MP Kuala Selangor Mula Tunjuk Tembelang

MP Kuala Selangor pasti dilawan

Keputusan pilihan raya umum kesebelas belum pun lagi diwartakan tetapi Mohd Daud Tarihep selaku calon BN yang baru memenangi kerusi Parlimen P096 Kuala Selangor sudah menampakkan tembelangnya.

Daud yang meyakinkan  pengundi ketika kempen p/raya konon beliau akan dilantik sebagai Timbalan Menteri atau sekurang-kurang Setiausaha Parlimen akhirnya melopong apabila namanya langsung tidak disenaraikan untuk apa-apa jawatan di dalam kabinet Pak Lah baru-baru ini.

Encik Mohd Nita selaku Pegawai Khas 1 Daud Tarihep  mengakui kedudukan bosnya selaku MP biasa membuka ruang yang luas kepada para pencabar di dalam Umno Bahagian Kuala Selangor untuk merampas jawatan Ketua Bahagian di dalam pemilihan pada Mei 2004 nanti.

Ertinya belum tentu lagi jawatan Ketua Penaja Umno bahagian Kuala Selangor yang disandang oleh Daud sekarang akan disahkan oleh para perwakilan. Khabarnya gerakan untuk menafikan kedudukan Daud itu sudah pun dimulakan.

Peluang untuk menewaskan Daud dikatakan cerah asalkan calon yang diketengahkan oleh `kumpulan pembaharuan` di dalam Umno Kuala Selangor  mantap dan diterima semua pihak.

Daud halau ADUN Bukit Melawati dari Pejabat Umno Bahagian.

Terdorong oleh rasa sakit hati dan cemburu terhadap Ustaz Sayuti Said ADUN Bukit Melawati antara calon yang disebut-sebut akan mencabar Daud untuk jawatan Ketua Umno Bahagian,satu tindakan drastik untuk menyusahkan Sayuti telah dibuat.

Sayuti sebelum ini (1999-2004) adalah MP Kuala Selangor telah membuka pejabat perkhidmatannya  di Pejabat Umno Bahagian.

Atas permainan kotor Daud, Sayuti hampir-hampir tidak bertanding pada p/raya umum lalu. Mujurlah beliau diselamatkan oleh pucuk pimpinan Umno Selangor untuk bertanding di DUN Bukit Melawati yang pada awalnya diperuntukkan kepada Daud.

Daud menolak untuk bertanding di DUN Bukit Melawati kerana takut kalah dan menjangka sudah tentu beliau tidak akan dilantik ke jawatan Exco, berbanding dengan peluang untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen adalah lebih cerah, mau tak mau Daud terpaksa merampas kerusi Parlimen daripada Ustaz Sayuti.

Umno Bahagian atas arahan Daud Tarihep telah mengeluarkan surat arahan  agar Sayuti tidak lagi menggunakan Pejabat Bahagian sebagai Pusat Perkhidmatannya selaku ADUN Bkt Melawati. Sayuti diberi masa sehingga 17 April untuk keluar dari Kompleks Umno Bahagian Kuala Selangor.

Semua pihak di dalam Umno Kuala Selangor turut terperanjat dengan tindakan kasar Daud itu. Mereka menganggap MP Kuala Selangor itu sepatutnya lebih berhemah kerana Sayuti selain ADUN  Bukit Melawati beliau juga merupakan Timbalan Ketua Penaja Umno Bahagian yang turut mempunyai hak terhadap pengurusan Kompleks Umno Bahagian.

“Kalau marahkan Ustaz Sayuti pun janganlah sampai menunjukkan sikap yang kurang ajar seperti itu. Jika sesama pemimpin saling tidak menghormati, jangan harap kami akan menghormati Daud.” kata kebanyakan mereka.

Sepanduk Ucapan Tahniah diarah turun serta merta.

Tak cukup dengan membuli Ustaz Sayuti, YB Daud Tarihep turut mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor menurunkan serta merta kain- kain rentang ucapan tahniah kejayaan calon Barisan Nasional yang dipasang beberapa lokasi strategik di Kuala Selangor .

Encik Mohd Zakir selaku orang kuat Daud juga merupakan salah seorang pegawai penguatkuasa MDKS tanpa sebarang kelengahan telah menyempurnakan arahan MP yang gila kuasa itu.

Arahan itu dikeluarkan kerana Daud begitu marah disebabkan kain-kain rentang ucapan tahniah itu memaparkan nama Ustaz Sayuti diatas sekali dikuti dengan nama Amiruddin Sutero ADUN Jeram dan Dato Sivalinggam ADUN Ijok sedangkan mana Daud selaku Ahli Parlimen dibawah sekali.

Kalaulah bukan ego dan bodoh sombong apalagi sifat yang layak dilabelkan ke atas manusia seperti itu? Bayangkanlah! Baru MP cabuk tetapi lagak mengalahkan Menteri… kalau betul-betul jadi Menteri apa akan jadi nanti?  Lebih baik jangan jadikan dia sebagai apa-apa pun……

Senarai Isteri-isteri Daud:
1 Allayarhaman Jaemah.
2 Puan Ngaton.
3 Puan Zuraidah Abdul Halim
4 PU AJJ ???

Cikgu Pencen - 09.04.2004 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN