Belanjawan BA
Garis Kemiskinan Baru Lebih Realistik


Strategi belanjawan yang disediakan oleh Barisan Alternatif (BA) menetapkan garis kemiskinan baru sebanyak RM1250 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM1450 sebulan bagi Sarawak dan RM1700 sebulan bagi Sabah.

Dengan itu, setiap rakyat (isi rumah) yang berpendapatan di bawah jumlah tersebut layak mendapat segala bantuan yang disediakan oleh kerajaan seperti persekolahan dan perubatan.

Presiden keADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang membentangkan belanjawan tersebut di Parlimen 10 September lalu berkata, garis kemiskinan tersebut adalah lebih tinggi daripada garis kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)

Belanjawan BN katanya masih menetapkan garis kemiskinan pada kadar RM510 sebulan bagi isi rumah di Semenajung, RM584 di Sarawak dan RM685 bagi Sabah.

Katanya, angka-angka yang rendah itu (RM510, RM584, RM685) terus digunakan walaupun kerajaan sedar pendapatan sehingga RM3500 sebulan sekalipun, hanya membolehkan sebuah keluarga menyediakan 'kemudahan asas semasa' untuk hidup sahaja.

"Garis kemiskinan yang rendah ini juga memberi gambaran seolah-olah tahap kemiskinan negara tidak serius.

ôKita diberi gambaran bahawa mereka yang berpendapatan melebihi RM510 sudah dianggap mampu memenuhi keperluan asas walhal dalam realiti kehidupan moden ini, pendapatan sebanyak itu adalah terlalu rendah," jelasnya.

Sehubungan itu katanya, sebagai satu gabungan parti politik yang perihatin terhadap nasib rakyat, BA telah membuat satu kajian terperinci terhadap perbelanjaan isi rumah bagi penduduk bandar dan penduduk yang tinggal di luar bandar.

Hasil kajian itu katanya, BA mendapati satu keluarga seramai lima orang di bandar memerlukan RM3050 sebulan dan RM2250 sebulan bagi keluarga lima orang yang tinggal di desa atau pekan untuk menyara keperluan hidup asasi moden.

"Keperluan kewangan ini meliputi keperluan rumah yang sederhana, kenderaan mampu beli, belanja makan, bayaran bil elektrik dan telefon, bayaran pendidikan anak-anak, rawatan pesakit luar dan sedikit rekreasi keluarga.

"Ia hanyalah keperluan asas mengikut taraf hidup masa kini dan tidak termasuk bayaran untuk rawatan perubatan swasta, kemasukan wad di hospital, penggunaan hawa dingin, menjamu keluarga di restoran, bayaran kelas tuisyen dan penyelenggaraan kereta.

Urutan dari itu katanya, melalui belanjawan ini, BA meletakkan sasaran untuk menstruktur semula kehidupan rakyat dengan matlamat supaya rakyat dapat memenuhi dan menikmati keperluan asas zaman moden.

Justeru itu juga kata Wan Azizah, sesuai dengan garis kemiskinan yang baru itu, serta komitmen untuk menstruktur semula kehidupan rakyat, BA turut mencadangkan gaji minimun bagi semua sektor awam dan swasta ialah RM1250 sebulan dengan pelaksanaannya secara berperingkat dalam tempoh dua tahun.

Strategi belanjawan BA setebal 25 muka surat yang dibentangkan hampir dua jam oleh Wan Azizah itu turut menyentuh pelbagai aspek yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi serta bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA MALAYSIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
chegubard@freeanwar.com
Kiriman: ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA - 20.10.2003
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!