APABILA RAKYAT MULA MEMBENCI (2)
Oleh: Marhaintua

Benarkah Malaysia Aman dan Damai?

Dalam ucapan menyambut Hari Raya Puasa, Mahathir (sKT), telah berkali-kali menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai. Pada waktu yang sama dia menyebut adanya kumpulan cauvinis dan militan yang mahu membuat kacau dan menggulingkan kerajaan. Kerana itu dia tidak teragak-agak menggunakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) untuk menyumbat mereka ke dalam penjara. 

Alangkah pelik perkara ini, apabila Mahathir (sKT) yang menyebut Malaysia sebuah negara yang aman dan damai. Bukankah pada Mei 1969 dulu, Mahathir (sKT) yang mencetuskan huru-hara perkauman dengan menuduh Tunku Abdul Rahman Putra sebagai terlalu memanjakan orang-orang Cina? Bukankah surat kutukan beliau yang diedarkan merata negara menjadi perangsang kepada orang Melayu merusuh terhadap musuh dan momokan yang sengaja diada-adakan? 

Mahathir (sKT) sebenarnya sudah tertekan. Dia menyebut negara ini harmonis, aman dan damai setelah Amerika menyenaraikan Malaysia sebagai sebuah negara berbahaya dengan pengganas (terroris) yang mesti dielakkan oleh pelancong daripada Amerika. Dia juga menjadi tertekan apabila Perdana Menteri Australia menyatakan kesediaan melancarkan ‘preemptive strike’ (menggasak dulu, tanya kemudian) setiap wilayah asing yang dianggap mendatangkan bahaya kepada Australia. 

Tetapi Amerika dan Australia berani menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang dipenuhi pengganas kerana ia mempunyai kaitan dengan peperangan barat mengganyang agama Islam. Rakyat negara ini masih ingat lagi apakah yang Mahathir (sKT) pernah sebut di New York mengenai orang Melayu yang dikatakannya fanatik Islam? “Masih ada orang Melayu yang beragama Islam yang sungguh fanatik sehingga mencampakkan TV dan radio ke sungai.” Alangkah besarnya pembohongan Mahathir (sKT) ketika itu. Yang lebih menyedihkan dia mentohmah bangsa ibunya sendiri!!!! 

Seolah-olah tidak mencukupi kejijikan itu, dia telah merancang Episod Al-Maunah yang dikatakannya mahu menggulingkan kerajaan. Tetapi apakah mampu sepasukan askar upahan menggulingkan kerajaan Melayu di negara ini? Orang Melayu tentu masih ingat betapa Mahathir dan Rahim Nor (KPN yang membelasah mata Anwar Ibrahim semasa tangan beliau diikat di bahagian belakangnya) mengharamkan Al-Arqam kerana menuduh pertubuhan itu mahu menggulingkan kerajaan yang sah di negara ini. Pelbagai dakyah dan penipuan besar dibuat untuk memburukkan Al-Arqam dengan menyatakan kewujudan satu kem latihan tentera untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Ternyata, semua itu satu pembohongan sahaja, kerana Al-Arqam tidak pernah mempunyai kem latihan seperti itu, apalagi mahu menggulingkan kerajaan. 

Rentetan Episod 911

Al-Arqam dan Al-Maunah diharamkan dan dihapuskan dengan tuduhan bahawa inilah pertubuhan yang mahu menggulingkan kerajaan dengan cara rampasan kuasa. Tetapi sejurus meledak peristiwa 911 yang menghancurkan Menara Kembar Pusat Dagangan Dunia di New York, Mahathir (sKT) dan polis upahannya merancang ketidak-stabilan masyarakat Melayu dengan menggunakan ISA untuk menangkap sekumpulan pendidik dan profesional Melayu dan menuduh mereka sebagai anggota “Kumpulan Militan Malaysia” Tidak ada bukti mereka yang ditangkap ini memiliki senjata api ataupun sebarang senjata untuk melaksanakan huru-hara. Cuma, mereka ini tidak merupakan anggota UMNO. 

