Kumpulan 12 - Junjung Al-Quran Sendirilah
Oleh Anak Tok Sira
Saya tertarik dengan cabaran yang dibuat oleh Kumpulan 12 yang menyertai UMNO semula, yang mencabar Ezam untuk menjunjung Quran bagi membuktikan kebenaran mereka yang tidak menerima sogokan. Dalam soal ini saya rasa Ezam tidak perlu menyahut cabaran tersebut, kerana Ezam adalah pihak yang membuat tuduhan berdasarkan maklumat yang ada. Sama seperti Peguam Negara yang mengheret seseorang ke Mahkamah setelah mendapati ada kes terhadap mereka.

 
Dalam soal ini orang yang dituduhlah yang perlu membuktikan tuduhan itu tidak betul dan kalau perlu membela diri dengan cara bersumpah, lakukanlah sendiri tanpa mengajak sama orang yang membuat tuduhan. Kalau mereka betul-betul tidak disogok sesen pun duit, mereka patut membersihkan nama mereka dengan apa cara sekali pun. Jika itu cara yang mereka fikir adalah baik, mereka hendaklah teruskan.
 
Mereka boleh panggil semua media masa sama ada media cetak atau media elektronik dan bersumpahlah supaya semua orang se Malaysia dapat melihat dan menilai. Terpulanglah kepada orang ramai yang akan membuat keputusan. Bagi saya dan mungkin orang-orang yang beriman yang lain pastinya mempercayai mereka yang sanggup berbuat demikian, kerana bersumpah dengan Kitab Suci ini bukan main-main dan boleh dibuat suka-suka. Mereka hendaklah mempastikan yang mereka benar-benar tidak menerima sebarang bentuk habuan sekali pun sehelai kain pelikat.
 
Bagi orang yang benar-benar tidak bersalah saja yang sanggup berbuat demikian, kerana mereka tau akan akibat sumpah yang sedemikian tidak boleh dipermainkan. Sekiranya mereka bersumpah palsu mereka akan terima laknat Allah yang akan (mungkin) diterima di Dunia ini juga dan dapat dilihat oleh sekelian manusia yang menyaksikan sumpah mereka itu.
 
Akhirnya saya menyeru Kumpulan 12 ini agar meneruskan niat mereka jika mereka benar-benar berada di pihak yang BENAR. Tak payah ajak Ezam sama, kerana Ezam yang membuat pertuduhan dan sumpah mereka itu akan membuktikan KEBENARAN mereka dan KETIDAKBENARAN Ezam. Ayuh teruskan. Buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang anda tidak menerima sogokan RM500,000 untuk kembali ke pangkuan UMNO. Bukan saja nama anda yang akan BERSIH malah nama NAJIB, PAK LAH dan UMNO itu sendiri akan BERSIH dengan sumpah anda itu. Tapi AWAS akan akibatnya.
 
-Jika anda teruskan akan terbuktilah kebenaran anda, JIKA TIDAK ???? TERBUKTILAH ANDA ADA MENERIMANYA.....

Anak Tok Sira - 08.02.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:

.

Sertai Maillist M@RHAEN