MAYBANK DIMINTA LEBIH PRIHATIN


KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN NASIONAL

9 OKTOBER 2003

Pada 28 September 2003 Maybank telah menyerahkan pengurusan sistem maklumatnya kepada sebuah syarikat asing Comp. Sciences Corp. (CSC). Sehubungan dengan itu institusi perbankan ini telah memberhentikan 290 kakitangannya di bahagian “Infrastructure Services Department Group IT Division ”  bermula 13 Oktober 2003.

Walaupun kesemua kakitangan Maybank yang diberhentikan itu telah dan akan diserapkan bekerja dengan syarikat CSC dengan melakukan tugas rutin mereka tetapi secara teknikalnya Maybank telah memberhentikan pekerja tersebut.

Mengikut akta buruh pekerja yang diberhentikan layak untuk menerima pampasan ganti rugi lebih – lebih lagi dalam kes ini ada melibatkan pekerja yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun bersama Maybank. Perpindahan mereka kedalam syarikat baru itu telah menghilangkan ‘seniority’ dan kemudahan-kemudahan yang mereka persetujui bersama dengan Maybank.

Pekerja hanya diberi 12 hari dari 30 Ogos 2003 untuk menyatakan persetujuan untuk berpindah majikan dari Maybank ke CSC. Pekerja yang diberhentikan ini terpaksa mendatangai surat ini kerana takut akan kehilangan terus sumber sara hidup. Tindakkan ini dilihat sebagai usaha lepas tangan dan Maybank mengambil kesempatan kerana kumpulan pekerja ini merupakan kumpulan pekerja yang tergolong dalam mereka yang tidak boleh menubuhkan persatuan.

Pekerja yang terlibat telah mengadakan siri demonstrasi membantah tindakkan zalim majikan mereka. Siri demonstrasi yang dipercayai akan berlansung selama seminggu ini diadakan pada 1 tengahari dan 5.30 petang di hadapan Menara Maybank, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. (sepanjang minggu ini  ). Mungkin kerana tekanan tersebut pekerja tersebut juga turut menerima panggilan ugutan untuk memberhentikan tentangan mereka untuk menuntut keadilan. Satu laporan polis juga telah dibuat oleh pihak pekerja. Ini sesuatu yang amat serius !

Angkatan Muda Malaysia dengan ini menyeru supaya Maybank sebagai sebuah syarikat kewangan yang besar dinegara ini supaya tidak hanya mementingkan keuntungan tetapi perlu bertindak lebih jujur dan berperi kemanusiaan dalam perkara ini.  Kami mendesak agar Maybank membayar pampasan yang munasabah kepada pekerja yang terbabit dan pihak pengurusan Maybank juga perlu tampil segera untuk bertemu dengan pekerja terbabit dengan memberikan penjelasan dan bersedia mendengar masalah pekerja  terbabit  berikutan perpindahan majikan mereka.

Kementerian Sumber Manusi Malaysia juga harus memandang serius mengenai nasib pekerja tersebut.  Angkatan Muda Malaysia dengan ini juga menyatakan sokongan dan keperhatinan tinggi kami dengan nasib pekerja terbabit.

Dalam perkembangan yang sama Bank Negara juga seharusnya tampil untuk meberikan penjelasan atau bertindak kerana mengikut Banking & Financial Institutions Act, 1989 (BAFIA) tidak membenarkan mana – mana pihak ketiga untuk menguruskan atau mendapat akses terus maklumat pelanggan sesebuah institusi kewangan tetapi dalam kes ini Maybank secara terus terang telah menyerahkan hampir keseluruhan system maklumatnya ke sebuah syarikat lain. Tindakkan ini telah menyebabkan maklumat pelanggan yang sepatutnya sulit. Maybank harus memperjelaskan perkara ini atau akan dilebal sebagai sebuah institusi kewangan yang tidak bertanggunjawab dan menipu pelanggannya. Institusi kewangan ini tidak dapat lagi menjamin keselamatan maklumat pelanggannya.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@freeanwar.com
Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA
(pejuangan menuntut reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil) - 09.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!