Aktiviti-aktiviti BA di sana-sini

Perbicaraan Rayuan Kes Akta Rahsia Rasmi Kerajaan
Kerajaan Malaysia vs Ezam Md Nor
30 Oktober 2003 - 9.00 pagi
( rayuan kerana Ezam dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Seksyen kerana memiliki dan mendedahkan dokumen rasmi kerajaan yang mempunyai bukti rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Tamby Chik)

Laporan Polis Rasuah, salah laku dan salahguna kuasa Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri Malaysia) 
oleh Pemuda BA dan pimpinan NGO Malaysia

31 Oktober 2003 / 5.00 petang
Balai Polis Campbell, Kuala Lumpur ( sebelah pertama complex )
( lebih dari 15 laporan polis akan dibuat serentak seluruh negara mendedahkan salahguna kuasa bekas PM - Dr. Mahathir. Sila hubungi ketua pemuda negeri untuk mengetahui tempat laporan di negeri masing-masing)

Edar risalah bersama pemimpin pemuda BA (Ezam dan Sallehuddin Ayub)
1 November 2003 - 5.00 petang
di mulakan di Pertama Complex, Kuala Lumpur
( risalah mengenai salah laku jenayah bekas PM Malaysia dan tuntutan rakyat terhadap Paklah Badwi yang perlu diselesaikan dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahannya. pengedaran risalah juga dilakukan serentak di beberapa tempat sekitar Lembah Kelang)

Biro Penerangan Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat dengan kerjasama Angkatan Muda Selangor akan menganjurkan satu kursus ke arah mengembalikan penguasaan penyebaran maklumat, seperti berikut ;

BENGKEL MEMBINA WEBSITE CARA MUDAH DAN PERANG SIBER
Tarikh : 2 Nov 2003 ( ahad )
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Jalan Kelang Lama, K.Lumpur
Yuran : RM 15 (mewakili pertubuhan) RM 20 (peserta individu)

Diakhir bengkel ini peserta akan dipastikan mampu membina website mereka sendiri, bersesuaian dengan salah satu matlamat satu bahagian satu laman web menjelang pilihanraya akan datang. Buku panduan khas juga akan dibekalkan sebagai ringkasan panduan rujukan untuk melahirkan seorang webmaster.

Bengkel ini terbuka bukan sahaja kepada ahli angkatan muda tetapi terbuka kepada semua pendokong dan penyokong BA / Reformasi. Kepada yang berminat boleh menghubungi angkatan muda selangor atau terus menghubungi pengerusi biro penerangan angkatan muda, Badrul Hisham (0163242564 / chegubard@freeanwar.com).

Sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini amat diharapkan. Setakat ini penganjur telah menerima banyak email yang menempah tempat untuk bengkel tersebut.

Bagi yang berminat boleh menghantar tempahan tempat dengan menghantar maklumat peribadi seperti nama, alamat, pekerjaan, pertubuhan/ bahagian, no. k/p dan no telefon untuk dihubungi. Hantarkan ke alamat email chegubard@freeanwar.com. Siri bengkel seperti ini akan dibuat di seluruh negara.

ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA
(pejuangan menuntut reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil)
Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti 0163242564 - Badrul  - 28.10.2003
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!