Agama Islam digunakan oleh Mahathir (sKT) sepenuhnya untuk memporak-perandakan masyarakat Melayu sehingga dia sanggup mentohmah adanya orang Melayu yang beragama Islam yang sanggup militan untuk menggulingkan kerajaan. Untuk menguatkan hujah, dia menuduh mereka menerima latihan ketenteraan di Afghanistan dan Pakistan. Di sana dia mendakwa “kelompok ini belajar membuat bom dan menggunakan senjata api untuk cetuskan huru-hara.” Soalnya sekarang apakah bukti beliau berkata begitu? Kalau setakat membuat bom, tak payah sesiapa pergi ke Afghanistan dan Pakistan. Buka internet dan belajarlah bagaimana Vietcong buat bom dengan menggunakan baja dalam buluh. Lagipun, setiap tahun ada seramai 5,000 askar Malaysia terutamanya orang Melayu yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia. Ramai yang pakar menggunakan senjata, dan ramai yang tahu bagaimana menggulingkan kerajaan. Kalau mereka mahu gulingkan kerajaan, sudah lama kerajaan Mahathir tumbang. 

Mahathir (sKT) Termakan Dakyah Lee Kuan Yew 

Tuduhan bahawa adanya kumpulan Islamiyah yang mahu cetuskan huru-hara di negara ini adalah satu mainan politik yang dirancang oleh Israel dan Amerika di negara ini dengan sokongan kuat Lee Kuan Yew yang mahu menggunakan isu yang sama di Singapura. Lee Kuan Yew telah ditemuramah oleh Far Eastern Economic Review terbitan 12 Disember, 2002 akan perkara ini. Lee Kuan Yew berpendapat bahawa kemunculan militan tempatan berkembang gara-gara kemunculan masjid dan madrasah yang dibiayai oleh Arab Saudi. Lee Kuan Yew berpendapat bahawa Al-Qaeda telah mengambil beberapa kader (cadre) di kalangan calon yang sesuai untuk meneruskan perjuangan jihad mereka. Lee Kuan Yew mengatakan ketua kumpulan militan di Singapura ialah seorang yang dilatih oleh Abu Bakar Basyir di Malaysia. 

Lee Kuan Yew meramalkan: “bahawa usaha menyatukan orang Melayu Singapura akan menjadi lebih sukar apabila masyarakat Melayu semakin selesa mendekati masjid dan surau. Ini akan merumitkan proses integrasi di Singapura. Sel-sel yang berasingan di Singapura, Filipina, Malaysia dan Indonesia adalah bertujuan mewujudkan satu gagasan Islam di bawah Daulah Islamiyah”. Beliau menambah betapa pemimpin kumpulan ini seperti Abu Bakar Basyir dan Hambali adalah pemimpin Jemaah Islamiyah yang berbahaya. 

Kita boleh perhatikan perjalanan fikiran Lee Kuan Yew dilaungkan oleh Mahathir (sKT). Adakah Lee Kuan Yew menyebut berapa ramai orang Melayu yang sudah menganut agama Kristian di Singapura? Adakah Lee Kuan Yew menyebut perihal muslihat memasukkan hormon kemandulan dalam ‘burger’ di satu rangkaian makan segera di Singapura satu ketika dahulu? Mujur ada seorang ulama yang mendapat alamat akan kejijikan itu dan memberikan nasihat agar orang Islam menjauhi rangkaian tersebut. Apa jadinya? Oleh kerana pihak pengurusan tidak mengetahui perkara ini, daging burger itu disalurkan ke saluran (outlet) lain untuk dijual kepada bukan-Melayu. Kesannya kaum yang memakan burger itu kini menghadapi masalah pembiakan bangsanya. Bagaimana pula dengan muslihat Lee Kuan Yew datang ke Kuala Lumpur setiap kali ada pasukan tentera laut AS yang mendarat di Pelabuhan Kelang? Bukankah itu ada kena mengena dengan pilihan gereja di mana pasukan askar itu memberikan khidmat kerja kebajikan mereka? Bagaimana pula dengan penubuhan Persatuan Melayu Kristian Singapura dan peranan mereka mempengaruhi orang Melayu di Lembah Kelang untuk menganut agama Kristian? 

