MalaysiaKini
Keadilan Kecam MAS Kerana Taja Kelab Lumba Kuda
Makluman awal
di M@RHAEN kiriman Raja Petra 29.09.2003: Malaysia Boleh!: MAS Taja Kelab Joki Lumba Kuda Australia? 
(klik untuk melihat laman web sebenar)



Pemuda Keadilan mengecam tindakan Penerbangan Malaysia (MAS) yang menjadi penaja kepada sebuah kelab lumba kuda di Australia - South Australian Jockey Club (SAJC). (Angkatan Muda Reformasi: MAS Harus Jelaskan Taja Kelab Pelumba Kuda)

"Sebagai sebuah syarikat yang pernah diselamatkan dengan menggunakan wang rakyat, MAS seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan perbelanjaannya. Tetapi ini sebaliknya," kata ketua penerangannya, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut beliau, pada Disember 2000 lalu, kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu.

"Sejumlah wang yang besar digunakan untuk membeli saham milik Tan Sri Tajuddin Ramli dalam MAS.

"Tajuddin yang merupakan pengerusi MAS ketika itu, menjualnya pada harga RM8 sesaham bagi 223 juta unit saham miliknya dalam syarikat penerbangan yang dibebani timbunan hutang itu, setelah kerajaan Malaysia bersetuju untuk membelinya," tambahnya..

Harga itu, katanya, lebih sekali ganda tingginya daripada harga saham MAS ketika ditutup pada harga RM3.62 sesaham pada petang 20 Disember lalu.

"Ini bererti, Tajuddin akan memperolehi RM1.79 bilion daripada hasil jual-beli tersebut," tambahnya.

Menurut Badrul lagi, walaupun tindakan itu dianggap sebagai satu usaha "menyelamatkan" Tajudian, tetapi kerajaan, melalui Kementerian Kewangan ketika itu, menafikannya, dengan mengatakan "ia merupakan usaha menyelamatkan syarikat penerbangan negara".

Wang rakyat

Sebagai sebuah syarikat yang pernah diselamatkan, Badrul Hisham mengecam tindakan MAS menggunakan wang rakyat untuk membiayai kelab lumba kuda di Australia itu.

"Pemuda Keadilan telah mengesan jutaan wang negara telah mengalir keluar melalui tajaan MAS untuk kelab lumba kuda itu," tegasnya.

Tegasnya lagi, maklumat mengenai tajaan MAS itu boleh didapati melalui laman web milik kelab tersebut di mana MAS disenaraikan sebagai salah satu daripada empat penaja kumpulan satu.

"Pemuda Keadilan memandang serius perkara ini kerana jutaan wang negara telah mengalir keluar dengan cara tidak berfaedah.

"Menteri Kewangan juga seharusnya bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara ini, selepas wang rakyat digunakan untuk menyelamat syarikat berkenaan walaupun ditentang oleh rakyat," tambahnya..

MAS, tegas beliau, sememangnya sebuah syarikat yang banyak menimbulkan kontroversi berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam MASKargo dan MAS Catering.

"Menteri Kewangan dan MAS sendiri perlu tampil untuk menjelaskan pembaziran wang rakyat ini," tegasnya.

Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA
(pejuangan menuntut reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil) - 04.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!