Rasakan Penampar Seorang Pengetua!!
Oleh Cikgu Komando
 

Peristiwa kejadian Pengetua SMK Pelabuhan menampar murid-muridnya kerana menyertai Citrawarna hanyalah insiden "the tip of iceberg" yang menimbulkan banyak masalah kepada usaha kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Sebenarnya sudah terlalu lama cikgu-cikgu menderita terpaksa berhadapan dengan pelbagai aktiviti di luar kementerian pendidikan, yang dipaksarelakan kepada guru dan pelajar menyertainya.
Sebagai seorang guru, saya terpanggil, bukan kerana saya mengenali atau pernah mengajar anak kepada pengetua ini, namun saya bersimpati dengan nasibnya yang agak kurang baik apabila TV3 suku cuba mengaitkan insiden penamparan tersebut dengan kedudukannya selaku penceramah bebas. Malah dalam warta berita malam itu yang saya nampak ditekankan oleh laporan berita TV3 suku ialah soal pengetua tersebut menyatakan bahawa pelajar itu tidak dibenarkan menyertai Citrawarna yang disifatkannya sebagai haram.(Kalau dah biasa bermandikan program-program haram macam Sure Heboh for sure cukup sensitif dengan mende-mende haram jadah nih!) Hai..macam nak mengena ke pihak sebelah lagi satu jerrr!!

Namun bagi Zahid Hamidi, si Timbalan Menteri, beliau lebih mementingkan martabat dan maruah program anjurannya tanpa memikirkan implikasi program seumpama itu kepada para pelajar. Begitu juga dengan si Maznah Mazlan , yang begitu prihatin nampaknya menjaga hal ehwal kebudayaan negeri Pahang sehinggakan tak sedar semasa pilihanraya dahulu sudah ramai orang Vietnam Utara (Vietcong) dibawa masuk ke dalam wilayah Rompin jagaannya oleh anak buah beliau sehingga merungsingkan penduduk setempat. Beliau siap menggayakan lagi di kaca TV cara-cara menampar mungkin kerana mahukan publisiti murahan. Yang saya tak faham ialah sikap ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan yang beria-ria membela anak mereka menyertai program Citrawarna yang jelas sekali tidak memberikan apa-apa manfaat melainkan segumpal sijil, nasi bungkus dan seplastik sirap serta meninggalkan aktiviti pembelajaran selama beberapa hari. Adakah ibu bapa ni sedar bahawa si Zaid dan si Maznah ni takkan peduli kalau anak diaorang tak dapat belajar kat sekolah semata-mata kerana hadiri Citrawarna..? inilah natijahnya kalau orang politik buta ilmu masuk campur urusan dalam sekolah....

Apa tak cukupkah kakitangan Kementerian Zaid sampai perlu melibatkan pelajar untuk program santai dan buang masa pelajar? Adakah pihak kementerian tersebut sedar bahawa masa depan pelajar itu bergantung kepada pembelajarannya dalam kelas.   Senario ini sebenarnya sudah terlalu lama berakar umbi di sekolah-sekolah di mana kebanyakan kementerian mengambil kesempatan melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka dengan mempergunakan (sekali lagi diulang) mempergunakan budak-budak sekolah. Baik kementerian kebudayaan, seni dan warisan, baik kementerian pelancongan, kementerian itu dan ini hatta kepada BPR pun ada aktiviti melibatkan Pidato BPR. Saya tidaklah menentang keseluruhan aktiviti tersebut hatta yang menjurus soal-soal akademik dan pendidikan. Malah sekiranya aktiviti tersebut dikawal dan hanya pelajar-pelajar yang tidak menduduki peperiksaan besar mengikutinya saya rasa wajar. Namun semenjak dua menjak ni sudah keterlaluan pula seolah-olah Kementerian lain menguasai Kementerian Pendidikan. Mana letak te*ur Hishammudin selaku Menteri...sehingga tak boleh mengawal kebajikan pelajar dan guru dalam institusi di bawah seliaannya....? Atau tak cukupkah lagi reaksi  terketar-ketar memberikan jawapan semasa ditanya TV3 suku itu..?