Telatah Lee Kuan Yew adalah bertujuan mempengaruhi minda rantau ini bahawa apa yang dikatakan Al-Qaeda di Asia Tenggara adalah satu momokan yang sengaja dibikin oleh Amerika-Israel-Freemason yang menggunakan khidmat Lee Kuan Yew dan Mahathir (sKT). (Ingat! Mathew Choong, Penasihat Hal Ehwal Cina di pejabat Mahathir (sKT) ialah seorang anggota Freemason!!!) Usaha jijik ini semakin menyerlah dengan kemunculan semula kawan baik Mahathir-Lee Kuan Yew di Rumah Putih, yang bernama Henry Kissinger. Inilah ahli Freemason yang terunggul di dunia yang pernah menjadi Ketua Setiausaha Negara Amerika di zaman pemerintahan Richard Nixon. Pada waktu itu bapa Presiden Bush sekarang ini ialah ketua CIA, yang mengikut arahan Henry Kissinger. 

Masyarakat Melayu mesti ingat bahawa Mahathir (sKT) pernah mengusahakan kemasukan Proton Saga untuk dipasarkan di Amerika Syarikat dengan bantuan Henry Kissinger. Saya pernah menceritakan hal ini di mana Kissinger telah mencadangkan agar Mahathir (sKT) menyerahkan agensi pemasaran kepada seorang proksi beliau yang bernama A. Pryor. Usaha itu kantul dengan Proton menanggung banyak kerugian. Siapakah yang menanggung kerugian itu kalau bukan rakyat Malaysia dengan cara membeli kereta buatan Jepun yang dipasang-siap di Malaysia dengan harga yang hampir dua kali ganda? 

Lee Kuan Yew memang merupakan bapa kemerdekaan Singapura moden. Tetapi, Singapura maju ke hadapan kerana kehaprakan kerajaan negara Melayu dan Indonesia. Bayangkan apabila Malaysia yang mempunyai segala sumber hasil buminya masih bergantung kepada Singapura untuk memasarkan segala eksportnya? Lihat sahaja harga air yang Malaysia bekalkan kepada Singapura. Berapakah harganya setiap satu ribu gelen? Sekitar dua sen ataupun dua puluh sen? Sebagai bandingan berapakah harga satu ribu gelen (1,000 gelen) air yang dibeli oleh Hong Kong daripada tanah besar China? Sekitar dua puluh ringgit setiap satu ribu gelen bukan? 

Oleh kerana Mahathir (sKT) terpaksa akur kepada sepak terajang politik Lee Kuan Yew dan Singapura, dia dan UMNO terpaksa terus berbohong untuk terus bernafas. Mahathir (sKT) dan Daim Zainuddin yang kini direhatkan selagi Mahathir belum bersara daripada memimpin UMNO, mempunyai banyak rahsia besar bagaimana mereka menyelewengkan khazanah negara kepada kerajaan Lee Kuan Yew. Orang Melayu khususnya mahu tahu apa jadinya dengan tanah KTM (Keretapi Tanah Melayu) daripada Tanjung Pagar ke Woodlands? Apa jadinya dengan segala tanah yang menempatkan pegawai dan pekerja kereta api dulu? Akan tetapi, contoh yang paling baik ialah masalah bekalan air daripada Johor ke Singapura. Kenapakah tidak diambil kira harga air yang dijual oleh China kepada Hong Kong? Ataupun yang dibeli oleh negara lain daripada negara jiran mereka? Kalau Singapura dikenakan tarif cukai air sama harga dengan apa yang dikenakan oleh China kepada Hong Kong, sekali gus bekalan air kepada kapal laut di pelabuhan Singapura akan naik seratus kali ganda membuatkan hampir semua kapal besar asing menyingkirkan pelabuhan Singapura daripada agenda mereka. Kenapakah perkara ini tidak difikirkan sejak dua puluh tahun dulu lagi? 

