Konsep Penantian Imam Mahdi

Oleh: Arif Mufaz  <arifmufaz@yahoo.com>

Persoalan penantian (baca: Intizhar) dan kepercayaan kepada Imam Zaman yang akan memimpin revolusi terakhir telah dipandang dengan pandangan yang berbeza oleh pelbagai pemikiran agama dan ideologi.Intelektual-intelektual aitheis mengatakan bahawa kepercayaan kepada Imam Mahdi dan konsep penantiannya adalah satu perkara yang tidak dapat diterima akal, satu pemikiran kolot yang mengarah kepada keruntuhan sosial. Bahkan mereka mengatakan secara saintifik tidak mungkin manusia biasa dapat memiliki jangka hidup yang panjang sehingga 1000, 3000 tahun atau lebih.

Mereka berhujah bahawa fenomena ini bertentangan hukum biologi, fisiologi, logik saintifik dan alam. Jauh daripada itu mereka telah menambah konsep kepercayaan kepada Imam Mahdi turut bercanggah dengan kemajuan dan tanggungjawab kerana sebarang perubahan yang hendak di laksanakan bukannya pada tangan manusia tetapi oleh perkara wujud yang muncul di masa akan datang bagi menyelamatkan manusia dari kerosakan dan kesesatan. Ini secara ringkasnya menunjukan ketidakmampuan manusia untuk menentukan nasibnya, sebaliknya kita terpaksa menanti kepada seorang yang diutus oleh Allah untuk melakukkan sesuatu demi kepentingan kita.

Kritikan ini telah tersebar khususnya di Eropah dalam mengecam orang-orang Yahudi yang menanti kedatangan Al-Masih. Banyak novel dan cerita-cerita telah mengungkapkan tema ini. Ada di antaranya sangat melucukan dan semacam tidak sopan. Satu kisah menarik untuk dipaparkan islah mengenai kisah Rabbi yang menegur isterinya yang banyak melakukan kesalahan dan maksiat.Wanita ini adalah seorang yang sesuka hati berbuat kesalahan dan maksiat.Si Rabbi ini mengetahui akan perkara ini dan menegur isterinya secara tegas.Lalu dijawab oleh isterinya “Bukankah kamu sedang menanti ? Bukankah kamu menginginkan Al masih dan penyelamat bangsa Yahudi untuk muncul sesegera yang mungkin? Dan bukankah kamu yang mengatakan, Dia akan muncul ketika kerosakan dan maksiat melata di seluruh bumi? Baiklah saya akan cuba dalam hal ini dan membantu mengurangi masa penantianmu. Kamu berdoa saja agar Tuhan mempercepatkan kemunculanya, tetapi saya akan terus melakukan kerosakan (dosa) dan maksiat. Ini kerana Si Penyelamat akan muncul hanya ketika kerosakan telah berkembang di merata-rata tempat, maka sesiapa sahaja yang berusaha melakukan kerosakan bererti ianya telah membantu mempercepatkan kemunculan Al-Masih.

Kisah semacam ini telah menjadi satu alasan untuk membenarkan korupsi dan kerosakan dan memandang perkara ini adalah sesuatu yang normal. Ini bermakna mereka menggunakan alasan ini untuk membebaskan diri dari tanggungjawab dan seterusnya menolak untuk terlibat dalam arus massa. Dengan erti kata lain , kepercayaan ini merupakan sebaik-baik dalih bagi para pengikutnya untuk mempertahankan status quo dan untuk melepaskan diri dari tanggungjawab sosial.

Golongan ini memandang perbahasan mengenai perkara ini sebagai tidak saintifik dan anti sosial yang akhirnya meraka mempercayai bahawa perbahasan terhadap persoalan ini akan merosakakan permikiran dan masyarakat. Lebih jauh lagi golongan ini percaya bahawa seseorang intelektual yang sedar dan prihatin terhaap ketidakadilan dan kebebasan, tidak sewajarnya membahas perkara ini malahan berusaha untuk memerangi fahaman ataupun konsep “revolusi akhir” ini. Sebagai tambahan, mereka merasakan adalah satu tanggungjawab dan tugas untuk mengalih keyakinan terhadap Al-Mahdi kepada satu revolusi sosial mereka sendiri.
----------------------------------------
Arif Mufaz merupakan mahasiswa tahun akhir IPTA yang terpengaruh dengan cita-cita revolusi Islam.Karya-karya beliau kerap disiarkan di http://www.ummahonline.cjb.net - 18.07.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!