Perpaduan UMNO Dan PAS:
Bersatu Atas Nama Islam
Seperti biasa sikap tipikal dan munafiq pimpinan UmNo ialah memanipulasikan isu. Terbaru ialah seruan menteri yang sinonim dengan kata kata “Kenaikan harga barang sekian, sebanyak sekian tidak akan membebankan pengguna”; iaitu Muhyiddin Yasin supaya Pas masuk menganggotai BN dengan preteks perpaduan dan persatuan Ummah serta memantapkan kerajaan dengan mengambil contoh kejadian pencerobohan Amerika di Iraq adalah akibat bila tidak bersatu.

Seruan yang diucapnya di bumi Kelantan itu sekali dengar sedap bunyinya; dua kali dengar nescaya meloya muntah rakyat Kelantan yang cintakan Islam dan kepimpinan ulama’. Menteri yang tak tahu hukum asas ekonomi mikro dan asas kepenggunaan ini sepatutnya membuat muhasabah diri dan menelek pandang dengan hati nurani dan mata basiroh serta menjawab persoalan dasar akan apakah yang mengikat perpaduan Ummah. Sebagai seorang yang mengimani Allah dan hari akhirat jawabannya mestilah merujuk di dalam manual yang diturunkan Allah untuk ummah ini iaitu kitab suci Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Sebagai seorang yang mempunyai pendidikan agama yang baik, sementelah anak seorang ulama’ pula, Menteri Pengguna ini tidak perlu pergi jauh, cukup dengan memerhatikan di dalam surah ke dua iaitu Ali Imron 100-107.

“Hai orang orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang orang yang diberi Al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman. Bagaimanakah akal mu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan rasul Nya berada di tengah tengah kamu? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.

Hai orang orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya, dan janganlah kamu sekali-kali mati melainkan dalam keadaan Islam, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati kamu, lalu kamu menjadi bersaudara disebabkan nikmat Allah, dan (sebenarnya) kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.

Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat Nya kepada mu agar kamu mendapat petunjuk. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang orang yang beruntung. Dan janganlah kamu menyerupai orang orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang orang yang mendapat siksa yang berat. Pada hari yang di waktu itu ada muka yang menjadi hitam-muram. Ada pun orang orang yang hitam-muram mukanya (kepada mereka di katakan): ’Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Kerana itu rasakanlah siksa disebabkan kekafiran mu itu’. Adapun orang orang yang menjadi putih bersih mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga), mereka kekal di dalamnya.”(QS Ali Imron 100-107)

Disebabkan ruang forum ini terbatas, Muhyiddin Yassin dipersilakan merujuk dari Kitab ad-Durru ‘l-Mantsur oleh al Hafiz as-Suyuthi tentang sebab turunnya ayat ayat di atas. Di antara riwayat yang paling terperinci ialah riwayat yang dikeluarkan oleh Ibnu Ishaq, Ibnu Jurair, Ibnu’l-Mundzir, Ibnu Abi Hatim dan Abu Syaikh dari Zaid bin Aslam.
Apa yang jelas dari mafhum lapisan pertama, kita akan dapati ayat di atas padat berisi dengan tamsil, ibrah, tasykil, tazkirah dan iktibar supaya Ummah ini bersatu padu di atas landasan Islam; justeru ayat itu mengungkapkan ajakan yang amat serius supaya barisan Muslimin bersatu-padu di atas kata kunci ‘Iman dan Taqwa’ iaitu:-

1. Orang Islam mesti berhati-hati terhadap isu yang dibawa oleh orang yang di luar Islam kerana tujuan mereka hanyalah untuk memurtadkan orang Islam.

2. Perpaduan adalah buah keimanan dan perpecahan adalah buah kekafiran.

3. Orang Islam wajib berpegang teguh dengan tali Allah iaitu nilai Islam yang syumul dan Al-Quran.

4. Ukhuwwah Imaniyyah, setelah permusuhan dan peperangan Jahiliah adalah nikmat terbesar sesudah nikmat Iman.. “Dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka (Mukmin).Walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS al Anfal 63)

5. Tidak ada sesuatu yang dapat mempersatukan Ummah kecuali Ummah tersebut memiliki sasaran besar dan risalah termulia yang di perjuangkan. Tidak ada sasaran yang lebih besar dan risalah yang lebih mulia bagi Ummat Islam selain dari dakwah kepada kebaikan yang di bawa oleh Islam.

6. Sejarah adalah catatan pelbagai pengajaran dan pemberi nasihat yang baik buat manusia. Sejarah telah mencatatkan bahawa orang-orang sebelum kita telah berpecah belah dan berselisih dalam masalah agama setelah mereka diberi ilmu pengetahuan dan penjelasan dari Allah kemudian mereka terhina dan dibinasakan.

Banyak lagi kupasan dari ayat di atas namun cukup buat Muhyiddin Yassin untuk merenung dan membuat perbandingan antara partinya dan PAS yang diajaknya bersatu supaya nanti dia tidak menjadi bahan tertawa ahli partinya sendiri.Dalam diam dia harus menanyakan dirinya sendiri dengan jujur apakah sebabnya Iraq diserang, Arab diperkotak-katik, dan Islam di hina. Jangan hanya kerana hendak berlagak juara perpaduan, hanya kerana hendak mengampu bodek, diri dibiarkan terpalit dengan sifat munafiq dan sifat kekafiran. Justeru menyeru orang lain untuk kesatuan dan perpaduan di atas nama yang selain Islam hanyalah umpama membina istana pasir dan kerja sia sia..

Ya Allah Rabbul Jalil saksikanlah hamba Mu ini telah mengingatkan.

- Biduando Lintau
Markas Tarbiyyah Sg. Ramal Dalam - 13.04.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!