Mahathir (sKT) sibuk merata dunia mengenai penubuhan Putrajaya dan Cyberjaya. Tetapi, dia tidak pernah terfikir kenapakah kita tidak memproses air minum sendiri di Johor. Kenapakah kita sanggup menjual air mentah ke Singapura dan membeli balik air yang sudah diproses untuk kegunaan rakyat Johor? Apakah kerja-kerja memproses air minum itu satu teknologi tinggi yang menantikan penyudahan Cyberjaya untuk mengetahui tekniknya? Jawapan yang sebenar terletak kepada urusan ‘dalaman’ antara Lee Kuan Yew-Mahathir(sKT)-Daim yang melibatkan entah berapa juta wang ringgit Malaysia yang tersimpan di sesuatu tempat. 

Begitu juga dengan penambakan Selat Teberau yang menyulitkan kemasukan kapal untuk berulang-alik ke markas latihan tentera (PULAREK) sebelah kita. Bagaimanakah Singapura dibenarkan meneruskan kerja menambak laut itu sedangkan di hadapannya adalah pusat latihan tentera Malaysia. Manakah segala panglima angkatan tentera Malaysia yang dikatakan cekap dan amanah? 

Mahathir (sKT) dan juga pemimpin UMNO tentu sudah lama sedar bahawa sebahagian besar komando angkatan tentera Singapura adalah terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai pertalian darah dengan warga Malaysia. Ada anak muda itu yang sebenarnya memegang kerakyatan Malaysia. Lee Kuan Yew mengasaskan teknik ini sedangkan anak-anak Melayu kelahiran Singapura dianggap sebagai warga kelas dua di tanah tumpah darah mereka. Anak Melayu Singapura tidak diberi tempat dalam angkatan bersenjata Singapura kerana Lee Kuan Yew tidak mempercayai mereka. Satu ketika dulu jawatan Presiden Singapura pernah juga dijamah oleh orang Melayu Singapura, kini jawatan itu sudah ternyata satu impian sahaja. Oleh sebab fenomena begini makanya ramai anak-anak muda Melayu yang menganut agama Kristian dan berkahwin dengan orang luar sebelum mereka berhijrah ke Australia, New Zealand, Kanada dan beberapa negara barat. Mereka yang mempunyai asas agama Islam sanggup berhijrah ke tanah Arab dan merempat di sana untuk membesarkan keluarga mereka. 

Apabila timbul masalah ugut-mengugut antara Singapura dan Malaysia Mahathir (sKT) pun menyibuk berbelanja lebih dua billion ringgit untuk melengkapkan tentera udara Malaysia. Tetapi, di Singapura sudah ada satu pasukan ‘drone’ pesawat angkasa kawalan jarak jauh (remote) yang ditempatkan oleh Amerika-Israel. Setiap drone ini hanya berharga satu juta dollar. Kenapakah Malaysia tidak mengusahakan drone ini tetapi memilih pesawat yang terlalu mahal harganya? Jawapannya ialah Mahathir (sKT) lebih berminat berbelanja untuk memasukkan sebahagian wang dalam koceknya. 

Kalau Malaysia boleh membuat pesawat menggunakan komposit yang dibeli daripada syarikat Australia, tentu Malaysia mampu membuat drone sendiri. Hanya perlu beli kelengkapan senjata untuk menjadi kelengkapan perangnya. Sekitar satu ratus juta ringgit sudah memadai untuk menyediakan beberapa kumpulan drone di sepanjang persisiran pantai negara ini. Kenapa Mahahtir tidak fikirkan perkara ini? Jawapannya kerana pembikinan drone tidak menguntungkan Mahathir dan suku-sakatnya. 

