Hishammuddin Dengan Akalnya Yang Dangkal


Kita mesti berani bersuara kata Pesuruhjaya SUHAKAM

Prof Hamdan Adnan, ketika mengulas sikap ketidakmatangan Pemuda UMNO berkata, kita harus berani bersuara sungguhpun beliau sedar kontrak beliau akan berakhir sedikit masa lagi. Tindakan Hamdan Adnan membidas Dato Hishammuddin Tun Hussien memungkinkan kontrak beliau dengan SUHAKAM tidak akan dilanjutkan lagi, demikian menurut pemerhati yang meneliti senario kritikan antara Dato Hishammuddin dengan Pesuruhjaya SUHAKAM tersebut.

SUHAKAM tidak memihak kepada sesiapa dan anggotanya bertanggung jawab memastikan hak asasi manusia di Malaysia terbela. Prof Hamdan Adnan berkata, beliau percaya sekiranya UMNO berada di pihak pembangkang semestinya mereka juga akan menuntut agar rapat umum di benarkan.

Pembangkang yang kini di hadkan kepada media kecil risalah parti, hanya mempunyai ceramah umum untuk menyampai mesej dan manifesto mereka. Semua media adalah di bawah sekatan kerajaan dan ini memang jelas dan tidak dapat di nafikan. Barisan Nasional secara terang terang mengakui bahawa media RTM dan lain lain media elektronik dan cetakan tertakluk di bawah lesen yang di keluarkan oleh kerajaan Barisan Nasional dan tempat untuk pembangkang menyampaikan mesej adalah terbatas.

Prof Hamdan Adnan dalam membalas kritikan Dato Hisham tetap menegaskan dan mendesak supaya pergerakan tersebut bersikap lebih terbuka dan matang. Tuduhan SUHAKAM menyebelahi pembangkang tidak timbul kerana SUHAKAM hanya menyebelahi HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA.

Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA
(pejuangan menuntut reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil) - 05.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!