ADIOS (berambus) Ketua Polis Daerah Kuala Langat!!!
Assalamualaikum wbt Tuan Editor,

 
Berlanjutan daripada artikel saya yang telah disiarkan di Laman M@RHAEN pada 07 Ogos lalu (Alahai, Lagi Kisah Anak Buah Raja Pasembor!) adalah dimaklumkan bahawa KPD Kuala Langat telah diarahkan bertukar/melaporkan diri ke Kluang, Johor mulai 18 Ogos 2003 (hari ini).
 
Sejak beberapa tahun yang lalu memang banyak aduan telah dibuat terhadap tingkahlaku Ketua Polis Daerah (KPD) tersebut, tetapi tidak ada tindakan oleh pihak atasan. Saya berkeyakinan, artikel yang disiarkan di laman tuan telah sedikit sebanyak memendekkan usia beliau sebagai KPD Kuala Langat.
 
Tinjauan rambang dengan orang ramai di daerah ini rata-rata gembira dengan berita ini. Antara kata-kata yang terpacul daripada mulut orang awam yang diajukan dengan berita ini ialah: "memang patut dah...., padan muka dia...., jangan tukar aje...siasat sekali" dan lain-lain kata kesat yang tak manis ditulis.
 
Pertukaran dia juga melegakan worksyop dan kedai aksesori kereta di sekitar pekan Banting. Ini kerana anaknya yang tidak bekerja selama ini sering menggunakan nama bapanya dalam urusan kereta, tanpa membayar apa-apa. Anaknya yang kaki lumba haram ini juga sering menggunakan nama bapa dia apabila ditangkap dalam aktiviti ini sehingga di Shah Alam dan Bangi.
 
Teman-teman yang hadzir di jamuan perpisahan melaporkan bahawa KPD tersebut sangat sedih dan muram sepanjang jamuan perpisahan beliau pada malam 16 Ogos 2003 yang lalu. Saya percaya ini disebabkan 2 perkara berikut:

1.    Ada laporan dari orang dalam bahawa Unit Disiplin Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadapnya.
2.    Daerah Kluang tidak sama seperti K. Langat yang dipenuhi dengan lori haram, nombor ekor haram, judi haram, pub/karaoke haram, penyeludupan keretek, dsbnya. Sumber haram yang selama ini dinikmatinya sudah hilang.......
 
Syabas kepada laman tuan yang menyiarkan artikel tersebut.
 
Kepada KPD K. Langat yang baru, "Selamat Datang & Selamat Bertugas". Kami tetap memerhatikan anda dan anak buah anda.
 
Salam.

- Ashraf - 18.08.2003 (suntingan M@RHAEN)
Ashraf: Alahai, Lagi Kisah Anak Buah Raja Pasembor!
Dr. Nologareng: Apabila PDRM Bertukar Menjadi PRdM
Jingoza: Alahai Anak Buah Raja Pasembor!
Dr. Nologareng: Kes Jackie Chan: Penyelesaiannya ala-Hollywood


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!