Buka Minda Untuk Siapa? (5)
Oleh Mat Teropong


Kelentongan Raja Penyangak

Raja Penyangak baru sahaja pulang daripada pengembaraannya ke Russia, Jerman dan Poland.

“Secara keseluruhannya lawatan kita diterima-baik di ketiga-tiga negara ini dan ia boleh dianggap suatu lawatan yang amat berjaya,” ujarnya kepada pemberita pada hari akhir lawatannya ke Poland di sini hari ini.

Rakyat marhaen memang menjangka Raja Penyangak berkata begini kerana itu memang dasar muka tak tahu malu, rakyat membencinya tetapi dia masih fikir rakyat ‘mencintainya’. Serba serbi yang baik itu tentulah disebabkan 'kerja keras' ASLI mengajurkan forum di sana. Berapa juta pula kerajaan Melaysia membayar ASLI? Kita mahu tahu dan diharap ada wakil rakyat parti pembangkang menyoalnya di Parlimen, termasuk kos PM bercanda di Antartika bersama ramai rakyat Malaysia.

1. Sekarang sudah terdedah segala muslihat betapa forum perdangangan yang dibuatnya di tiga negara dengan tajaan ASLI milik anak lelakinya adalah satu tipu-helah sahaja. Yang paling penting ialah pembelian kelengkapan perang di Russia dan Poland. Kita sudah bincangakan kehaprakan pembelian pesawat juang Russia sebelum ini. Kini, kita mahu bincang pembelian kereta kebal buatan Poland yang bernilai sekitar 3 bilion ringgit. Kenapakah Mahathir sendiri terbabit dengan pembelian semua kelengkapan perang ini kalau bukan kerana komisen yang besar dari pembelian itu?

Malaysia tidak perlu kereta kebal canggih seperti ini kerana sudah ada kereta kebal (APC) yang pernah digunakan di Somalia dan di Bosnia satu ketika dulu. Kenapa perlunya membeli semua kereta kebal itu sedangkan negara maju sudah mula mengurangkan program penggunaan kereta kebal? Adakah kita mahu menakluki mana-mana negara orang dengan penggunaan kereta kebal. Semua orang tahu, peperangan antara negara ataupun benua yang akan datang lebih banyak menggunakan senjata ‘biokimia’ dan peluru berpandu. Pengguguran biokimia nakan menggunakan pesawa terbang kecil yang dikendalikan dengan robot.

2. Di Amerika sekarang ini sudah ada satu program mengeluarkan jet pejuang yang lebih murah hanya sebagai jet bantuan kepada peperangan kerana peperangan akan datang akan menggunakan ‘probes’ ataupun pesawat yang dikendalikan oleh robot. Amerika dan Israel sudahpun mempunyai pasukan khas ini berpangkalan di Singapura. Apabila Raja Penyangak mengizinkan penggunaan ruang angkasa Malaysia kepada pasukan udara Singapura dia sememangnya mengizinkan ruang angkasa diceroboh oleh ‘probes’ ini.

3. Kalau kita lihat di Afrika, peperangan saudara tidakpun menggunakan kereta kebal. Mereka menggunakan trak satu tan seprti ‘pick-up’ yang dipasang mesingan dan meriam kecil di bahagian atasnya. Kini, trak seperti itu dipanggil ‘teknikal’ ternyata lebih murah, laju dan praktikal. Ketika askar Amerika kalah di Somalia, pasukan pejuang Somalia hanya menggunakna ‘teknikal’ melawan kereta kebal dan helikopter Amerika. Apabila askar Amerika terkandas ia diselamatkan oleh askar Melayu menggunakan APC sahaja.

4. Ketika British menjajah Malaya mereka menggunakan kereta perisai dan kereta kebal untuk menghabiskan khazanah hasil bumi negara ini. Mereka gunakan kelengkapan yang baru di Britain, dengan yang lama mereka hantar ke negara jajahan mereka. Kelengkapan itu didapati berkesan kerana dapat menampan peluru pengganas. Kini, kereta perisai dan kereta kebal semacam itu sudah tidak berkesan kerana munculnya peluru khas yang disebut ‘armour piercing bullet’ yakni peluru yang dapat menembusi besi tebal. Malahan, sudah ada senjata yang boleh digalas di bahu untuk mengeluarkan bom berpandu menghunjam kereta kebal. 

5. Masyarakat ATM (Angkatan Tentera Malaysia) sedar pembelian segala kelengkapan perang itu adalah bertujuan untuk memuaskan nafsu sesetengah pihak yang rakus dan rasuah, seolah-olah pembelian semua itu adalah satu alat memuaskan pihak tertentu agar tidak memberontak dan pihak angkatan bersenjata tidak merampas kuasa daripada Raja Penyangak.

6. Kalau diambil sinario penjualan komputer melalui KWSP-Odasaja, kini sudah terbongkar rahsia betapa Pos Malaysia hanya mendapat imbuhan sebanyak 7.5% daripada setiap penjualan komputer. Kos sebenar setiap kompuer hanya sekitar RM1200 sahaja. Mana lagi bakinya kalau tidak pergi kepada orang yang tersayang di rumah Raja Penyangak, kerana syarikat pemasaran hanya mendapat antara 200 hingga 400 sahaja. Begitu juga halnya dengan pembelian kelengkapan perang oleh Mahathir. Ke mana pergi komisennya nanti, kalau bukan kepada Rosmah dan Hasmah?

