Buka Minda Untuk Siapa? (4)
Oleh Mat Teropong


Achtung! Jaga-jaga Raja Kelentung!

Ketika Raja Penyangak memulakan lawatan ke Jerman, akhbar propaganda BNUMNO telah menyebut betapa lawatan itu bertujuan menarik pelabur Jerman untuk mewarnai pelaburan di Malayisa. Raja Penyangak telah menonjolkan peranannya sebagai Raja Kelentong dengan mengajak pelabur Jerman mencampuri bidang ICT di Cyber Jaya yang menurutnya mampu menarik pelabur asing melebihi sasaran yang dijangka.

Rakyat marhaen tentu tertanya-tanya, apakah itu sebenarnya lawatan Raja Penyangak itu ke Jerman, sedangkan semua tugas itu telah lama dibuat oleh Kementerian Perdangangan, sehinggakan rakyat marhaen tertanya-tanya selama ini di manakah pejabat sebenar Opah Fidah Kuala Lumpur, ataupun di luar negara.

Kalaulah tujuan Mahathir ke Jerman untuk menarik pelabur Jerman, dengan mengadakan forum yang diuruskan oleh ASLI milik Mirzan Mahathir, alangkah membazirnya usaha mereka. Jerman sudah lama bertapak di Malaysia sehingga ada bank Jerman di sini. Malahan ada beberapa institusi khas dalam pelbagai bidang yang sudah lama wujud sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Terdapat ramai warga Jerman yang menetap lama di sini, begitu juga dengan pusat Bahasa Jerman (Goethe Institute) dan perwakilan Conrad Adenauer Foundation yang sudah wujud lebih dari tiga puluh tahun di Kuala Lumpur. Apakah semua institusi ini tidak cukup menjadi telinga dan mata pelabur Jerman kalau mereka benar-benar mahu melabur di sini. Bukankah Agensi Telekom Jerman telah lama mempunyai banyak hubungan perniagaan di sini, misalnya?

Pada kali ini, rakyat marhaen Malaysia telah menantikan untuk mengira berapa banyak MOU yang ditandatangani oleh syarikat Malaysia dengan syarikat Jerman, kerana rakyat marhaen sudah lama sedar kebanyakan MOU itu hanya satu kelentongan untuk mengabui mata rakyat di Malaysia.

Tiba-tiba, TV propaganda UMNO telah menyiarkan satu majlis tandatangan perjanjian antara Nazri Aziz mewakili MARA dengan pihak Jerman, di mana Jerman memberikan bantuan bernilai RM50 juta untuk membiayi pendidikan anak Melayu ke Jerman. Tentu sekali Raja kelentong tercongoh menyaksikan upacara itu.

Alangkah Aibnya Orang Melayu

Cerita Jerman memberikan bantuan pendidikan untuk anak Melayu belajar di Jerman memang nampak menarik. Tetapi, berapa lamakah jadual bantuan itu? Untuk satu tahun, lima tahun ataupun sepuluh tahun? Kenapa untuk bidang matematik dan sains? Apakah selama kita merdeka 45 tahun, kita masih memerlukan bantuan negara asing mendidik anak bangsa kita di rantau mereka mempelajari metamatik dan sains? Apakah kita masih tidak cukup dengan guru metamatik, selepas mencapai kemerdekaan pada 1957?

Kenapa tidak dirundingkan agar guru-guru Jerman datang mengajar di Malaysia? Bukankah itu langkah yang lebih baik agar mereka dapat menarik minat sana-saudara dan rakan-taulan untuk datang mengunjungi mereka sambil melawat Malaysia? Kalaupun mesti dikumpulkan pelajar Malaysia untuk menyelaraskan pendidikan mereka, bukankah mudah menggunakan kepakaran Goethe Institue untuk menjadi penyelarasnya di negara ini? Kenapa mesti anak-anak muda kita menerima pelajaran metamatik dan sains di negara luar?

Hanya kelmarin Senator Ajis Sudin ada menyebut betapa beberapa sekolah Bestari yang akan disiapkan menelan belanja RM200 juta setiap satu dan kelengkapan makmal memerlukan belanja RM50 juta. Kenapa tidak dirancang agar Jerman membiayai makmal sains di sekolah Bestari itu dan letak semua pelajar yang layak belajar di Jerman untuk menerima pengajian mereka di sekolah-sekolah Bestari berkenaan?

Ada satu institusi yang dipanggil GMI (German Malaysia Institute) yang terletak di Shamelin Perkasa di mana didikan dalam bidang juruteknik sedang dijalankan. Kenapa tidak dibesarkan kemudahan pengajian di situ untuk menempatkan pelajar kita menerima didikan matematik dan sains?

Jelas, gambar dan perjanjian untuk menerima bantuan Jerman bagi anak Melayu menerima pendidikan matematik dan sains adalah satu kelentongan juga yang tidak memikirkan kesan jangka panjang kepada anak-anak Malaysia. Dari sudut politik, ia mungkin dijadikan bahan kempen UMNO, tetapi dari segi keharmonian bangsa, pendidikan semacam itu akan mencetuskan banyak masalah sosialnya satu hari kelak. Bayangkan apakah perasaan ibu bapa yang mendengar anak-anak mereka akan lulus di Jerman tetapi tidak mampu ke sana untuk melihatkan mereka menerima sijil pengajian mereka? Bagaimana pula dengan kaedah hidup orang Jerman yang amat berbeza dengan tatasusila hidup orang Melayu, yang pasti akan terpalit kepada anak-anak muda kita  yang terpengaruh dengannya?

Rakyat marhaen tentu mahu bertanya apakah yang menjadi tukaran daripada Malaysia untuk layak menerima bantuan Jerman itu? Mesti membeli lebih banyak Mercedez dan BMW ataupun Audi untuk digunakan oleh wakil rakyat UMNOBN? Membeli lebih banyak peralatan  ketenteraan bikinan Jerman? Membeli peralatan bikinan Jerman untuk kegunaan keretapi, komuter ataupun pelabuhan Malaysia?

Semua perkara ini tidak akan diketahui kerana sengaja dirahsiakan dulu, disebabkan tujuan tertentu. Yang pasti, Raja Penyangak tidak akan pergi ke negara luar semata-mata untuk menarik pelabur asing. Mesti ada beberapa projek yang menggunakan wang rakyat Malaysia yang mahu dibalunnya. Kita tidak akan tahu semua itu selagi ia belum dibocorkan. Kerana itu kita mesti terus menunggu.

Cuma pada orang Jerman kita mahu beri satu ingatan, jangan buat perjanjian untuk tempoh yang lama kerana semua itu akan dibatalkan sebaik sahaja kerajaan BNUMNO tumbang dalam pemilu yang akan datang.

Achtung! Jangan Percaya Raja Kelentung!

- Mat Teropong 20.03.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!