Buka Minda Untuk Siapa? (1)
Oleh Mat Teropong


Sejak awalan tahun ini Raja Penyangak kerap mengambil kesempatan menggunakan tajuk ‘keterbukaan minda’ dalam kelentongannya kepada rakyat. ‘Rakyat mesti membuka minda, mesti berkorban dan mesti berterima kasih’. Yang pasti dia mahu rakyat mengenang jasanya sebgai seorang pemimpin yang mengikut khayalannya telah banyak berkorban untuk negara.

Sebagai Raja Penyangak terulung, Mahathir tahu dia berbohong. Jauh di lubuk hatinya dia sedar betapa dia sudah gagal segagal-gagalnya. Tidurnya tidak pernah nyaman kerana dihantui perasaan berdosa terhadap rakyat marhaen yang ditipunya. Sekali sekala dalam kelentongannya secara terbuka sama ada yang dirakam oleh media elektronik ataupun ketika secara tertutup bersama suku-sakatnya, Mahathir kerap tersasul menyebut perkara yang menjadi pembohongannya.

Kini, dia mahu rakyat membuka minda untuk menjadi satu bangsa yang besar. Dia mahu orang Melayu membuka minda menjadi Melayu baru.

Melalui siri ini (BMUS) saya mengajak rakyat marhaen merakamkan nukilan kenapa seruan Mahathir adalah satu lagi penipuan dan kelentongannya. Marilah sama-sama kita rakamkan segala kelentongan Mahathir untuk warisan bangsa agar semua lapisan masyarakat faham betapa Mahathir sudah merupakan bangkai bernyawa yang sepatutnya diketepikan jauh dari terus mempengaruhi generasi pelapis kita. Marilah kita catatkan segala fakta yang jelas apakah sebabnya Mahathir harus dinyahkan sebelum badi kebajingannya menghantui hidup kita.

Sebagai permulaan cuba kita fikirkan perkara ini: Mahathir mahu rakyat membuka minda, tetapi kenapakah sidang parlimen tidak dibenarkan rakyat mengetahui secara lintas langsung akan aktivitinya? Kenapakah Mahathir mempunyai talian khas daripada parlimen ke Putrajaya untuk mengikuti sidang itu, sedangkan dia seharusnya berada di situ?

Kalau talian khas boleh disalurkan kepada Putrajaya, kenapakah sidang parlimen itu tidak disiarkan langsung kepada rakyat marhaen?

Kalau kita perhatikan Taiwan yang merupakan sebuah negara yang paling tinggi simpanan hartanya, sidang parlimen disiarkan secara langsung kepada rakyat jelata. Dari situ rakyat dapat mengikuti gelagat wakil rakyat mereka sehinggakan setiap kali parlimen Taiwan bersidang, tajuk perdebatan parlimen menjadi tajuk perbualan dan isu yang dibincangkan menjadi isu hangat akhbar, kerana rakyat Taiwan menulis komen mereka kepada akhbar untuk disiarkan.

Di Switzerland, setiap kali parlimen bersidang, kegiatan parlimen itu didibincangkan pada malam hari oleh pakar ilmuan negara itu untuk membuat rumusan yang menjadi rujukan kepada ahli parlimen. Begitu juga di Peranchis, Jerman dan hampir semua negara besar. Jadi, kenapakah Malaysia yang diterajui oleh Wira Dunia Ketiga sengaja mahu bersorok-sorok dengan kegiatan parlimennya?

Kita amat mengharapkan ada pemimpin pembangkang yang mempunyai semangat dan keberanian mendesak agar sidang parlimen disiarkan secara lintas langsung kepada media elektronik. Malahan, kita mengharapkan ada pertubuhan NGO yang sanggup mengumpulkan tenaga penunjuk perasaan untuk menebeng di pintu masuk parlimen mendesak perkara ini menjadi satu kenyataan.

Kita sudah merdeka selama 45 tahun, sehingga kini kita masih tidak diberi peluang menilai prestasi wakil rakyat kita di Parlimen (dan juga dewan undagan negeri-negeri). Sampai bilakah kita mesti disogokkan berita basi kalau kita mempunyai segala kecanggihan elektronik mengetahuinya secara terus. Apa gunanya kita membayar sewa pusat kajian di Khutub Selatan sebanyak RM20 juta setahun, sedangkan negara tidak mempunyai kemudahan memberitahu rakyat marhaen apa yang dibincangkan di parlimen?

Adalah lebih baik TV negara ini menyiarkan aktiviti parlimen daripada terus berbohong dengan rakaman yang direka-reka untuk terus menipu rakyat jelata.

Mahathir kerap membebek agar rakyat membuka minda. Tetapi, ketika sessi keempat parlimen kesepuluh (dirasmikan oleh YDPA kelmarin dan dijangka berakhir pada 9 April), sudah timbul kisah betapa Mahathir tidak akan menghadirinya kerana menghadiri forum di luar negara.

Kalau sidang parlimen sanggup diperlekehkan oleh Mahathir dan kerajaan BN apakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat marhaen daripada pemimpin yang sungguh korup dan zalim ini? Untuk apakah rakyat mesti membuka minda mereka kalau bukan untuk terus dirobotkannya?

Mat Teropong - 13.3.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!