Sebagai tanda patriotik kami...

Gempar!! Benarkah DSAI Bebas Ikat Jamin Minggu Depan?
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Heboh kedengaran cerita rakan-rakan Cucu di semenanjung... mengatakan minggu depan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bebas.. Ini kononnyer berdasarkan kepada kes rayuan ikat jamin beliau yang sudah pasti akan diterima oleh Peguam Negara. Malahan kabarnyer di kalangan para pemimpin UMNO Haprak sendiri juga kedengaran desas-desus DSAI akan menang dalam kes rayuan ikat jamin ini. Ini berdasarkan kepada tiada alasan yang kukuh untuk Peguam Negara menolak permohonan tersebut, tambahan pula DSAI sedang menderita sakit tulang belakangnyer dan memerlukan rawatan dengan kadar segera.

Apakah berita ini akan menjadi kenyataan, sama-samalah kita nantikan.. Namun jika dilihat kepada artikel Cucu terdahulu tentang "Rahsia Besar Bebas Tanpa Syarat Tahanan ISA...", memang inilah skrip dan perancangan Si Mamak Firaun. Setelah mereka membebaskan Ezam dan rakan-rakannyer dari ISA skrip berikutnyer ialah membenarkan DSAI diikat jamin. Ini kononnyer akan memperkukuhkan lagi pihak pembangkang. Dengan membenarkan ikat jamin DSAI ianyer akan menyemarakkan api perjuangan rakyat dan secara tidak langsung akan melemahkan puak UMNO Haprak dalam menghadapi pilihan raya Umum akan datang.

Justeru itu mudahlar untuk Si Mamak Firaun terus mengekalkan kuasanyer menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, atas alasan hanya beliau sahaja yang layak untuk menentang kemaraan pihak pembangkang ..terutamanyer DSAI. Bagi UMNO Haprak ini, DSAI adalah umpama BOM JANGKA yang menunggu masa bila-bila sahaja untuk meletup dan diletupkan. Sekiranyer ini berlaku, maka harapan cerah untuk BA menakluki Malaysia dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan menjadi kenyataan.

Sama-samalah kita nantikan perkembangan terkini berita DSAI ini.. dan marilah sama-sama kita doakan agar, rayuan permohonan ikat jamin beliau ini diterima. Sekurang-kurangnyer dengan ini akan memberi sartu suntikan semangat agar kita dapat meneruskan perjuangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan di Bumi Malaysia yang tercinta ini. Janganlah kita biarkan Si Mamak Firaun terus bermaharajagila, merompak wang rakyat dengan rakus ..kabarnyer setelah hampir 22 tahun mememrintah Malaysia ..Si Mamak Firaun nii..dah merompak wang rakyat hampir RM180 billion ..Bayangkan wang sebanyak itu boleh menyelamatkan berapa juta rakyat yang masih memerlukan bantuan dan tidak mempunyai rumah kediaman ...Inilah dia pemimpin yang kononnyer memperjuangkan hak-hak rakyat... Sama-samalah kita tumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang...

Takbirrrrrrrrrrr..Reformasi !!

"KALAU TAKUTKAN RISIKO, USAH BICARA SOAL KEADILAN DAN PERJUANGAN !!!!"

CUCU MAT KILAU
Manchester United, UK
cucumatkilau@yahoo.co.uk - 26.08.2003 (suntingan M@RHAEN)


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!