada al-Husayn a.s. yang tunduk di bawah kekuasaan ahlul bayt Rasulullah s.a.w. Penduduk Iraq juga bersedia untuk mengorbankan diri mereka demi menegakkan risalah Islam dan demi menggembelingkan haq al-Husayn a.s. pada tempatnya.

Setelah memperolehi gambaran yang positif itu Imam Husayn mengutuskan sepupunya Muslim bin Aqil seorang lelaki yang bertaqwa dan amanah serta memiliki kepimpinan yang tinggi untuk menemui penduduk Kufah serta mengukuhkan lagi dakwah dan pengajaran Islam di sana. Muslim bin Aqil juga membawa perutusan yang penting kepada penduduk Kufah yang antara lain bermaksud (Surat al-Husayn bin Ali);

Bismillahir Rahmanir Rahim
Daripada al-Husayn bin Ali ‘a.s. kepada para pemimpin Islam dan orang-orang yang beriman; Sesungguhnya aku merasa bahagia dan sukacita menerima surat-surat dan perutusan kamu semua dan sukacita menerima surat-surat dan perutusan kamu semua dan demikian juga telah tiba utusan kamu kepadaku. Daku telah memahami apa .yang dinyatakan oleh anda semua bahawa di sisi anda tidak memiliki seorang Imam.

Terimalah mudah-mudahan Allah menghimpunkan kita  di atas kebenaran dan petunjukNya. Daku telah mengutuskan kepada anda semua saudaraku, sepupuku daripada kalangan ahlul bayt iaitu Muslim bin Aqil. Daku telah mengarahkannya supaya memberitahuku hal ehwal dan pendirian anda semua. Seandainya dia menulis surat kepadaku bererti dia telah mengumpulkan seluruh pandangan para pemimpin anda yang memiliki keutamaan dan kelebihan di kalangan anda. Mudah-mudahan kesemuanya menyamai apa yang digambarkan oleh utusan-utusan anda.

Sebenarnya aku telah membaca semua surat-surat anda. Sesungguhnya aku telah membaca semua surat-surat anda. Sesungguhnya aku telah mengutuskan kepada anda seorang yang boleh menguruskan urusan anda Insya Allah ta’ala. Demi usiaku bukanlah aku ini imam melainkan menjadi hakim yang bersandarkan kepada Al Qur'an yang bangun menegakkan keadilan, pemegang amanah agama dengan pengajaran Allah yang benar dan akan ku korbankan diriku demi kerana Allah juga. wassalam. [Ma’a al-Husayn fi nahdlaatihi karya Asad Haidar fil Kufah]

Penduduk Kufah dengan rela hatinya memberi ketaatan dan kepatuhan untuk membai’ah al-Husayn a.s. Mereka juga menerima Muslim bin Aqil sebagai pemimpin utusan al-Husayn untuk menegakkan risalah Allah dan kekuasaan ahlul bayt Rasulullah s.a.w.

Pada peringkat awal tidak ada perubahan langsung dalam ketaatan mereka. Manakala Muslim juga merasa sungguh besar amanah yang dipikulnya itu, antara suratnya kepada al-Husayn adalah seperti berikut;

“Sesungguhnya sesuatu kenderaan tidak akan membohongi tuannya, sesungguhnya seluruh penduduk Kufah bersamaan denganmu. Mereka telah memberi bai’ah dan jumlah mereka ialah lapan puluh ribu orang. Bersegeralah menerima khabar ini wassalamu ‘alaika warahmatuLlah wa barakatuh.” 
Penduduk Kufah Tergugat
 
Penguasa Umawi di Iraq merasai betapa hebatnya gerakan memperjuang dan mengukuhkan risalah Islam di bawah pimpinan al-Husayn a.s. di Iraq sehingga pengaruh pergerakan itu meresapi keseluruhan anggota masyarakat Kufah.

Para pembesar rejim Umawi di Iraq segera melaporkan kesemua perkembangan itu kepada Yazid bin Muawiyah yang berpusat di Damsyik Syria.

Setelah menerima laporan rasmi dari kuncu-kuncunya di Iraq maka bersegera Yazid mengutuskan Ubaidullah bin Ziyad menjadi gabenor Kufah yang memiliki keperibadian yang ganas, zalim dan tidak berperi kemanusiaan.

