Kalau saya bohong, saya tak masuk syurga !!
Oleh Cikgu Komando
 

Saudara Editor Laman Marhaen,

Mengulas mengenai pertemuan yang dirancang oleh Majlis Tindakan Islam Nasional serta JAKIM baru-baru ini yang saya tulis berserta bukti. (Bukti Usaha Brainwash Guru-guru di Sekolah...) Mid bin Man tak datang pun sibuk agaknya menjilat punggung Pak Arab dan Madey.

SMKA merupakan ground base utama selepas SAR yang diattack oleh puak UMNO.Kalau tidak takkan sampai turun orang-orang kuat Bukit Aman dan BTN nak mengganyang kepala guru-guru SMKA seluruh semenanjung dengan berus berkarat mereka tu di Rompin Beach Resort, Pahang!

Menurut seorang teman yang kebetulan menghadiri kursus tersebut, ternyata bahawa BN sudah mula was-was mengenai untung nasibnya apalagi UMNO. Saya bertanya secara rawak apakah peristiwa-peristiwa menarik serta isi kandungan sesi kursus tersebut.

Tanpa ragu-ragu, rakan-rakan menjawab dengan penuh yakin dan sinis..."kursus basuh minda!". Saya mohon penjelasan lanjut daripada teman sejawat. Sama juga responnya..semuanya menyatakan kursus mencuci pemikiran mereka daripada menyokong BA. Benarlah telahan berdasarkan jadual perjalanan kursus yang saya sertakan tempoh hari.

"Ceramah pertama berkenaan Ketuanan Melayu, kenapa DEB tidak tercapai, peristiwa 13 Mei 1969 dan ulasan BTN mengenai teori terrorism 11 September..lepas tu ceramah kedua pula dari penceramah yang lain..mengenai SAR terutama kenapa SAR tidak diberikan bantuan lanjut."

Kawan saya juga bercerita SB-SB memberikan ceramah mengenai Al-Maunah, jemaah Islamiah dan Kes Anwar. Ada juga rakan mencelah mengenai perangai buruk salah seorang SB, sekali bercakap, sekali korek hidung, sekali bercakap sekali korek hidung...maklumlah orang nak menipu. Memang rasa bersalah. Body language mereka pun tak jaga...tak sompek nak korek masa lain kut..

Mereka juga mengaitkan Al-Arqam dengan kegiatan militan..dan memberitahu kononnya KMM ialah Kumpulan Mujahidin Malaysia namun ditukar namanya kepada Kumpulan Militan Malaysia sebab kalau pakai nama Mujahidin..kesannya psikologinya pada mereka amat kuat..dan ramai pulak yang sokong Mujahidin di Malaysia ni.

Pendek kata, menurut teman-teman saya, kursus ini diadakan sebagai satu survey oleh Bukit Aman menggunakan guru-guru SMKA di mana SB-SB yang dipanggil ialah hardcore-hardcore yang terlibat dalam kes Anwar, kes militan dan sebagainya. Ini merupakan test base pertama bagi Mamak madey untuk menguji ground zero xpecially di sekolah-sekolah agama. Dan SB-SB ni macam menggalakkan cikgu-cikgu memberi respon atau bertanya apa-apa soalan sensitif kepada mereka..(saya syorkan cikgu lain kali kalau kena kursus lagi bulan Februari tahun depan second session buat senyap aje..biar komunikasi jadi satu hala..sebab mereka ni nak detect orang sebenonya)

Ada satu kali tu, sorang cikgu bertanya:
" Kenapa kes Anwar berat sebelah.....?"
Depa pun jawab ikut kepala depa..melalut pasal Sukmalah..Azizan..tak menjawab soalan.

Yang lucunya, ketika SB-SB ni "menggoreng" tentang kes militan dan sebagainya..cikgu-cikgu SMKA seluruh semenanjung ni tepuk tangan bagi peransang dan semangat (tipu jer) setiap kali selepas ucapan mereka.

Tetapi dalam sesi terakhir apabila mereka mencacai tentang salah laku Anwar (kununnya)..semua guru-guru senyap sunyi dan berdiam diri sampaikan SB tu (orang besar gak) terpaksa berkata;

"Terpulanglah cikgu nak percaya ke tidak..tetapi saya sendiri ambil masa 7 bulan nak percaya bahawa Anwar bersalah...kita jangan taksub pada..bla bla bla..."

Then dia tambah lagi, pengakuan yang mengejutkan ramai orang..

"Kalau saya bohong, saya tak masuk syurga..."

Kata-kata ini didengar oleh semua guru-guru yang makin mendiamkan diri mengenangkan polis bodo sorang tu yang tak sedar impak percakapan itu terhadap agama dan akidahnya.

Nampaknya mamat sekor ni teror benor yek..syurga neraka pun dia sendiri boleh tentukan ndak masuk ke tak..fuyyooo..itulah kalu cakap orang yang saaaaaannnnggggaaaatttt beriman ala Madey mamak tongkang!!

Nampak sangat terdesak nak suruh orang percaya cakap depa..!!

Reformasi mesti diteruskan!!
Guru-guru mesti bangkit..!
Generasi kita, pastikan generasi ADIL!!!
Kita hasut anak murid menyokong perjuangan yang adil, benar dan saksama!

Kiriman Cikgu Komando - 22.10.2003

Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!