Akan tetapi kalau pesawat jenis ‘drone’ dijadikan satu industri ia boleh digunakan juga sebagai penabur baja di ladang-ladang. Syarikat yang paling terkenal dengan industri ini ialah Yamaha, kerana ia menggunakan enjin yang sama dengan kuasa motosikal. Harga sesuatu pesawat drone ‘Yamaha’ untuk menabur baja baru berharga USD250,000 sahaja. Kalau jenis yang digunakannya untuk memantau gunung berapi yang sedang meledak, harganya memang mencecah satu juta dollar. Bayangkan kalau Mahathir memilih industri ini, alangkah ringan bebanan para petani di sawah dan peladang yang menanam kelapa sawit, getah dan koko. Tetapi Mahathir tidak berminat dengan projek seperti ini, kerana pulangan untuk membalunnya terlalu ‘kecil’. Sepatutnya inilah projek yang diutamakan supaya pihak polis boleh memantau kenderaan dan lalu lintas di seluruh Malaysia menggunakan kamera yang dipasang pada drone tersebut. Tidak perlu pakai helikopter yang mahal-mahal. 

Mahathir (sKT) Menghina Melayu Untuk Menunjukkan Kuasa 

Setiap kali Mahathir (sKT) berdepan dengan masyarakat Melayu secara formal dia akan menggunakan isu Melayu Tak Tahu Bersyukur dan Melayu yang Militan. Semua ini adalah satu muslihat besar untuk terus mencengkam kuasa dan mempengaruhi golongan Melayu yang banyak tidak tahu. Cuba fikirkan perkara ini baik-baik: 

a) Kenapakah Mahathir suka menghina Nabi Muhammad (saw)? 

Mahathir (sKT) amat suka menghina agama Islam kerana dia fikir dia dapat menguasai ajaran Islam hanya melalui akalnya sahaja. Kerana itu dia kata Nabi Junjungan kita tidak mencukur janggut kerana tidak ada ‘gillette’ Dia terlupa semasa dia muda, jambangnya adalah sama panjangnya dengan jambang beberapa presiden Amerika dalam tahun 1800-an dulu. Abraham Lincoln mempunyai janggut dan jambang yang panjang, ketika itu ‘gillette’ sudah mengeluarkan pisau cukurnya. 

Teknologi pisau cukur adalah sambungan teknologi membuat pedang dan keris yang tajam. Zaman Arab jahiliah lagi sudah ada pedang panjang dan tajam. Jadi, apa muslihat sebenar Mahathir menghina Nabi Junjungan kita? 

Apabila Mahathir (sKT) menghina Nabi Junjungan kita, dia sebenarnya menghina orang Melayu, bangsa sekaum ibunya. Sekali gus, dia menghina keseluruhan rumpun Melayu di gugusan kepulauan Melayu. 

Satu ketika dulu, seorang penulis kelahiran India, Salman Rushdie telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh pemimpin Iran kerana menulis buku (The Satanic Verses) yang menghina agama Islam. Beberapa tahun kemudiannya hukuman yang sama telah dijatuhkan oleh majlis agama Islam Bangladesh ke atas seorang penulis wanita Bangladesh yang sempat lari ke negara barat dan kemudiannya menjadi penganut agama Kristian. Dosa yang dibuat oleh dua orang penulis ini adalah setimpal kalau tidak kurang sikit daripada yang dilakukan oleh Mahathir. Mereka itu menulis setakat mengeluarkan pendapat dan khayalan sahaja. Tetapi, apabila Mahathir mencemar Islam dengan kuasanya sebagai pemimpin terunggul sebuah negara Islam, dosanya adalah lebih berat lagi. Dia mampu dihukum mati kerana tanpa hukuman begitu dia mampu memburukkan agama Islam lebih dahsyat lagi. 

