Buka Minda Untuk Siapa? (9)
Raja Penyangak dan Hari Pekerja
Oleh Mat Teropong


Rakyat Malaysia mungkin sudah sedar kini, kenapa PDRM melancarkan kutipan saman pada 1 Mei sedangkan itulah harinya polis sepatutnya diberikan rehat untuk bersama sanak-saudara mereka. Yang lebih penting itulah hari masyarakat pekerja bersantai dan pihak kerajaan memberikan segala tumpuan kepada mereka kerana khidmat mereka kepada negara.

Dr. Mahathir menghabiskan masanya menyambut Hari Pekerja itu dengan berceloteh dan berkhutbah di INTAN, kepada segelintir manusia yang dikumpulkan sempena Majlis Perhimpunan Pekerja 2002 Bagi Anggota Sektor Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara. Pada waktu yang sama ratusan ribu pekerja yang sepatutnya bercuti itu sedang beratur bagai nak gila menunggu giliran membayar saman lalu lintas. Ada yang pergi hanya mahu melihat rakaman apakah mereka kena saman, dan hampir semuanya mendapati ada catatan kena saman sejak 1999 lagi. (Paling baik sinario ini ditulis oleh seorang pegawai polis seperti yang disiarkan di laman FGR). Malahan, MGG Pillai ada membuat komen dalam perkara ini, begitu juga Marhaintua dalam MMMM 9 yang menyentuh sikap kurang ajar Mahathir mengenakan kempen saman pada 1 Mei.

Memang polis sudah menjadi satu pasukan yang kurang ajar dan tidak mesra rakyat lagi, gara-gara arahan gila daripada Mahathir. Apakah gunanya mengisytiharkan cuti am kalau sebilangan besar orang yang layak bercuti itu didera beratur di hadapan balai polis? Inilah tindakan ‘peras-ugut’ seperti yang disebut oleh MGG Pillai. Ini juga perbuatan biadap oleh kerajaan Mahathir terhadap rakyatnya.

Kalau perkara semacam ini berlaku di Peranchis, sudah lama jalan raya Malaysia menuju ke kediaman Mahathir sudah dipenuhi oleh kereta marhaen sebagai satu langkah membantah sikap kurang ajar itu.

Mahathir harus meminta maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini kerana kejadian tindakan polis melancarkan kempen bayar saman pada 1 Mei. Ini adalah satu perbuatan biadab yang tidak boleh dimaafkan. Pergerakan Pemuda UMNO harus meminta Mahathir meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat pekerja kerana menjadikan Hari (Cuti) Pekerja menjadi hari kempen polis mengutip saman. Ingat!!!!! Masyarakat pekerja Malaysia tidak akan melupakan pengaiban yang mereka tanggung kerana sikap kurang ajar Mahathir dan polis Malaysia terhadap mereka!!!!!!!!.

Pada waktu yang sama, pemimpin parti pembangkang, seharusnya melancarkan satu gerakan beramai-ramai di setiap negeri membantah cara kempen saman dimulakan pada hari cuti am. Oleh kerana mereka gagal melakukan tindakan seperti ini, adalah elok semua pemimpin pembangkang itu melepaskan jawatan mereka ataupun menghantar gaji bulan Mei ini kepada rumah anak yatim ataupun badan amal sebagai denda kerana melupakan tugas mereka kepada marhaen Malaysia.

Begitu juga dengan pemimpin parti pemerintah yang sedar akan sikap kurang ajar polis dalam kempen ini. Mereka juga seharusnya menyerahkan gaji bulan Mei ini kepada pertubuhan amal. Setidak-tidaknya mereka hulurkan duit itu kepada golongan miskin yang teraniaya kerana saman yang tidak ada tentu-hala kesahihannya.

