Aku Mencari Damai Di Hati

Empat hari telah berlalu, gejolak politik pembangkang seolah lesu menunggu tempoh 100 hari berPMkan Pak Lah. Tempoh lebih kurang tiga bulan itu dinanti dengan penuh sabar. Melihat dan mentafsir rentak dan tari janji-janji Pak Lah untuk kebahagian masyarakat marhaen di Malaysia ini. Sejauhmana kemampuan Pak Lah mengurus janjinya sebagai pemegang amanah rakyat akan terjawab setelah cukup haul 100 hari.

Pelbagai kemungkinan akan berlaku dalam tempoh 100 hari ini. Selepas 10 hari tentu Pak Lah terpaksa mengumumkan calon TPMnya kerana Pak Lah telah berjanji.., dah lama dahh… Janjinya dahulu akan mengumumkan calon TPM sebaik sahaja berakhir pilihan raya kecil Pendang/Anak Bukit. Tapi janji tinggal janji. Pak Lah terpaksa berdalih lagi, kena tunggu sehingga dia benar-benar jadi PM. Sekarang dah jadi PM .. apa ditunggu lagi Pak Lah? Takkan kena tunggu 100 hari kut? Jikalau dalam UMNO tiada calon yang seiring dengan Pak Lah, ambil penasihat keADILan jadi TPM. Buat perbicaraan semula, kalau betul ianya konspirasi politik tertinggi Paduka Tun Mahathir, maka dalam tempoh 100 hari, TPM adalah Anwar Ibrahim. Senangkan? Lagipun Pak Lah telah berjanji akan mewujudkan perkongsian kuasa bagi memastikan rakyat marhaen bahagia di negara sendiri. Takkan tak boleh wujud perkongsian kuasa BN dan BA sebelum pilihanraya. Atau mungkin Pak Lah hanya merujuk kepada perkongsian kuasa dalam UMNO atau BN sahaja. Kalau itulah maksudnya, Pak Lah hanya pandai bermain bahasa sahaja .. sedap disebut sedap diputar …

KeADILan melalui Ketua Pemudanya Ezam, dan PAS melalui Sallehudin Ayob bukan kecil anak untuk digula-gulakan. Mereka beri tempoh 100 hari kepada Pak Lah untuk menyelesaikan hutang kemanusian yang gagal diselesaikan oleh Paduka Tun Dr. Mahathir. Dahulu dia dipanggil Mamak Bendahara tetapi sekarang dah jadi Paduka Tun. Hutang rasuah menteri-menteri, hutang perwaja dan pelbagai jenis hutang penyelewengan kemanusian harus dilangsaikan oleh Pak Lah. Lagipun Pak Lah juga berjanji akan membasmi rasuah sebelum jadi PM dan sebaik sahaja jadi PM. Sekarang inilah masanya Pak Lah mengotakan janji Pak Lah.

Apa Pak Lah nak jawab nanti dalam pilihan raya atau mungkin di Padang Mahsyar, sekiranya ada soalan berbunyi begini, "Adilkah si pengadu dihukum sedangkan apa yang diadunya tidak langsung disiasat?" (Kesian Ezam… bergelar banduan kerana mendedahkan rasuah menteri). Tapi Pak Lah mesti boleh jawab kerana Pak Lah adalah anak alim ulama. Menjurus pula kepada pendidikan agama semasa di universiti. Menjadi imam dalam sembahyang. Zaman Paduka Tun jadi PM, tidak pernah tersiar di tv yang Paduka Tun mengimamkan solat maghrib atau terawih, tapi Pak Lah lain dari yang lain .. mampu melakukan apa yang Paduka Tun tidak mampu lakukan. Mustahil Pak Lah tidak mampu melantik jiran Pak Lah sendiri Anwar Ibrahim sebagai TPM. Adat berjiran kena tahu sakit demamnya. Utamakan jiran dekat terlebih dahulu sebelum melangkau jauh ke negeri lain untuk mencari calon TPM. Hebatkan Pulau Pinang? PM dan TPM adalah senegeri, berjiran pula. Tidak rugi Kedah serahkan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada Francis Light .. tentu akan berbaloi..

Pak Lah mesti ingat lafaz janji Pak Lah melalui sajak yang Pak Lah baca dahulu,.. Mencari Damai Di Hati… tak perlu diulang bait demi bait .. Pak Lah lebih arif..

Semoga Pak Lah bertemu kedamaian itu … tapi silap perhitungan boleh jadi libang libu

cacilut - 05.11.3002

Si Songkok Tinggi Kapar: Anwar Timbalan SDB MF II? Jangan Menghine Reformasi…

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!