Malangnya, apabila Mahathir menghina Nabi Muhammad (saw) dalam persidangan tahunan UMNO, hampir dua ribu perwakilan UMNO ketawa terbahak-bahak sehinggakan ada yang bertepuk tangan kerana suka. 

Kira-kira dua minggu yang lalu berlaku huru-hara dan peperangan saudara di Nigeria gara-gara pertandingan ratu cantik Miss World. Umat Islam Nigeria bangkit selepas seorang wartawan menulis satu artikel yang menghina Nabi Junjungan kita. Dia menulis: “Seandainya Nabi Muhammad masih hidup, dia sudah pasti memilih salah seorang calon ratu cantik itu sebagai isteri barunya….” Sebelum kejadian ini, apakah Nigeria pernah dicop oleh negara barat sebagai sebuah negara sarang pengganas seperti Malaysia? 

Tulisan yang mencetuskan huru-hara itu dibuat dalam surat khabar. Tetapi setiap kali Mahathir menghina Nabi Mohammad (saw) ataupun menghina agama Islam, dia melakukannya di hadapan liputan akhbar dan TV. Adakah orang Islam bangkit merusuh dan mencetuskan huru-hara? (soal kenapa sebenarnya akan kita kupas satu hari nanti, insyaAllah). 

Soalnya sekarang, kenapakah setiap kali Mahathir (sKT) menuduh ada orang Melayu yang beragama Islam mahu membuat bom dan melontar bom api (molotov cocktail) orang Melayu di negara ini akur dan diam membisu? Kenapakah Mahathir masih bebas bersuara lantang menuduh puak tertentu sebagai menghasut dan mencemarkan agama Islam? Apabila Mahathir menuduh ada sekolah agama rakyat yang mengajar anak-anak kecil memijak gambarnya, kenapakah tidak ada puak pembangkang yang meminta bukti daripada beliau? Kenapakah tidak ada seorang pun pemimpin beragama Islam di pihak pembangkang yang berani mencabar beliau? Bukankah itu satu penghinaan kepada agama Islam dan martabat orang Melayu? Kenapakah Majlis Raja-raja tidak memberikan satu surat nasihat kepada Mahathir agar tidak menyentuh martabat Islam secara terbuka? Perbuatan menghina Nabi dan Agama Islam adalah satu perbuatan BIADAB dan KURANG AJAR. Perbuatan biadab dan kurang ajar tidak ada tempat dalam budaya Melayu. Tetapi, kenapakah Mahathir (sKT) bebas melakukan sesuka hatinya? Inilah yang saya sebutkan satu ketika dulu sebagai proses betapa orang Melayu sudah dirobotkan mindanya. (Siri KTLBELB 24 - Yang Tenggelam dan Yang Timbul)

Orang Melayu hari ini adalah laksana seekor gajah besar yang takut melepaskan dirinya daripada belenggu rantai kecil yang melengkar di kakinya. Inilah budaya gajah yang dirantai kakinya yang pernah saya tulis satu ketika dulu. 

Dua budaya ataupun fenomena ini yang telah menghambat orang Melayu sehinggakan mereka sudah tidak berani bersuara untuk mencabar Mahathir walaupun di saat-saat beliau akan terhumban keluar daripada kehidupan yang senang-lenang seperti yang dinikmatinya sekarang. 

Pada keseluruhannya orang Melayu tidak SEDAR bagaimana Mahathir (sKT) menghina mereka. Apabila Mahathir (sKT) menghentikan royalti kepada kerajaan PAS di Terengganu, orang Melayu diam membisu, sedangkan wang itu adalah pada asasnya untuk BANGSA MELAYU di Terengganu. Kalau orang Melayu Terengganu dapat maju dengan pentadbiran PAS Terengganu, limpahan nikmat mereka sudah tentu pergi kepada orang Melayu juga. 