Malah dalam temuramah TV3 suku itu, beliau langsung tidak defense pengetua tersebut dengan menyatakan bahawa pengetua itu telah melakukan kesilapan dalam peraturan menghukum pelajar..laaa...setakat itu saja..kalau begitulah..saya seru semua guru dan pengetua lepas ni kalau ada lagi aktiviti anjuran kementerian lain..sila berikan laluan...pelajar belajar tak penting. Kalau ada pelawaan daripada mana-mana kementerian yang tak berkaitan dengan pendidikan, ikut sajalah, jangan cakap banyak. Nanti kalau budak tak lulus peksa ke pa ke, mati katak masa menari atas pentas ke...biar menteri kementerian tu yang jawab...!

Tindakan pengetua tersebut menghalang pelajar beliau menyertai program Citrawarna itu berdasarkan hujah yang benar cuma barangkali yang boleh disabitkan kesalahan ialah perbuatan menamparnya itu. Surat kebenaran dari JPN tidak diperolehi dan kebenaran tidak boleh diberikan kerana tiada guru pengiring lagipun ianya diadakan semasa hari bersekolah. Siapa yang akan memerhatikan kebajikan serta disiplin pelajar-pelajar tersebut? Siapa yang akan bertanggungjawab seandainya ada kes melibatkan jenayah atau kemalangan berlaku semasa latihan tersebut...? Perlu diingat mereka masih pelajar sekolah. Apa jua yang berlaku, kami di sekolah selaku pendidik memang sentiasa mengawal keadaan-keadaan seperti ini khuatir kalau tertimpa atas batu jemala sendiri. Mungkin ini berlaku atas kelewatan urusan pentadbiran di JPNP memaklumkan kepada pengetua...dan pengetua malang itu hanya menjalankan tugasnya selaku pengetua dan ustaz pendakwah...sekurang-kurangnya dia lepas tanggungjawab menasihat.

Bagi saya tindakan pelajar itu melangkaui kepala pengetua tersebut dengan pergi jua meskipun dilarang adalah berhak dihukum kerana berlaku biadap... Malah kepada mak bapaknya yang terkinja-kinja nak tengok anak menari sangat dalam Citrawarna tak langsung memikirkan kesan selepas ini kepada anaknya. Bolehkah anak-anak itu meneruskan pembelajaran dengan tenang di sekolah selepas ini? Cari konfrontasi dengan pengetua pulak tu kerana satu perkara tak bermanfaat yang cukup bodoh. Bodoh piang punya mak bapak...ustaz tu nak mendidik perkara baik dan mencegah anaknya berbuat mungkar dia pulak kaki penggalak..! Serve you dapat anak macam tu!

Woii..Zahid..latihlah penari dari kementerian..tak usahlah kacau budak-budak sekolah ni. Kalau tak de idea dan "manpower" tak yah lah buat macam-macam. Kepada mana-mana menteri bahlul lain janganlah ingat mentang-mentang awak tu menteri semua kakitangan awam kena patuh dengan arahan kementerian anda. Serupa idea bodoh macam Nazri tukang jaga pintu parlimen tuh! Mentang-mentang Hishammudin tu take T***R nak pelihara maruah dan jaga kebajikan anak buah (pengetua dan guru-guru), engkorang main rembat aje hantar surat minta budak sekolah buat itu ini sesuka hati korang. Ingatlah sikit, kat sekolah banyak benda yang kami para pendidik nak bercara..janganlah seret semua aktiviti bodoh kementerian engkorang dan jadikannya aktiviti sekolah!!

Kepada Tuan Pengarah Pendidikan Pahang, saya tabik di atas kebijaksanaan tuan menjawab dalam temuramah TV3 tempoh hari dengan memberikan ruang kepada JPNP untuk membuat siasatan..bukannya tuduh "anak buah" melulu macam Hishammudin...Ingatlah pak pak menteri sekalian...kami rakyat dan guru memerhati semua komen dan menganalisis berita...jangan anggap kakitangan awam ni kuli batak dan ngkorang tuan.

Yang benar,
Cikgu Komando - 27.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:

Sertai Maillist M@RHAEN