Kenapakah Mahathir terburu-buru membeli kelengkapan perang ini sedangakan negara tidak memerlukannya? Apa maknanya membazirkan lebih RM10 bilion wang rakyat marhaen sedangkan majoriti peneroka FELDA, RISDA, FELCRA hidup sengsara. Sedarkah Raja Penyangak berapa ribu peneroka tanah yang merana setiap bulan kerana sain ‘paysheet’ kosong disebabkan harga komoditi kita yang terlalu rendah? Bukankah elok kalau wang untuk pembelian kelengkapan perang digunakan untuk membuat stok penimbal (stockpile) keluaran hasil perladangan untuk diagihkan secara berdikit, seperti Amerika mengeluarkan stok penimbalnya setiap kali dia mahu mengajar Malaysia dan negara dunia ketiga yang lain?

Adalah tidak masuk akal apabila Mahathir membelanjakan wang rakyat terburu-buru tanpa mendapatkan kelulusan Parlimen terlebih dahulu. Apa pentingnya melawat tiga negara itu dengan berbelanja besar dengan iringan 250 peniaga Malaysia sedangkan semua itu adalah bertujuan untuk mengabui fikiran rakyat? Apa perlunya Raja Penyangak memberi ucapan di forum itu kalau tujuannya untuk memberi maklumat kepada rakyat di tiga negara tersebut. Kenapa tidak hantar video kepada stesen TV di sana untuk disiarkan secara percuma?

Sudah sampai masanya Raja Penyangak ini dikutuk oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kiralah mereka menjadi ahli UMNOBN ataupun pembangkang. Dia menghabiskan wang rakyat sedangkan hampir semua institusi kerajaan yang mempunyai tabung dan dana hampir muflis dikerjakannya. Tidak pula dia mahu menjelaskan kenapa institusi besar seperti itu kehilangan wang. Sepatutnya Raja Penyangak meletakkan jawatannya kerana kehilangan banyak wang rakyat dalam dana tersebut dan sebagai langkah berjimat, dia seharusnya mencegah sebarang pembaziran dan pelancongan ke luar negara.

Sebagai contoh, Tabung Haji dikatakan kehilangan banyak wang simpanannya kerana kecurian. Tetapi, Tabung Haji sudah kehilangan banyak wang kerana salah pelaburan ketika Aruah Ahmad Razali bin Ali (adik kepada Hasmah) menjadi pengerusi Tabung Haji.. Sewaktu beliau menjadi pengerusi banyak pelaburan Tabung Haji digunakan untuk membeli harta kepunyaan keluarga Salim Group di Indonesia yang juga merupakan keluarga isteri Mirzan. Kenapakah ZAM mamak ataupun Dollah Komunis tidak mahu siarkan kisah ini di akhbar propaganda UMNO? Kebanyakan ladang yang dibeli oleh Tabung Haji di Indonesia kini sudah dirampas semula oleh rakyat yang merupakan tuanpunya asal tanah tersebut yang dirampas oleh Salim Group ketika Soharto berkuasa. Raja Penyangak tahu dan sedar akan kisah ini, tetapi dia sengaja memperlekehkannya tanpa ada perasaan berdosa kepada orang Islam yang menabung dalam Tabung Haji. Kini dia membeli kelengkapan perang dengan duit yang ada pada Petronas kerana kerajaan Malaysia sudah tidak ada simpanan lagi. Sepatutnya pemimpin pembangkang menganjurkan raptai aman di seluruh negara meminta Raja Penyangak membatalkan semua pembeliannya kerana negara tidak ada wang untuk semua pembelian ini. Wang sebanyak itu sepatutnya diberikan kepada semua pelajar di negara ini untuk menerima pendidikan percuma seperti yang berlaku di Russia, Jerman, Poland, Peranchis dan banyak lagi negara di Eropah. Contoh yang terbaik ialah di Russia dan Peranchis, setiap pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran mereka di universiti.

Baru-baru ini kita disedarkan kepada satu peraturan SPR di mana jawatan wakil rakyat yang mati dua tahun sebelum pilihanraya akan dibiarkan kosong tanpa diadakan pilihanraya kecil. Mahathir sudahpun menyatakan hasratnya dulu lagi, betapa dia tidak akan bertanding lagi pada pilihanraya yang akan datang yang dijadualkannya pada awal tahun hadapan.

Sepatutnya, menunggukan kemunculan pemilu itu, Mahahtir harus menghentikan segala aktiviti keluar negara untuk mencanang kemajuan negara ataupun bertipu-helah mengadakan forum perdangangan di sana. Kalau dia mahu berambus daripada arena politik negara, kenapa pula dia mesti menyibuk lagi, kalau bukan untuk membalun harta rakyat dan hasil keringat rakyat negara ini?

Jangan Percaya Raja Kelentung!

- Mat Teropong 25.03.2002
(Gambar dipetik drp TIME 18 Feb 2002)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!