Buka Minda Untuk Siapa? (7)
Rompakan Siang-Hari PLUS Untuk Menyambut Kemerdekaan


Oleh Mat Teropong


Daylight Robbery by PLUS As A Token of Merdeka Celebration

Sebagai satu muslihat sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan kononnya, PLUS telah memilih sekitar 5,000 ‘pelanggan istimewa’ yang menggunakan kemudahan ‘Touch N Go’ untuk ‘menikmati laluan Smart Tag’ pula. Satu surat memancing penyertaan pelanggan telah dikirimkan dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi:

“CONGRATULATIONS!

“ In appreciation of your continued support as a Touch ‘n Go card customer, you have been selected to participate in our first ever Loyalty Program which entitles you to purchase a SmartTag worth RM220.00 at a special price of only RM90.00.

“All you have to do is present this letter with your Touch’n Go card to our selected customer Service Centres before 30 September 2002. It is as easy as that. Savour this great savings and enjoy the hassle-free driving experience on PLUS highways.

“This offer is for a limited period only. So do not miss this great opportunity! For further inquiries please do not hesitate to call our PLUSline at 03-2692 0000.

“Experience The Journey With Us”

Yours Faithfully,

(Dato’ Idrose Mohamed)

HUBAYA Semua!!!!!!

Apa yang disebut sebagai ‘purchase a Smart Tag worth RM220.00 at a special price of only RM90.00” memberikan andaian bahawa harga bayaran pas bernilai 220.00 diberi diskaun sebanyak RM90.00. Ramai yang mengandaikan begitu kerana memikirkan ia menepati sambutan ulangtahun kemerdekaan tahun ini.

Sebenarnya harga itu adalah harga sebuah alat ‘scanner’ untuk membaca kad ataupun Tag yang mesti dibayar dengan harga yang biasa. Dengan adanya alat pengesan (pengimbas), membolehkan sipengguna masuk lorong ‘Smart Tag’ kalau ia mahu, walaupun kad Touch’n Go yang ada itu membolehkan beliau memandu memasuki lorong Touch’n Go.

Penulis ini telah menghubungi Pak MT untuk nasihat beliau kerana beliau pernah menulis mengenai kehaprakan PLUS dalam memangsakan pengguna jalan raya di negara ini. Pak MT ada menyebut bahawa tawaran terbaru PLUS seharusnya dipertikaikan oleh Persatuan Pengguna dan semua Parti Pembangkang dan seharusnya dianggap sebagai satu penipuan. Alat pengesan yang dikatakan bernilai 220.00 itu sebenarnya tidak secanggih mana. Malahan ia tidak lebih canggih daripada sebuah pocket calculator yang boleh dibeli dengan harga RM 20.00 sahaja. Tetapi apa yang boleh diharapkan kepada pengusaha dan penguasa PLUS kalau kad yang menggunakan strip magnetik untuk tiket biasa terpaksa ditempah daripada Amerika, sedangkan kemudahan itu sedia ada di negara jiran dengan murahnya.

Mengikut Pak MT, di negara barat; teknik menggunakan alat pengimbas sudah lama dibuang ke dalam longkang. Teknik terkini ialah pihak pengusaha lebuhraya menembak secara mengimbas nombor pendaftaran kereta yang mencarum untuk mendapatkan khidmat lalu lintas yang pantas dengan kadar yang murah dan berpatutan.

Apabila PLUS memancing pelanggan dengan ayat yang mengelirukan “membeli satu SMARTTAG bernilai RM220.00 dengan harga RM99.00, perbuatan itu harus dilihat sebagai satu penipuan dagang untuk merompak di siang hari. Sepatutnya tawaran itu harus berbunyi “Belilah pengimbas kad Touch ‘n Go yang bernilai RM220.00 dengan harga jual murah....”

Terlalu jelas, ada unsur mengelirukan dan penipuan di pihak PLUS dengan niat membalun wang pelanggan yang terkeliru dengan dakyah propaganda itu.

Diharapkan perkara ini akan dibangkitkan oleh ahli parti pembangkang di Parlimen pada persidangan yang terdekat. PLUS harus membuat persediaan memulangkan semula wang bayaran pelanggan yang telah bersetuju dengan tawaran ini dan membayarnya melalui kad kredit. Ramai yang merasa tertipu dan tidak dapat membatalkan pembelian mereka kerana sudah menandatangani urusan niaga menerusi bayaran elektronik.

- Mat Teropong 25.08.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!