Sebagai tanda patriotik kami...

Rahsia Besar: Pembebasan Tanpa Syarat Tahanan ISA Sebenaryer!! 
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Pembebasan 6 Tahanah ISA daripada Kem Kemunting, Perak baru-baru ini, sememangnyer amatlah memeranjatkan semua pihak. Apatah lagi kesemua mereka dibebaskan TANPA SYARAT iaitu sesuatu yang tidak sepatutnyer berlaku kepada para tahanan tersebut. Ini kerana rakyat marhaen sememangnya sudah arif dan tahu, bahawa pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri sebenarnyer menahan para Pejuang Reformasi terbabit di bawah ISA, kerana mereka takut para pejuang terbabit menumbangkan kerajaan kononnyer secara kekerasan, pemberontakan dan sebagainya. Hinggakan pihak polis terpaksa mencipta bukti-bukti karut,  bahawa para pejuang terbabit mempunyai berbagai senjata berbahaya yang akan dijadikan senjata untuk menentang kerajaan. Satu alasan dangkal yang tidak masuk akal.

Apa yang lebih melucukan lagi, menurut Sdr Ezam mereka sendiri tidak pernah dan mengetahui mereka mempunyai senjata berbahaya. Segala bahan tersebut wujud setelah mereka ditahan ISA, di mana bahan-bahan tersebut adalah ciptaan Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai sendiri, katanyer.

Cucu sebenarnyer agak hairan, kenapalah tiba-tiba 6 tahanan ISA ini dibebaskan tanpa syarat. Kalau dilihat kepada apa yang berlaku terhadap Ust Badrul Amin suatu ketika dulu, beliau pernah dibebaskan tapi dengan bersyarat.. dan akhirnyer ditangkap semula hanya kerana beliau mengadakan tazkirah dan doa. Tetapi mengapakah kini, Ust. Badrul Amin dan Tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat, dalam masa Mamak Firaun Perdana Menteri Malaysia akan menamatkan riwayatnyer dalam bulan Oktober 2003 ini. Apakah motif di sebalik pembebasan ini!! Maka Cucu pun cuber mencari rahsia besar di sebalik pembebasan 6 Tahanan ISA ini..

Pada firasat Cucu, ada dua perkara besar yang dilakukan oleh Mamak Firaun dalam isu pembebasan tahanan ISA ini. Kerana Cucu difahamkan oleh beberapa tahanan ISA yang sempat Cucu hubungi, mereka sendiri pun terkejut dengan pembebasan tanpa syarat mereka itu. Mereka difahamkan arahan yang diterima adalah berbeza-beza, kabarnyer Menteri Dalam Negeri, Pak Lah Badwi.. tidak mahu membebaskan mereka ataupun membebaskan mereka dengan bersyarat seperti yang diberikan kepada Ust. Badrul Amin sebelum ini. Tetapi, terdapat satu lagi arahan dari orang atasan yang mahukan 6 tahanan tersebut dibebaskan tanpa syarat, inilah yang menakutkan Pak Lah sebenarnyer. Maklumlar beliau tahu, bila Ezam dan rakan-rakan dibebaskan pastinyer ia akan menguatkan Keadilan dan BA secara amnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

MENGALIH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP ISU ISA

Perkara besar pertama akibat pembebasan Tanpa Syarat ini ialah, bagi mengalih perhatian para penyokong Pembangkang terhadap isu ISA sebenarnyer. Bagi Mamak Firaun, dengan pembesanan 6 tahanan ISA ini, maka ianya akan mematikan perjuangan rakyat bagi menghapuskan akta zalim itu. Dengan pembesasan Ezam dan rakan-rakan, maka bagi Mamak Firaun api kemarahan rakyat akan padam dan tidak lagi menentang ISA. Sedangkan masih ada 99 orang lagi tahanan ISA di Kem Kemunting, seperti tahanan KMM dan Al-Maunah sebenarnyer.

Cucu difahamkan tahanan ISA yang lain ini, yang sepatutnyer tempoh tahanan mereka tamat dalam tahun ini juga.. tetapi KDN dengan zalimnyer telah menyambung tempoh tahanan mereka sesuka hati lagi 2 tahun, sedangkan tahanan terbabit telah mengikuti segala arahan yang diberikan oleh pihak terbabit. Malahan apa yang lebih menyedihkan ialah apa yang berlaku kepada tahanan Al-Maunah, mereka tidak pernah langsung sampai ke Bukit Jenalek, yang terkenal dengan Peristiwa Sauk itu. Kebanyakan daripada mereka hanya menjadi ahli Al-Maunah dan juga merupakan bekas penyokong dan pemimpin kuat PAS, lantaran itulah mereka terus ditahan. Sedangkan mereka yang terlibat di Sauk telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman masing-masing ...Begitu juga dengan tahanan KMM, termasuk anak YAB TG Nik Aziz, Nik Adli yang masih ditahan. Mereka ini sebenarnyer langsung tidak tahu menahu kewujudan KMM. Mereka ditahan kerana semasa belajar di Pakisatan dulu, mereka telah menyahut seruan jihad dengan pergi berjuang bersama tentera Mujahidin Afganistan menentang pencerobohan Soviet Union terhadap negara tersebut. Lantaran itulah mereka ditahan ISA dan dituduh ingin mengadakan peperangan dan pemberontakan terhadap Kerajaan. Inilah yang berlaku kepada tahanan-tahanan ISA yang masih lagi ditahan di Kem Kemunting sebenarnyer.