Apabila TG Haji Hadi tidak diberikan visa oleh kerajaan China dan Mesir, seperti yang digembar-gemburkan dalam akhbar propaganda UMNO, perkara itu dibesar-besarkan oleh Hishammudin Hussein selaku Ketua Pemuda UMNO. Tetapi, kerajaan China dan Mesir bertindak atas nasihat kerajaan Malaysia. Kenapa orang Melayu diam membisu? Tetapi apabila Eric Chia diberikan pasport diplomatik untuk memasuki Amerika Syarikat, tidak ada seorang pun Melayu yang menyoal bagaimanakah Eric Chia boleh diberikan status diplomat Malaysia? 

Sekarang ini Mahathir sibuk bercakap mengenai kumpulan militan Islam yang mahu menggoncang negara yang merupakan negara Islam. Tetapi sedarkah orang Melayu bagaimana kumpulan LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam) mempunyai ibu pejabat serantau di Kenny Hill sejak lebih dua dekad yang lalu, tidak ada seorang pun pemimpin Melayu yang berdecit untuk mempersoalkan Mahathir (sKT) akan kelulusan itu. 

Apabila Samy Vellu mengulang-ulang apa yang tertulis di kain rentang di Port Dickson semasa diadakan pilihan raya kecil Teluk Kemang di mana perkataan beliau berupa soalan yang berbunyi: “Apakah Koran boleh bina jambatan?” orang UMNO Negeri Sembilan tersenyum sahaja. Sehinggalah saya menulis mengenainya di laman internet, barulah kain rentang itu diturunkan. 

Akan tetapi bagaimana dengan kisah lebih empat ribu pendatang daripada India dan Sri Lanka yang dibawa masuk untuk menjadi sami di kuil-kuil di Malaysia ini? Dulu ada seramai 4,500 sami kuil itu dan kini dikatakan sudah berkurangan menjadi setakat lima ratus sahaja. Apakah mereka tidak merupakan punca kenapa ramai pemuda India yang berlagak ganas dan degil sekarang ini? 

Bagaimana pula dengan pemuda Cina yang berkeliaran di Lembah Kelang, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Baru, Kelang, Melaka dan banyak bandar lagi yang tidak pandai berbahasa Melayu, sedangkan usia mereka masih muda? Mana datangnya mereka ini semua? Takkan semua daripada Sarawak dan Sabah? 

Satu ketika dahulu Peranchis dan Kanada menghadapi banyak masalah kemasukan pendatang Cina yang dikatakan mempunyai pasport yang sah. Rupanya surat perjalanan mereka itu telah dikeluarkan oleh kerajaan China dengan meniru segala surat perjalanan dan surat penduduk tetap di mana perlu. Apakah susahnya untuk China dan Sri Lanka ataupun India mengeluarkan surat perjalanan kepada rakyat mereka kalau semua itu adalah perisik yang terlatih? Apakah mereka itu tidak merbahaya seperti kumpulan militan yang disebut secara bohongan semata-mata? 

Mahathir (sKT) sengaja memburukkan bangsa Melayu dan Islam sebagai bahan penipuan agar orang Melayu sentiasa sibuk berbalah sesama sendiri. Dengan cara ini mereka akan melupakan bagaimana Mahathir (sKT) sudah menjahanamkan negara ini. Sebenarnya adalah lebih baik kalau Mahathir (sKT) mengundurkan dirinya pada akhir tahun ini dan tidak menunggu hingga akhir tahun hadapan. Adalah lebih baik kalau orang Melayu sama-sama bersatu semula sejurus Mahathir (sKT) melepaskan jawatannya. 

Kalau Mahathir undur, besar kemungkinannya semua balaci haprak yang dilantik sebagai senator dulu dan kemudiannya menjadi ahli kabinet beliau akan tersepak sama. Hampir semua mereka ini adalah petualang bangsa. Hampir semua mereka manusia yang tidak berguna, hanya pentingkan tembolok sendiri dan membawa kucar-kacir kepada orang Melayu.

-marhaintua
2 Syawal 1423/07.12.2002
Marhaintua@Hotmail.com
Suntingan Z-M@R


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!