Sebagai tanda patriotik kami...

Institut Pemikiran Islam Dr Mahathir?
Sebelum nak menubuhkan
Institut Pemikiran Islam Dr Mahathir cuba baca petikan ucapanya mengenai hukum Islam. Ini adalah ucapan orang yang  MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH (Yukazibu biayatil lah). Kalau nak mengampu pun biarlah bertempat.

Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-humum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua-ketua Umno bahagian Johor:
Saya nak tahu siapakan di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah:
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

Dr. Mahathir Mohamad, dalam temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992:
Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan:
Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno:
Saya ingin memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Kiriman Anjang Awang - 06.09.2003

Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!