Cucu juga difahamkan, langkah pembebasan 6 tahanan ISA terbabit juga ada kaitannyer dalam usaha Mamak Firaun untuk  memperkukuhkan pihak Pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Alasannyer.. dengan membiarkan Ezam serta rakan-rakan dibebaskan tanpa syarat, maka mereka bebas mengadakan ceramah politik di seluruh negara, di mana secara tidak langsung dapat membantu memperkuatkan jentera pilihan raya BA dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang... Bila kekuatan BA sudah stabil dan UMNO Haprak mendapati yang Pihak Pembangkang semakin diterima rakyat dan kekuatan UMNO Haprak serta Barisan Nasional mula berkurangan, maka akan berlakulah agenda besar kedua si Mamak Firaun ini.. iaitu perkara besar kedua yang akan dilakukan oleh Si Mamak Firaun dalam meneruskan agenda politik beliau ialah:

MEMBENARKAN IKAT JAMIN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Dipercayai strategi kedua yang akan dilakukan oleh Si Mamak Firaun ini ialah, setelah beliau mendapati kekuatan BA semakin mantap.. terutamanyer dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang, maka beliau akan melakukan satu kejutan besar. Kejutan tersebut ialah dengan membenarkan ikat Jamin Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apabila DSAI dibenarkan ikat jamin, ia akan menyemarakkan semangat penyokong BA terutamanyer para pejuang reformasi.

Apabila kekuatan BA bertambah atas pembebasan sementara DSAI ini, maka Barisan Alternantif akan menempa era baru dalam perjuangan dan kekuatan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang adalah pada tahap yang paling maksima. Maknannyer harapan besar untuk BA memenangi pilihan raya akan kesampaian jika strategi yang digunakan dapat dilaksanakan.

UMNO SEMAKIN LUMPUH DAN HILANG SOKONGAN

Dengan kekuatan yang ada pada BA terutamanyer setelah kes tahanan ISA dibebaskan dan DSAI dibenarkan ikat jamin maka BA akan berada dalam keaadaan yang paling selesa, sementara itu dipihak UMNO Haprak pula, mereka akan berada dalam situasi yang tertekan. Maka apabila situasi ini berlaku, akan terjadi lah adegan yang ingin kita lihat, iaitu para pemimpin dan penykong UMNO Haprak akan merayu supaya Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad sahaja yang dilihat dapat mengekang kebangkitan pihak pembangkang ini, terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Lantaran daripada itu akan muncullar pahlawan-pahlawan Melayu UMNO Haprak seperti Dato' Ibrahim Ali Al-Kataki... dengan Barisan Bertindak Rakyatnyer akan mencanangkan seluruh negara supaya UMNO menolak perletakkan jawatan Mamak Firaun. Kononnyer Mamak Firaun sahajalar pemimpin yang berkaliber dan matang untuk menentang DSAI dan juga BA dalam pilihan raya Umum akan datang.

Maka akibat daripada itu, adegan yang kita saksikan akan berlaku iaitu si Mamak Firaun akan mengumumkan penarikan balik perletakkan jawatannyer sebagai Perdana Menteri Malaysia, atas alasan rakyat masih memerlukan beliau dan "perjuangan masih belum selesai'. Inilah dia babak terakhir cerita perletakkan jawatan si Mamak Firaun ini.

Dan Cucu sendiri yakin yang Si Mamak Firaun ini tidak akan meletakkan jawatannyer. Ini dapat dibuktikan lagi dengan langkah beliau memegang jawatan pengerusi NAM dan mungkin selepas ini OIC yang kabarnyer akan bersidang di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Cucu juga ada menerima laporan dari Thailand yang si Mamak Firaun ini awal-awal lagi telah mengesahkan kehadirannyer dalam mesyuarat OPEC di Bangkok, Thailand. Di mana mengikut resminyer semua mesyuarat dan jawatan tersebut harus dihadiri oleh Ketua Kerajaan.

JIka dilihat kepada senario politik mutakhir ini, munasabahkah bagi kita melihat Si Mamak Firaun sibuk mengadakan lawatan ke sana-sini walhal dalam persediaan untuk berhenti beliau sepatutnyer menaikkan nama Pak Lah Badwi, dan beliau sendiri sudah boleh mengambil cuti rehat sahaja. Tetapi apa yang berlaku sebaliknyer... Mamak Firaun lebih mempopularkan dirinyer yang sudah nak bersara itu daripada menaikkan nama Pak Lah, orang yang dikatakan bakal mengggantikan tempat beliau nanti.

Maka dengan ini Cucu berharap agar semua pejuang Islam dan keadilan, menumpukan sepenuh tenaga dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Apa yang penting yang harus kita ingat ialah, walaupun apa yang terjadi sama ada Mamak Firaun berhenti atau tidak.. UMNO Haprak sudah pasti akan berada dalam situasi yang amat merumitkan. Perpecahan memang sudah tidak dapat dielakkan lagi dalam Kem UMNO Haprak ini.. Kalau Mamak Firaun letak jawatan dan Pak Lah jadi PM siapakah yang bakal jadi Timbalannyer. Sama ada Najib atau Mahyuddin? Kabarnyer Najib dan buat kenduri kat Pekan mintak jemaah Masjid mendoakan supaya beliau naik jadi TPM.

Dan seandainyer Pak Lah tak jadi PM ..apa yang akan berlaku kepada Pak Lah Badwi.. apakah beliau akan menerima nasib yang sama macam Musa Hitam, Ghafar Baba, dan Anwar Ibrahim? Sama-sama kita nantikan adegan seterusnyer..

"KALAU TAKUTKAN RISIKO, USAH BICARA SOAL KEADILAN DAN PERJUANGAN !!!!"

CUCU MAT KILAU
Manchester United, UK
cucumatkilau@yahoo.co.uk - 21.08.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!