Sahih dah .. PM Ehsan Memang PM Derhaka


Hari ini masuk 14 hari negaraku Malaysia berPMkan PM Ehsan. PM yang telah derhaka kepada negaranya sendiri. Derhaka kepada rakyat. Derhaka kepada bangsanya sendiri. Dan lebih tinggi lagi darjatnya pada kaca mata UMNO apabila PM ini telah terlalu derhaka kepada agamanya sendiri iaitu Islam. Penderhakaan terkini PM terhadap Islam ialah apabila membenarkan hudud Islam Kelantan/Terengganu dicabar oleh UMNO melalui peguam-peguam Hindunya. Ditambah lagi dengan penahanan ISA terhadap 13 pelajar kita yang belajar di Pakistan. Saya secara total tidak lagi mengharapkan apa-apa keikhlasan dan ketulusan daripada PM Ehsan ini sebagaimana harapan yang pernah saya berikan dahulu. Harapan saya itu disanggah dengan keras oleh penulis lain seperti sSTK dan Achussin. Terima kasih saya diatas sanggahan awal mereka.

Hari Rabu, cuti Nuzul Quran, saya pulang ke kampung untuk bersama saudara mara mengadakan moreh berbuka puasa di surau warisan kampung saya. Surau itu masih dikuasai oleh UMNO. Ketua cawangannya yang juga merupakan ketua kampung memang rajin berjemaah di surau tetapi tidak pernah dia menjadi imam atau bilal. Datang ke surau mesti lewat daripada imam, almaklum rumahnya selang dua tiga buah dari surau. Ketua cawangan lama ialah exco kanan Perak sekarang yang juga disebut-sebut oleh konco-konconya bakal menggantikan Tajol Rosli nanti. Setelah exco ini menang Ketua Bahagian, dia tidak lagi berminat mengetuai cawangannya sendiri. Sebab itu dalam pilihanraya yang lalu exco ini kalah sembilan undi di UPU kampungnya sendiri. Nasib baik di kawasan Cina dia menang majoriti besar. Kalau tidak, bungkus dahh..

Sementara menunggu waktu isyak dan teraweh, kami yang tak balik ke rumah bersandar di dinding surau. Mula-mula bertanya khabar, harga durian jatuh teruk tapi boleh buat tempoyak, cuma tak berduitlah raya ni. Harga susu getah boleh tahan tapi tak boleh nak menoreh, hujan sejak hari pertama puasa lagi. Tak bolehlah nak beli baju raya untuk anak-anak walaupun dah janji. Fitrah RM4.00 .. isteri, anak-anak campur ibu bapa yang uzur ada 10 orang .. jumlah RM40.00. Tak tahu kat mana nak kerobek duit sebanyak itu.

Sayu mendengar rintihan mereka. Setakat sorang dua nak dibantu sehari dua, insya Allah boleh. Tapi kalau dah ramai untuk tempoh yang tidak terhad, tak daya teman wehhh. Saya tidak sampai hati untuk bertanya lebih lagi. Terus diam. Apabila dah diam barulah ada yang buka mulut mengulas apa yang dibacanya dalam akhbar hari itu. Mulalah riuh kembali dengan pelbagai ulasan ikut selera masing-masing. Mereka mula bercerita mengenai Perdana Menteri. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya penahanan ISA 13 itu. Ketua kampungpun turut mengulas, "UMNO ni sakit.. payah nak menang dah lepas ni. Patutnya pujuk rakyat bukannya musuh dengan rakyat. Aku kalau kalah tak mahu pegang dah ketua cawangan". Dalam hati saya, macam ayat aku jer ketua kampung ini .. dengan rakyat buat musuh. He he .. kalau dah kalah siapa nak bagi pegang ketua cawangan lagi .. silap-silap status ketua kampungpun hilang.

Mood masyarakat kampung mula berubah. Mereka semakin faham akan keterlanjuran PM terdahulu. Tidak hairanlah apabila fiil yang sama juga ditiru oleh PM Ehsan ini. Sebelum isu Anwar Ibrahim, masyarakat di kampung saya memang kuat UMNOnya. PAS memang tiada peluang langsung untuk rapat. Walaupun saya tidak lagi mengundi BN selepas UMNO lama diharamkan, saya tetap tidak berani menongkah arus UMNO di kampung itu. Cukup kuat UMNO masa itu. Tetapi selepas 1998, golongan pesara yang pulang atau yang memang telah sedia ada mula menubuhkan cawangan PAS. Walaupun idea dan keinginan hati mereka lebih serasi dengan keADILan, tetapi faktor usia menyebabkan mereka lebih tenang bersama PAS. Pesara guru, polis dan tentera menghiasi suasana politik baru di kampung ini. Mereka lebih berani berterus terang dengan apa yang mereka fikirkan. Maklumlah maklumat yang mereka dapat bukan calang-calang kesahihannya. Cuma PM Ehsan ini sahaja yang sering mendapat maklumat yang tidak benar … Patutpun orang kampung mempertikaikan PM mereka sendiri. Saya tidak menyampuk perbualan mereka.. sekadar senyum bila ada mata yang memandang sekali sekala ke arah saya .. dalam hati begitu gembira dengan perubahan sikap orang kampung terhadap masa depan negara ini.

Tadi kat tv PM Ehsan buat hal lagi. Konon turun padang pergi memantau kaunter jabatan imigresen. Turut diberitahu yang semua pegawai tertinggi imigresen tiada dalam pejabat waktu itu. Hanya tinggal kerani yang sentiasa senyum dengan kehadiran PM Ehsan ini. Selepas ini siaplah Jabatan Imigresen. PM Ehsan hanya mencari sebab sahaja. Saya tidak akan terkejut jikalau yang diselongkarnya ialah rasuah di kalangan pegawai-pegawai imigresen. Sebab itu yang dijanjikannya sewaktu mula jadi PM. Patutnya rasuah menteri dan wakil rakyat terlebih dahulu diselongkar. Bukan rasuah pegawai-pegawai kecil ini. Pegawai-pegawai besar mampus PM Ehsan ini tak berani nak sentuh sebab ada kaitan dengan menteri-menteri termasuk dengan beliau sendiri sewaktu menjadi Menteri Luar dahulu. Mesti dia ada link dengan imigresen.

Jikalau PM Ehsan ini bukan berstatus ehsan sila tangkap Paduka Tun sebaik sahaja dia menjejak kaki di Alor Setar hari Isnin ini. Keluarkan waran tangkap sebab ada banyak aduan tentang salah laku rasuahnya semasa menjadi PM dahulu. Inilah peluang terbaik untuk menangkapnya sebelum Paduka Tun itu terbang lagi. Amacam PM Ehsan, berani ker … biar disaksikan oleh kononnya 10 ribu rakyat Kedah khasnya dari Kubang PASu.

Tapi kalau dah jadi PM Derhaka, biar derhaka kepada agama, rakyat dan negara. Jangan sekali-kali derhaka pada Paduka Tun .. nanti tak dapat cium tapak kakinya…sebab syurga ada di situ .. shit!!

cacilut - 14.11.3002
Sila berikan respons/komen kepada artikel ini.

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN

Click Here!