Sepatutnya, pada Hari Pekerja itu, Mahathir sebagai ketua kerajaan menganjurkan satu raptai besar-besaran di Stadium Bukit Jalil dan memberikan hadiah kepada segenap lapisan pekerja yang ada mengikut sumber kesatuan sekerja mereka, sambil mengucapkan terima kasih kerajaan kepada masyarakat sekerja. Pada waktu yang sama Mahathir seharusnya telah merundingkan agar beberapa biasiswa kerajaan diserahkan kepada anak-anak golongan pekerja yang miskin untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat sarjana ataupun kedoktoran.

Apa salahnya kalau Mahathir mendermakan seratus komputer peribadi daripada gajinya sendiri kepada kesatuan sekerja di seluruh negara sebagai inisiatif untuk menggerakkan masyarakat pekerja lebih yakin berkhidmat kepada negaranya? Apa salahnya kalau semua menteri besar dan ketua menteri BN menghadiahkan sebahagian gaji peribadi mereka untuk membeli hadiah kepada golongan miskin kaum pekerja? Kalau mereka boleh menyibuk bersantai keluar negara setiap kali Raja Penyangak mengajak mereka, apa salahnya mereka belanja sedikit wang gaji halal yang mereka terima sebagai menghormati golongan pekerja???

Kenapakah Mahathir terlalu takut kalau para pekerja berbaris menunjuk perasaan secara aman seperti yang dilaksanakan oleh hanya 150 wakil pekerja di ibukota? Kenapakah perbarisan aman seperti itu mesti ditentang dengan hayunan belantan dan keganasan polis? Bukankah perlembagaan membenarkan perbarisan pekerja kalau mereka lakukan secara aman?

Kenapakah Mahathir tidak berani mengulas penetapan gaji bulanan pekerja ladang berjumlah hanya RM325 sebulan yang disebut oleh Marhaintua (beliau sebut RM350 kerana mengambil kira sumbangan majikan terhadap KWSP) sebagai lebih rendah daripada anggaran gaji minima PBB?

Apakah gunanya Mahathir berlagak menjadi wira dunia ketiga dan pejuang masalah Palestin, sedangkan dia amat takut berdepan dengan masyarakat pekerja Malaysia? Apakah dia sanggup melabelkan pekerja Malaysia yang menunjuk perasaan secara aman sebagai pengganas juga? Jika tidak kenapakah penunjuk perasaan itu ditentang dengan kekerasan oleh polis Malaysia?

Mahathir Harus Hentikan Kerja-kerja Kelentong

Dalam ucapannya di Kiara pada Hari Pekerja itu, apakah ucapannya ada kena mengena dengan kebajikan masyarakat pekerja? Utusan Meloya ada melaporkan betapa PM “berjanji terus lindungi daripada ancaman golongan kapitalis” dengan judul besar “Kuota Bumiputera dipertahan.” Janganlah gunakan tajuk seperti ini lagi, Mahathir ooi....!! Ini semuanya adalah tajuk untuk meruntun emosi orang Melayu sahaja. Kelentongan seperti ini sudah tidak laku lagi. Apa guna cerita kisah kuota bumiputera sedangkan setiap kali ada cabutan rumah, orang Melayu tidak pernah berjaya mencabut nombor rumah tepi, kecuali orang itu wakil rakyat ataupun proksinya... Apakah yang nak dipertahankan lagi akan kuota bumiputera itu? Tidak ada negara luar yang berminat dengan perkara remeh-temeh semacam itu. Itu semua pembohongan ala-Mugabe yang Mahathir cuba putarkan di negara ini.

Cuba Mahathir terangkan rancangannya mahu menaikkan taraf hidup orang Melayu di luar bandar yang masih terkapai-kapai mencari ruang untuk terus hidup. Bagaimana dengan hal rakyat negara ini yang menganggur setelah diberhentikan oleh kilang-kilang yang besar-besar? Bagaimana peneroka tanah mahu mengeluarkan belanja kepada anak-anak mereka yang akan masuk semester baru?

Memang sudah dasar pembohong dan penipu, bangsa sendiripun dia sanggup terus menipu sedangkan itulah orangnya nanti yang akan menampung tangan mengaminkan doa apabila kamu mati.!!!!!!!

- Mat Teropong 03.05.2002

 

FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!