Ibnu Ziyad selanjutnya membawa api permusuhan terhadap ahlul bayt Rasulullah s.a.w. Beliau bersama beratus-ratus orang tenteranya memasuki ke kota Kufah dengan memberi ancaman dan ugutan kepada mereka. Sebahagian dari kata-katanya adalah seperti berikut;

Sesungguhnya Amir al-Mukminin Yazid telah melantik aku untuk memerintah hal ehwal kamu. Aku juga diperintahkan untuk menyedarkan dan mengajar orang-orang yang dizalimi serta membuat kebaikan kepada mereka yang taat kepada perintah kami. Akan tetapi pedang dan lembingku akan menghadapi sesiapa yang berpaling dari perintahku dan membelakangi perjanjian denganku maka terimalah padahnya kepada mereka yang demikian... [Kitab al-Irsyad, oleh Syeikh al-Mufid]
Bermula dari saat itu situasi Kufah mula berubah dengan gelombang pertentangan dan penekanan supaya kekuatan rejim Umawi bertapak semula. Ancaman-ancaman yang dilakukan oleh kuncu-kuncu Umawi itu rupa-rupanya telah menimbulkan rasa takut dan bimbang sebilangan besar penduduknya.

Ianya sehingga ke tahap ibu-ibu melarang anak-anaknya dari keluar membantu Muslim bin Aqil manakala golongan yang tamak pula telah berpaling dari kebenaran. Sebaliknya mereka bertumpu ke istana gabenor Umawi untuk mendapatkan harta dan kemewahan yang ditawarkan oleh Ibnu Ziyad. Gejala seperti ini mula bersemarak di kota Kufah.

Walaubagaimanapun golongan yang ikhlas dengan dakwah dan risalah Islam mereka tetap tidak berganjak dari memberi sokongan kepada Muslim bin Aqil yang menjadi wakil Imam al-Husayn a.s.

Sungguhpun demikian sokongan itu terpaksa diberi secara rahsia dan bersembunyi-sembunyi. Demikianlah bagaimana berubahnya bai'ah penduduk Kufah. Sehinggakan dakwah Islam yang benar itu telah bertukar menjadi dakwah secara rahsia dan sulit.

Muslim pula berpindah dari rumah Mukhtar bin Abu Ubaidah yang menjadi orang yang pertama memberi bai’ah ke rumah Hani bin Urwah. Tentunya ini merupakan satu perubahan yang besar.

Keikhlasan Hani bin Urwah menyokong pergerakan Ahlul Bayt tidak berganjak sejak zaman pemerintahan Amir Al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s lagi. Dengan itu gerakan ahlul bayt Rasulullah s.a.w. mula bergerak secara rahsia setelah mendapat sokongan terbuka penduduk Kufah sebelumnya.

Bagi Ibnu Ziyad pula apa yang difikirkannya ialah bagaimana ingin membongkar tempat tinggal atau markas Muslim bin Aqil r.a. Untuk tujuan itu beliau mengutuskan ejen-ejen rahsianya untuk meresapi ke dalam gerakan ahlul bayt serta berpura-pura menyokong perjuangan Islam di bawah pimpinan al-Husayn.

Dalam pada itu pendirian Muslim bin Aqil dan Hani’ bin Urwah tetap teguh untuk menegakkan syariat Islam dan menentang segala bentuk kemungkaran rejim umawi dan kuncu-kuncunya.

Malangnya, walaupun tentera Muslim mempunyai bilangan yang banyak tetapi anasir perpecahan telah melanda akibat diresapi ejen Ibnu Ziyad membawa kepada kelumpuhan pergerakannya di Kufah.

Sebaliknya Ibnu Ziyad menggunakan berbagai tipu helah dan tipu daya untuk menguasai penduduk Kufah dan melemahkan gerakan Muslim bin Aqil sehingga tentera Muslim turut dipecahbelahkan oleh taktik jahat Ibnu Ziyad.

Sungguhpun demikian Muslim bin Aqil dan Hani bin Urwah memilih jalan syahid pada jalan Allah demi menegakkan pergerakan Islam di bawah pimpinan Imam al-Hussayn a.s. cucunda Rasuluilah s.a.w.

Kesyahidan dan jihad pahlawan-pahlawan Islam ini adalah jalan yang sebaik-baiknya dipilih oleh mereka daripada menyerah diri dan melutut kepada kémungkaran kerajaan Bani Umaiyah.

Bersambung pada siri yang kelima

Ammar Yasir
ammar_jadid@yahoo.com - 08.03.2005 ( marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Siri-siri terdahulu: Pertama - Kedua - Ketiga


Hantar artikel ini kpd sahabat: