Mungkin Bukan RAHMAN Tapi RAHMA n Anwar

Timbul kembali cerita lama, cerita siapa layak jadi PM Malaysia. RAHMAN hampir menjadi kenyataan apabila RAHMA telah muncul. N masih menjadi misteri. Tiada N dalam UMNO ketika ini. Najib dan Nazri dikatakan bermula dengan N, tetapi dalam IC, kedua-duanya bermula dengan Mohd. Ini bermakna mereka telah tertolak sebagai calon PM keenam.

Mungkin N itu sekadar n (and/&). Jikalau benar N itu ialah n, ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa zaman pemerintahan UMNO akan berakhir selepas Pak Lah tidak lagi menjadi PM. Dan rasa-rasanya memang N itu ialah n .. .

Pak Lah harus melihat kerasian N dan n ini. Tiada guna melantik Najib atau Muhyidin ataupun Taib Tyson, sebagai TPM, kerana mereka tidak menjanjikan penerusan kepimpinan UMNO. Bahkan akan lebih menyulitkan lagi pimpinan Pak Lah dalam penyatuan Melayu jika mereka diberi tempat empuk sebagai TPM. Melantik Najib sebagai TPM, bermakna memberi ruang dan peluang yang lebih cerah kepada BA untuk menang sebab Najib dalam pilihanraya lalu terpaksa menyonglap undi misteri untuk menang. Malu wehh…, seorang menteri kanan, anak bekas PM Allahyarham Tun Razak menang kecil di kampung sendiri.

Melantik Muhyidin bermakna mempercepatkan perpecahan dalam UMNO. Perpecahan ini secara langsung akan memendekkan hayat Pak Lah sebagai PM. Team A yang diketuai oleh Najib takkan mahu duduk diam. Tun Dr Mahathir tentu telah merancang bagaimana mahu menghambat keluar Pak Lah dari UMNO jikalau hantu rayanya si Najib tidak dilantik sebagai TPM. Nak lantik Taib Tyson, jauh panggang dari api .. buat mengabihkan beras siam jer …

Hanya ada satu pilihan sahaja untuk Pak Lah kekal sebagai PM sekurang-kurangnya satu musim (5 tahun) iaitu melantik Anwar Ibrahim sebagai TPM. Pak Lah tentu akan lebih dihormati kerana tindakan ini nanti akan ditafsirkan oleh marhaen Melayu sebagai usaha penyatuan Melayu bukannya penyatuan UMNO. Mana besar jasanya Pak Lah, Melayu atau UMNO? Sekiranya perlukan pengorbanan, yang mana patut dikorbankan dahulu, Melayu atau UMNO? Pak Lah sebagai pemimpin Melayu , pemimpin awal GPMS, tentu lebih Melayu dari UMNO. Tun Dr. Mahathir lebih mementingkan UMNO kerana dia bukan piau Melayu.

Andaikata Pak Lah tetap memilih Najib atau Muhyidin atau sesiapa sahaja dalam perut UMNO masa kini, bersiap sedialah Pak Lah untuk meninggalkan Tingkat Lima, Putrajaya dalam tempoh kurang daripada 400 hari bermula dari 1 November 2003 lalu.

Alangkah indah dan cantik ungkapan ini kalau diterjemahkan oleh Pak Lah .. era Pak Lah ialah era 2A .. Abdullah n Anwar .. umpama bateri dalam iklan tv .. lebih power

Kami marhaen Melayu berharap Pak Lah mengutamakan Melayu dari UMNO. Kata-kata Tun Dr. Mahathir yang UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO tidak lagi benar pada hari ini. Kita harus berpijak di bumi nyata, bukan di alam Ramayana. Alam Ramayana adalah alam Tun Dr. Mahathir.

Melihat kepada perasaan sebak Pak Lah di akhir ucapan di parlimen hari ini, memberi keyakinan kepada kami bahawa Pak Lah tidak akan mengecewakan kami  marhaen Melayu.

Terima kasih Pak Lah.

Assalamualaikum.

cacilut - 04.11.3002

05.11.2003: Si Songkok Tinggi Kapar: Anwar Timbalan SDB MF II? Jangan Menghine Reformasi…

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!