Bukti Usaha Brainwash Guru-guru di Sekolah Sedang Dijalankan...!
Oleh Cikgu Komando
 

Saudara Editor Laman Marhaen,

Kali ini saya sertakan bersama bukti penglibatan anasir-anasir luar yang tak berkenaan di sekolah yang sedang berlaku ketika anak-anak kita mahu menduduki peperiksaan PMR dan SPM: yang pertama kepala surat arahan daripada Majlis Tindakan Islam Nasional (entah bila pula ada pertubuhan ni) join venture dengan Bahagian Dakwah dan kepimpinan, JAPIM, Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang kedua ialah agenda Jadual Kursus Khas pembasuhan "brainwash kepala otak cikgu-cikgu" yang didatangkan khas dari Biro Tata Negara dan PDRM. Tengok tajuk-tajuk racist dan tak kena mengena dengan pendidikan yang disertakan sekali...

Dalam pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan SPM lagi 24 hari dan pelajar-pelajar PMR baharu sahaja menamatkan kertas terakhir mereka semalam, anasir-anasir pencacai BN sudah mengorak langkah mengetuk gendang pilihan raya di sekolah-sekolah. Apa yang sangat dikesalkan di sini adalah dalam kesibukan guru-guru memberikan amanat dan ilmu terakhir kepada pelajar-pelajar dengan semangat dan iltizam tinggi serta bertungkus lumus, budak-budak suruhan UMNO menceroboh pintu sekolah atas nama "kursus/seminar/ceramah" dan "menculik" guru-guru ini daripada pelajar-pelajar yang amat memerlukan bimbingan dalam saat-saat terakhir ini.

Di mana letaknya akal fikiran dan minda intelek mereka dalam menilai suasana hanya tuhan yang tahu. Betapa bodohnya akal fikiran sampai tak boleh menilai kepentingan utama para guru di sekolah. Untuk apa guru didedahkan dengan ceramah Keselamatan Negara..bukankah lebih baik kalau ianya diberikan kepada Pegawai-pegawai tinggi BERNAS yang membenarkan penyeludupan beras, ataupun lebih relevan pada polis-polis yang mengambil rasuah, Kastam dan BPR yang sering mengabaikan pandangan terhadap Menteri-menteri Rasuah?!!

Ini diseret guru-guru yang sangat diperlukan oleh para pelajar ketika ini untuk menghadapi peperiksaan yang amat penting dalam hidup mereka ke dalam kancah politik negara.

Sedangkan mereka semua sudah dapat menghidu bau-bau kehadiran menteri dan pegawai yang tak relevan dengan dunia pendidikan ini sebagai pemberi amaran dan gula-gula agar jangan menyokong pembangkang. Kalaulah pelajar-pelajar ini nanti tidak lulus atau sebagainya, jangan salahkan guru lagi!!

Kiriman Cikgu Komando - 10.10.2003
 


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!