DSAI Dilantik TPM Pak Lah Akan Menghina Reformasi
cacilut jawab sSTK

Terima kasih kepada STK atas responsnya kepada harapan saya yang mahu melihat DSAI dinobatkan kembali di barisan depan kepimpinan Malaysia. (Si Songkok Tinggi Kapar: Anwar Timbalan SDB MF II? Jangan Menghine Reformasi…) Harapan yang disamaertikan dengan satu penghinaan. Penghinaan kepada reformasi 1998. Reformasi yang dicetuskan oleh DSAI… kalau takut risiko, usah bicara tentang perjuangan .. lawan tetap lawannn!, kerana bagi STK tidak boleh wujud perkongsian kuasa antara BN dan BA. DSAI tidak boleh menjadi TPM kepada Pak Lah.

Mengimbau kembali harapan saya, yang saya rasa harapan marhaen Melayu yang mahu melihat suasana politik negara seiring erat dengan amalan demokrasi tulen - yang setia berpegang kepada prinsip-prinsip keagamaan. Marhaen bagi saya adalah satu kumpulan masyarakat yang tidak terikat kuat dengan mana-mana politik kepartian. Tetapi mereka terdedah dan menjadi tumpuan politik kepartian untuk mendapatkan sokongan sehingga ada di kalangan marhaen yang berlaga sesama sanak saudara. BN mahu terus dengan cara ini dan BA pula dipersalahkan kononnya semua itu angkara BA. Bagi mereka yang ekonominya kukuh, tak jadi kudis kalau tidak bertegur sapa dengan saudara mara rakan taulan. Tetapi bagi yang ekonominya cukup makan atau kurang cukup makan tentu menjadi barah dan terpaksa merujuk kembali walaupun dengan berat hati kepada mereka yang berwang … siapa yang berwang?

Salahkah saya mewakili mereka mengharapkan sesuatu yang gila dari Pak Lah? Salahkah saya cuba menggandingkan pula DSAI dengan Pak Lah? Salahkah saya mengharapkan kekuatan baru dari Pak Lah untuk membebaskan dirinya dari belenggu Paduka Tun Mamak Bendahara lampau? Salahkah STK?

STK juga seolah-olah mengandaikan saya tali barut UMNO yang sedang merancang pemulihan semula UMNO melalui Pak Lah. Tetapi STK masih lagi ahli UMNO, saya bukan ahlinya. Saya marhaen. Siapa yang lebih barut dari talinya, saya atau STK? Seperti biasa saya berharap kita bukan spesis yang boleh dibarut-barutkan oleh politik kepartian itu. Kita hanya menyokong mana-mana parti yang kita rasakan betul dengan perjuangannya. Terus terang saya katakan, selepas UMNO lama dimatikan, saya tidak pernah memangkah BN dalam pilihanraya selepas itu. Sebelum reformasi saya memang tengin dengan perjuangan PAS, S46 atau DAP, tetapi saya tetap mengundi mereka kerana mereka adalah lawan kepada BN. Apatah lagi sekarang, tentulah saya tidak kembali memangkah BN kerana saya telah semakin jelas dengan perjuangan BA. Rasa-rasanya STK baru sekali mengundi BA … tapi ini bukanlah sesuai dijadikan perbandingan untuk melihat adakah harapan saya begitu hina sehinanya.

Harapan saya hanya terhad untuk tempoh 100 hari sahaja. Harapan yang berakhir pada 9 Februari 2004. Dalam tempoh ini ada dua harapan saya untuk DSAI. Pertama, bicarakan semula DSAI dengan memanggil saksi pertama Paduka Tun. Kedua, jika DSAI sah dikonspirasi, lantik semula DSAI sebagai TPM. Kalau kedua-dua harapan ini menjadi hasil, Pak Lah akan lebih dihormati. Kalau tak dapat dua-dua, dapat yang pertama itupun jadilah. Harapan untuk tempoh 100 hari. Salahkah saya mengharap harapan yang dikatakan berbentuk penghinaan ini. Walau bagaimanapun saya tetap berharap dan yakin pada harapan ini, spesis UMNO akan berakhir bersama Pak Lah … berakhir bersama teori ciptaan mereka sendiri .. RAHMAn.

Sekiranya tempoh 100 hari berakhir dengan wal hasil balik hasil wal asal balik asal, cacilut akan menjadi cacilut at at, cacilut kucing lompat, nestum nestat, Pak Lah tukang cat, babi mati Pak Lah …… .. ! apa nama?

Sekiranya saya masih lagi dianggap menghina, saya terima .. namun saya ada kebanggaan sendiri yang disaksikan oleh Black 14 dan Kesas 1999 walaupun mungkin kebanggaan saya itu adalah penghinaan kepada permulaan reformasi ….

STK dan semua .. moga kita peroleh kebenaran dan kemenangan di bulan puasa ini.

Assalamualaikum

cacilut - 06.11.3002
Sila berikan respons/komen terhadap artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!